Khamis, 5 Julai 2012

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60,61,62,63)

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60)

Peguam Kamal Hisham Jaafar Jawab Kesemua Soalan Aku.

Kamal Hisham Jaafar


CAYA LAH LU BRO! 

Kalau korang peratikan beberapa artikel aku sejak part yang awal sampailah ke part 57, dah banyak soalan aku tanya pada Ku Yem, Tengku Ismail aka Cicak Mengkarung, Hang Mokhtar dan lain-lain tapi sorang pun tak jawab.

Memang tak ku sangka si lahabau Kamal Hisham ni menyahut cabaran menjawab semua soalan. Korang sendiri nilaikan SIAPA YANG BENAR dan SIAPA PENYAMUN?



Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.


Pada tahun 2004, "perebutan tahta" di antara dua beradik Tunku Ibrahim (Sultan sekarang) dan Tunku Abdul Majid (Anak Sultan Iskandar dengan Sultanah Zanariah) telah menjadi sengit dan rakyat mungkin mengetahui bahang perkara ini. Sikap dengki sesama adik beradik dan menunjukkan pengaruh di dalam Negeri Johor semakin menjadi-jadi.


Almarhum Sultan Iskandar telah memanggil saya dan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Johor untuk meluahkan kerisauannya terhadap masalah ini. Akhirnya Almarhum membuat keputusan bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk jika Baginda mangkat, maka Baginda meminta agar dibuat pindahmilik kesemua tanah-tanah miliknya yang ada di Malaysia dan Singapura yang bernilai berbillion Ringgit.Tanah-tanah tersebut diarah untuk diletakkan di atas nama Tunku Ismail sebagai pemegang amanah bagi mempastikan kesemua anak-anak Almarhum mendapat bahagian mereka apabila Baginda mangkat. 


Satu rombongan Pegawai Kerajaan telah ke India bagi dapatkan tandatangan Tunku Ismail yang berada di sana. Semasa Pegawai Kerajaan pergi ke India mereka hanya membawa dokumen pindahmilik dan tidak membawa(tertinggal) sekali dokumen bagi mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemilik berdaftar tetapi memegang tanah-tanah tersebut di atas kapaciti sebagai Pemegang Amanah . 
Apabila Tunku Ismail balik ke Malaysia, beberapa kali percubaan minta Tunku Ismail tanda tangan dokumen amanah {"Deed of Trust"), namun ketamakan telah menguasai dirinya dan berbagai dalih serta alasan dibuatnya untuk mengelak dari tanda tangan dokumen tersebut. 


Tidak ada sebab untuk Almarhum memberi tanah-tanah hanya kepada seorang cucu sahaja. Ianya jelas untuk dipegang sebagai Pemegang Amanah dan bukannya menjadi milik peribadinya. Almarhum telah bercakap tentang perkara ini secara jelas kepada ramai orang bahawa cucunya , Tunku Ismail hanya pegang amanah untuk tanah-tanah tersebut dan bukan memegangnya untuk kapasiti persedirian.


Masalah harta ini menjadi-jadi apabila kemangkatan Sultan Iskandar, sebaik sahaja tamat tempoh berkabung, saya diarah untuk uruskan tukar nama Kapal-kapal terbang dan helikopter-helikopter kepada nama Sultan yg baru, saya telah beri pendapat sebagai seorang Peguam, oleh kerana sewaktu kemangkatan Almarhum Jan 2010 kesemua harta berbentuk pesawat itu masih di atas nama Sultan Iskandar maka ianya patut dimasukkan kedalam senarai harta-harta yang perlu di bahagi mengikut Hukum Faraid. Tetapi saya telah ditekan dan diberi amaran untuk bekerjasama sekiranya hendak selamat. 


Dokumen itu telah dibuat secara tidak sah dan tarikhnya telah dikebelakangkan ke September 2009 ("back dated") oleh bekas rakan kongsi saya yang berpakat dengan Sultan yang baru. Dokumen itu tiada tanda tangan yang sah Almarhum Sultan Iskandar, ianya ditandatangan oleh Dato Ali Musa yang tiada hak dan kuasa untuk tanda tangan dokumen itu. 


Saya telah enggan menurunkan tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam kerana saya tidak membuat datau menyediakan dokumen tersebut tetapi disediakan oleh Abdul Aziz Jaffar Sidek yang telah membuat perancangan awal sebelum saya dipanggil mengadap. Apabila saya bertegas enggan menjadi saksi kepada dokumen tersebut saya telah mula diugut dan suasana agak tegang pada masa itu. 


Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku saya cadangkan agar Aziz Jaffar Sidek menyaksikan tandatangan dokumen yang telah di "back dated" itu tetapi saya dimarahi dan diherdik kerana Sultan baru berpendapat oleh kerana Almarhum lebih percaya dan telah mengamanahkan saya membantu urusan hartanah keluarganya, Maka saya perlu tanda tangan sebagai saksi, jika yang menyaksikan tanda tangan adalah orang selain saya, adik beradiknya pasti tidak dapat menerima dokumen tersebut dan fakta bahawa pesawat telah bertukar milik sebelum kemangkatan Almarhum kerana tarikhnya diletakkan pada bulan Sept 2009. 


Dokumen tersebut sebenarnya dibuat dan ditanda tangan pada bulan Mac 2010 iaitu 2 bulan selepas Almarhum mangkat. Saya mulanya hendak buat laporan Polis bagi melindungi diri saya, tetapi apabila menyedari Ketua Polis Johor amat rapat dengan Sultan, pasti ianya tidak akan kemana dan mungkin "backfire" kepada saya, jadi saya terpaksa berdiam diri dan berserah kepada Allah.


Saya tiada pilihan pada masa itu, tetapi sempat juga berfikir bahawa saya masih boleh tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti jawatan saya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah kerana, tugas seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya perlu saksikan tanda tangan dan tidak perlu bersetuju dengan kandungan dokumen yang disaksikannya.


Sultanah Zanariah pernah di ceraikan dengan talak dua, pada ketika itu gambar rasminya diturunkan diseluruh Negeri Johor, namun jodohnya panjang apabila mereka rujuk semula tidak lama kemudian dan gambar di seluruh Negeri Johor digantung semula. Saya kesal dan marah kerana Sultan sekarang di dalam percubaan nya membolot harta pusaka Almarhum cuba mengeluarkan atau arah keluarkan surat cerai talak tiga ke atas Sultanah Zanariah agar Baginda hilang hak sebagai isteri untuk terima bahagian isteri kepada pusaka Almarhum. Saya telah membangkang dan menegur agak keras hingga menimbulkan prasangka yang saya derhaka atau membelot menyebelahi keluarga Sultanah Zanariah.


Selepas dari itu banyak perkara lain berlaku dan saya telah mula dianiaya dan berbagai tuduhan palsu dibuat, dirancang untuk menjatuhkan reputasi saya dan menampakkan diri saya sebagai seorang penjenayah. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menegakkan Hukum Allah dan Undang-undang Negara ini. Saya hanya menjalankan tugas rasmi saya sebagai seorang Peguam dan sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah. Biar saya hilang pangkat tetapi saya tidak sesekali menjual maruah dan prinsip hidup saya sebagai seorang Islam.


Rakaman Ugutan Bunuh Terhadap Kamal Hisham!

Aku menulis artikel ini sejak 3-3-2012 sampailah 2-7-2012 aku tak percaya langsung yang Kamal Hisham di ugut bunuh oleh PUAK-PUAK PENJILAT TEGAR. Tetapi hari ini, aku dah dengar sendiri kedua belah telinga ini bahawa memang terdapat cubaan BUNUH terhadap Kamal Hisham!

Rakaman Perbualan “UGUTAN BUNUH”  tersebut sudah ada di tangan aku sekarang...Siapakah mereka? Cool beb...Lek Lu Sap Kok Tang Lu..

Benarkah terdapat SKANDAL JMF, RM60 juta, Johor akan keluar dari Malaysia, Jambatan bengkok dan lain-lain?

Seperti yang pernah dijanjikan, aku hanya akan menulis isu ini sehingga Part 66 saja dan mungkin akan berakhir 3 hari lagi dengan IZIN TUHAN atau mungkin ada tambahan sedikit PART. Jadi, simpanlah semua artikel-artikel saya ini sebagai rujukan dan kenangan untuk anak cucu kita.

SEEK THE TRUTH

 
 
 
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 61)

Benarkah Kamal Hisham Bawa Lari RM60 Juta Ke Luar Negara?


Kamal Hisham Jaafar


Salam, Kamal Hisham,

Aku dah publish jawapan kau dalam Part 60 dan aku yakin 300% kau baca. Kau mesti happy kan?

Bermula Part 61 hingga Part 65, aku nak kau sendiri yang tulis semua pengalaman kau bersama kerabat negeri Johor.

Berkata benarlah walaupun pahit. Allah sentiasa bersama orang yang benar. Manusia merancang tetapi Tuhan adalah sebaik perancang.

Aku nak kau berterus terang pada semua para pembaca,

Adakah kau bawa lari duit RM60 juta dalam Part 61

Aku beri kau masa 1 jam untuk jawab balik email ini kalau kau ada telur!

Uncleseekers
Seek The Truth

FULAWEI...
Tepat 1 Jam Kamal Jawab Balik Soalan Aku! 
Tabik Spring Sama Lu Beb...


Tuduhan kononnya saya bawa lari duit 60 Juta adalah fitnah semata-mata. Ini dibuat kerana hendak mengkaburi ahli keluarganya sendiri dan orang ramai supaya mengalihkan fokus kepada sikap tamaknya sendiri. Tiada laporan Polis pernah dibuat tentang kehilangan wang sebanyak 60 Juta, jawapannya mudah sahaja sebab tiada wang yang hilang.

Saya berjaya menyelamatkan wang tersebut dan memindahkan wang tersebut dari akaun di Standard Chartered, Hong Kong ke akaun Amanah Raya (dokumen ini saya lampirkan sebagai bukti yang nyata ). Jadi isu tersebut tidak sepatutnya timbul dan tidak sepatutnya dijadikan modal temberang keluarga ini bila berjumpa rakyat ataupun pegawai-pegawai kerajaan apabila timbul isu saya di dalam perbualan mereka.

Saya sebenarnya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada keluarga ini jika terus membuat cerita bohong dan fitnah tanpa mengira pangkatnya. Saya bukan takut tetapi tidak mahu membesarkan isu konflik pribadi saya dan Sultan Johor.

Sebelum Uncleseekers paparkan email saya dikeluaran ke Bahagian ke 60, saya tidak pernah berhubung dengannya walaupun berbagai tuduhan kononnya saya mengupah atau bersekongkol dengan Uncleseekers.

Sangka buruk dan orang sekeliling yang berhati hasad dengki yang penuh iri hati terlalu banyak sekeliling Sultan Johor. Sultan Johor patut belajar dari sejarah bagaimana Kejatuhan Kerajaan Empayar Melayu Melaka.

Terima kasih kerana Uncleseekers memberi peluang saya membuat penjelasan terhadap isu ini. Saya cuma ambil sedikit kesempatan hendak menambah bahawa tahap kesabaran saya masih tinggi, jangan sampai saya hilang sabar dan dedahkan terlalu banyak perkara yang mungkin mengejutkan kepada negara jika tekanan-tekanan terus dibuat ke atas saya. Sekian wassalam








Komen aku...
Kenapa cicak mengkarung, yang maha halia, hang mokhtar dan lain-lain masih tak jawab soalan-soalan aku?Ermmphh...
 
 
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62)

Johor Military Force (JMF) - Relevan atau Tidak?

Sekadar hiasan


Email yang aku terima dari Kamal Hisham untuk kita kongsi bersama maklumatnya


Peguam Kamal Hisham Jaafar

Johor Military Force (JMF)- Relevan atau Tidak ? 

Kajian Segera Perlu dilaksanakan

Kenapa Negeri Johor perlu ada tentera JMF ? Ini bertindih dengan fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). JMF hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard).

Betulkan JMF tidak berfungsi atau berperanan penting semasa Perang Dunia dulu, hinggakan kem nya( Kini Majidee Camp) diambil alih dan diguna oleh British.? Manakah mereka semasa rakyat berjuang?

Adakah mereka hanya jaga keluarga Sultan sahaja?.

Adakah betul tujual asal penubuhan JMF hanya satu kebetulan sahaja bukanlah untuk mewujudkan satu pasukan Tentera Negeri yang menjaga keselamatan rakyat?

Adakah Betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ?, Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan " raja berkedaulatan atau sovereign " sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah.

Gambar hiasan

Adakah benar JMF ditubuhkan kerana untuk membolehkan alasan " raja berkedaulatan" digunakan di Mahkamah yang mana ia perlu dibuktinya dengan  melengkapkan  ciri ciri sebuah Negeri Berdaulat, antaranya wujudnya sebuah negeri dan raja itu ada sejumlah askar sendiri sera beberapa syarat-syarat lain, Maka tertubuhlah JMF yang penuh bersejarah yang amat dibangga-banggakan walaupun  tujuannya hanya untuk menyelamatkan muka Sultan pada masa itu. Ini lah yang patut dikaji, banyak juga perkara lain perlu disemak semula.

Cadangan bagi membubarkan JMF telah pun dibuat Bacaan pertama di Parlimen semasa krisis Perlembagaan tetapi tiada Bacaan kedua dibuat, persoalannya kenapa polisi Kerajaan Malaysia terhadap JMF ini tidak konsisten. Keputusan yang hendak membubarkan JMF telah dibuat  dan dBacaan Pertama juga di Parlimen telah dibuat .Persoalan dan soalan berikut harus jawap bagi membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa Kosisten dalam Polisi pentadbiran Negara ini :-.


1) Kenapa benarkan kem baru dibina di tapak berhampiran RTM? Hingga Projek Membina Rumah Anak Yatim (Letter of Intent telah dikeluarkan)di tanah rizab Majlis Agama Islam Johor dibatalkan dan tanahnya diambil untuk kegunaan JMF. Kesian anak anak yatim, kemana mereka nak mengadu?.

Gambar hiasan

2) Benarkah Sultan mohon tambahan jumlah anggotanya hampir 2 kali ganda dari jumlah anggota yang dibenarkan? Hingga Menteri XXXXX diberi hadiah atau cuba dirasuah dengan 2 motosikal berkuasa tinggi? Tetapi Menteri XXXXX bukan mudah dibeli dan sangat professional di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang Menteri.

3) Kenapa Polis Diraja Malaysia memberi atau menyerahkan banyak senjata api yang disimpan (bagi tujuan pelupusan) di Stor Shah Alam diserah kepada JMF? Tidakkan ini satu tindakan yang merbahaya, kerana JMF hanya pasukan sokongan sahaja di dalam senarai Perkhidmatan Kerajaan dan bukannya pasukan tentera.


Gambar hiasan

Betulkah Ketua Polis Johor dihadiahkan Motosikal berkuasa Tinggi bagi membantu melobi bagi pihak JMF mendapatkan senjata senjata dari Polis Malaysia hingga jumlahnya terlalu banyak dan tidak selaras dengan jumlah anggota JMF yang dibenarkan undang-undang.?

4) Kenapa benarkan JMF sering menggunakan kemudahan latihan di kem Komando di Mersing? Siapakah yang membayar kos untuk semua latihan mereka?

5) Bilakah kali terakhir atau pernahkah senjata-senjata JMF dan milik keluarga diraja diaudit? Tidak risaukah mereka boleh merbahayakan Negara jika berlaku krisis Perlembagaan.?

Gambar hiasan

6) Kenapa JMF perlu Unit Khas yang bongkak dikenali sebagai JMF Elite Forces? yang mengiringi anak-anak raja hingga ke Shopping Complex di Kuala Lumpur dan merata tempat yang penuh bersenjata dan bercemin mata hitam. Ini membuatkan rakyat meluat dan meloyakan. Kenapa anak raja yang baru setahun jagung diiring dengan begitu ramai JMF apabila berjalan, hingga jumlahnya melebihi jumlah pengawal yang mengiringi Yang DiPertuan Agong.? Apabila ada majlis-majlis  bersama rakyat JMF Elite Forces berlari-lari macam orang sakit perut dan terjun  sebelum kenderaan mereka berhenti macam cerita movie barat tentang kisah pengiring-pengiring Presiden Amerika.

Gambar hiasan

Mengikut sejarah, reputasi JMF sebagai kaki pukul dan berlebih-lebih dari kerabat memang tidak dapat dinafikan. Sebagai contoh di dalam Kes Konflik Pribadi Sultan Johor dengan saya, JMF digunakan masuk kedalam pejabat saya di Johor Bahru dan merampas fail-fail berkaitan Sultan .  JMF juga diletakkan di hadapan rumah saya, mengekori saya kemana-mana saya bergerak. Lebih menjijikkan ialah JMF mengeliling rumah saya  bagi membuat gempar dan menakutkan saya dan keluarga. Undang-undang apa dan kuasa apa yang JMF gunakan?.


Gambar hiasan

Pernah satu ketika, Almarhum Sultan Iskandar menumpu kepada satu hobi iaitu mengumpul meriam-meriam lama. Tunku Mahkota di dalam usaha mengambil hati bapanya pada masa itu telah membawa 2 trak JMF ke Kuala Lumpur dengan secara notis Ketua Pengarah Muzium untuk pergi ke Muzium Negara Kuala Lumpur dan katanya nak melawat Muzium, tetapi sampai di sana, Tunku Mahkota dan JMF terus pergi ke bahagian stor dan mengambil 23 Meriam lama dan dibawa balik ke Johor, maka terpingga-pinggalah Ketua Pengarah Muzium kerana tidak tahu nak buat macam mana.

Gambar hiasan


JMF juga, telah digunakan bersama Polis Johor untuk merampas Meriam lama dari satu galeri milik seorang lelaki berbangsa Cina di Kota Tinggi yang Galerinya mempamirkan barangan antik termasuk meriam lama, senapang lama dan beberapa barangan antik. Galeri itu telah dikepung dan meriam lama miliknya dirampas. Bila Pemilik galeri itu cuba membantah tindakan tersebut, dia telah diberi amaran oleh Pegawai Persenjataan IPK Johor ASP Suguman agar tutup mulut, jika tidak dia akan buka kes terhadap lelaki tersebut kerana menyimpan senjata api lama tanpa lesen dan menakutkan lelaki tersebut bahawa dia  boleh dikenakantuduhan serta hukuman yang berat.

Nasib baik ada saya ada di Johor Bahru pada keesokkan harinya. Bila mendapat tahu meriam lama tersebut telah diambil secara paksa. Saya  telah cuba menyelesaikannya dengan cara yang terbaik dan telah berjumpa dengan lelaki Cina tersebut berbincang dengan cara baik agar meriam lama yang telah diambil satu hari sebelum itu dibeli dengan harga yang murah dan perjanjian bertulis ditanda tanganni.


Ini kerana saya  tidak mahu Almarhum Sultan Iskandar  mengetahui cara bagaimana meriam yang di hadiahkan kepadanya itu didapati dengan cara paksa pada asalnya  oleh Tunku Mahkota pada masa itu. Cuba bayangkan  apakah akan terjadi jika lelaki  Cina itu membuat "Press Conference di akhba-akhbar Cina?"

JMF juga banyak terlibat di dalam beberapa pergaduhan-pergaduhan di antara kerabat dan orang awam. Kes-kes yang berlaku di Pulau Rawa baru-baru ini boleh dinilai, adakah pengawal Pribadi Sultan akan bertidak kasar kepada pelancong tanpa arahan? Rasanya di tulis salah laku JMF terlalu banyak dan ceritanya sudah benci didengar rakyat Johor.

Kerajaan Persekutuan harus campur tangan segera ditakuti  JMF akan atau menjadi duri dalam daging , jika benar desas desus ada pihak tertentu cuba bawa Johor keluar dari Malaysia ianya akan menghasilkan konfliks sangat besar dan susah untuk dikawal oleh Kerajaan. Kalau neger-negeri lain boleh maju tanpa JMF, kenapa nak kekalkan JMF? Tepuk dada tanya Iman.

Komen aku
Bila datang kebenaran yang bathil akan gugur...
 
 
 
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 63)

Rakyat Johor Anjing?


Hoi Mail, ko lupa ke aku ni orang Johor
Muka tak malu! Dah berbulu pun minta tolong kat bapak. Sendiri settle lah jawab semua soalan aku baru rakyat tahu samada kau dipihak yang benar atau.....
Bakal Ketua Agama Negeri Johor konon?
 Podah!

Dakwaan karut atau Takut?

Kalau aku dan rakyat Johor di panggil Anjing kerana menyalak, ketuanya?


Terima kasih Amx seperti ruangan komen di bawah tentang video ini..

Apa komen Kamal Hisham tentang isu ini? Harap bersabar...

......1.08 pagi sampai 5.08 pagi.....

Welawe...Tunggu 4 Jam tu...
Adakah beliau tengah sedap berdengkur atau....?

Kali ini aku beri dia masa sehingga pukul 5 petang samada dia berani atau tidak soalan-soalan aku di bawah selain komen di atas!

Kamal, kalau lu rasa ada soalan yang agak berat untuk lu jawab hari ni, lu boleh minta tangguh. Asal jangan jadi PENGECUT macam DIA ORANG tu semua sudahlah!.

1. Betul ke aku dengar ada orang nama Shamsul kena belasah dengan JMF?

2. Betul ke aku dengar mail aka cicak mengkarung pernah mengaku depan kau yang dia belasah kerabat Negeri Sembilan?

3. Betul ke aku dengar si mail cicak mengkarung tu suka mabuk dan gaduh kat The Zon?

4. Betul ke aku dengar sorang anggota JMF kena tanam separuh badan dan cicak mengkarung kencingkan muka dia sebab murka?

5. Betul ke aku dengar anggota JMF sendiri dah naik tocang sampai berani pukul orang bila-bila dan  di mana saje walau takde arahan dari sesiapa?

Sekarang pukul 5.32 pagi...

JAWAPAN KAMAL HISHAM



Salam Uncleseekers, merujuk kepada soalan-soalan yang telah  dikemukakan, saya memang tidak takut untuk menjawapnya. Saya hanya takut kepada Allah sahaja. Sebagai seorang Islam dan seorang Professional ,soalan-soalan ini saya akan jawap apabila tiba masa yang sesuai, saya akan menjawabnya tanpa rasa takut atau berat sebelah "without fear and favour" dan akan bercakap perkara yang sebenarnya telah berlaku..

Maaf kerana lambat menjawap soalan-soalan ini kerana sibuk terpaksa berpindah tergesa-gesa buat kali ke 3 dalam setahun ini disebabkan ada pihak tertentu telah dihantar oleh orang yang masih saya tidak ketahui mengganggu saya dan keluarga  di luar negara ini. Demi keselamatan, saya terpaksa berpindah lagi atas nasihat pihak tertentu di sini.

Terima kasih sekali lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan