Selasa, 31 Ogos 2010

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya

SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya
Nazri Abdullah ..Harakahdaily.
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.

Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

P/s: berbanding sekarang  badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). semuanya dibawah telunjuk ROsmah NajIB...insaallah jika di bawah parlimen kes2 yg dikambing hitamkan akan dibuka balik....

Ahad, 29 Ogos 2010

Apa hukumnya klau org muslim sendiri tidak menutup aurat memasuki ruang solat....


Sekarang ne kita sebuk ceta pasal hukum atau fatwa non muslim memasuki ruang solat masjid... Kita semua nak juga dengar apa kata mufti2 umno klau org muslim sendiri tidak menutup aurat memasuki ruang solat masjid atau surau......dan apa tindakan jabatan agama islam bila ustazah yg mengunakan mimbar untuk menyampaikan tazkirah tidak menutup aurat...Kenapa media arus pedana dan parti2 politik dan ngo(UMNO dan PERKASA) memperbesar2 kan isu2 non muslim memasuki ruang solat...dan mengapa jabatan agama islam dan mufti2 begitu pantas menghukum dan mengeluarkan fatwa...apakah yg mereka takutkan, takut pada Allah atau takut pada Pemerintah, kenapa ada undang2 dan Fatwa yg berlainan antara parti politik pembangkang dan pemerintah...semua mata sedang memerhatikan mereka...Jangan sampai tersilap langkah...nanti sendiri mau ingat...

Jumaat, 27 Ogos 2010

Muslihat politik UMNO gunakan sentimen perkauman sempit dan agama tutup kelemahan parti....

Hari ini esok dan selamanya..UMNO terdesak mengunakan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan kehormonian kaum...strategi yg digunakan sekarang untuk meneruskan kelangsungan berkuasa...PR yg berdepan serangan bertali arus beriltizam melaksanakan perubahan demi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat di perteguh.dan menyemaikan persefahaman dalam kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepintingan bersama.Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan antara kaum,budaya dan agama...Kenyataan bersama Pemimpin Pakatan Rakyat..

Bangkitkan isu perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu

Selasa, 24 Ogos 2010

Kalau Institiut keadilan sudah di nodai oleh pemerintah.apa adakah lg kebenaran di tanah air ku sendiri....

Sejarah baru 1Malaysia,penemuan Suruhanjaya Diraja telah dicabar.

Peguam Karpal Singh membidas keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan permohonan tiga individu yang mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam.

■Mahkamah rayuan dalam keputusan 2-1 hari ini memberi kebenaran kepada dua bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama peguam Datuk VK Lingam mencabar hasil penemuan Suruhanjaya pada 2008 itu berhubung peranan enam individu, termasuk ketiga-tiga mereka yang didakwa terbabit dalam perlantikkan hakim-halim utama negara.
■Tiga yang lain itu adalah jutawan perniagaan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
■Karpal berkata keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah betul dengan tidak membenarkan ketiga-tiga mereka mencabar keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja itu.
■Katanya, tidak pernah dalam sejarah Malaysia, kebenaran diberikan bagi mencabar hasil penemuan sebuah suruhanjaya diraja.
■"Mahkamah rayuan silap dalam keputusan hari ini yang membenarkan rayuan itu. Apa yang pihak berkuasa sepatutnya lakukan ialah bertindak ke atas cadangan dan hasil penemuan dan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terbabit," kata Karpal.
■Berikutan keputusan mahkamah rayuan itu, merit kes berkenaan akan diserahkan semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk didengar.
■Menurut Karpal pihak berkuasa juga gagal memulakan tindakan berikutan cadangan suruhanjaya itu.
■Karpal sebelum ini menawarkan dirinya untuk mendakwa Lingam menurut Akta Profession Peguam, tetapi peguam negara tidak menerima cabaran itu.
■Karpal berkata dalam insiden mata lebam bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak berkuasa bertindak ke atas bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang didapati bertaggungjawab oleh suruhanjaya diraja itu.
■"Ini sepatutnya apa yang perlu dilakukan (dalam kes Lingam)," katanya.
■Pada 12 Dis 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penemuan suruhanjaya diraja itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.
■Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.
■Surahanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.
■Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.
■Kecuali Dr Mahathir, lima yang lain mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula supaya hasil penemuan suruhanjaya itu dibatalkan.
■Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan telah menarik balik rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini.
■Pesuruhjaya berkenaan -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim -- bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu.-

Isnin, 23 Ogos 2010

Modus Operandi UmnoApco.(MORSAD)

Modus Operandi UmnoApco.(MORSAD)

>> Isnin, Ogos 23, 2010
■Jika membaca dan bersandarkan kepada maklumat yang di perolehi dari akhbar perdana, maka kelihatanlah seolah-olah Parti Pembangkang iaitu Pakatan Rakyat ini adalah jahat, suka menghina institusi Raja/Sultan dan mempermainkan agama.

■Walau bagaimanapun, hendak salahkan akhbar perdana seratus peratus pun tak boleh juga, sebab akhbar-akhbar ini sememangnya dah jadi barua dan pencacai parti pemerintah sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Kalau tidak nanti juboq penerbit, pengarah, editor akhbar2 tersebut pula berlengas dan kemungkinan juga dapur mereka tak berasap... semuanya demi fulussss..... walau terpaksa menongkah arus etika kewartawanan.

■Yang harus dipersalahkan adalah umnoApco/BeEnd kerana bajingan2 inilah yang menjadi punca perselisihan dan permasalahan yang timbul, puak2 haramjadah ini sengaja membuat fitnah hendak melaga-lagakan para pemimpin Pakatan Rakyat dengan pihak istana dan bermain dengan sentimen agama.

■Maklumlah orang2 melayu ini amat sensitif dengan perihal agama dan raja-raja, dan ini menjadi senjata utama puak2 haramjadah ini iaitu bermain dengan isu sensitif bagi menarik sokongan dan simpati rakyat terhadap parti mereka yang dah nak mampus dan semakin di tolak oleh rakyat, jadi inilah modus operandi mereka pada masa ini.

■Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan fitnah banner PKR dan melibatkan Sultan Johor, secara logik apakah pemimpin PKR bangang atau bodoh sangat ke nak buat banner sebegitu, apakah pemimpin PKR tak tahu Perlembagaan Negeri Johor dalam urusan melantik Menteri Besar. Gua rasa budak tadika pun tahu berfikir samada fitnah banner tersebut logik atau tidak...???

■Selang tak berapa lama kemudian, sang mufta belaan umnoApco pula bikin kecoh kononnya dia tahu siapa pemimpin pembangkang yang nak mengubal perlembagaan negara... yang ini bagi gua adalah lawak bodoh of the year dari sang mufta tersebut, apa dia ingat senang2 ke nak gubal perlembagaan negara.

■Terkini..., timbul pula isu Khutbah Jumaat dengan tujuan melagakan KM Penang dengan YDP Agung, kisahnya sudah ramai yang tahukan..., so.. tak perlulah gua bercerita lagi di sini.

■Terlatest..... surau di simbah cat dan botol arak, siapa pulak bangsat2 yang buat kerja jahat nih....

■Kesimpulannya, jika diperhatikan kronologi isu-isu yang di timbulkan semuanya dalam masa yang terdekat dan dalam tempoh sebulan ini, sebab itulah gua katakan ini adalah modus operandi puak2 parti haramjadah umnoApco yahudi laknatullah yang terdesak minta nyawa talian hayat untuk terus berkuasa, kononnya merekalah pembela agama, bangsa dan raja2... memang dasar binatang biawak betul puak2 nih... wa cakap lu... sebijik perangai zionis yahudi israel.

■Tunggulah selepas ini bakal ada lagi fitnah isu melibatkan pihak Istana mahupun isu berkaitan agama akan di timbulkan lagi, berkemungkinan ianya melibatkan Istana Kedah dan Selangor pula, puak2 haramjadah umnoApco ini bukannya tau serik dan sanggup pula membodohkan diri bagi mencapai matlamat busuk mereka.

Pemerintah ..Jangan bebankan rakyat.....

Pada 20 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri diseragamkan pada masa depan.
-Cadangan supaya semua kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah bagi meningkatkan hasil pendapatan dianggap sesuatu keputusan yang dibuat oleh mereka yang tidak memahami derita rakyat bawahan cadangan itu sesuatu yang tidak wajar dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian.
Mana slogan yg sering beliau laungkan rakyat didahulukan.
Sepatutnya beliau sebagai perdana menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.
Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak.” persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan ialah pemimpin negara sepatutnya mencari jalan supaya khazanah negara dapat dinikmati semua rakyat.
Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas tidak akan menaikkan tarif air kerana tidak mahu membebankan rakyat.
“Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.
“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,
tindakan kerajaan Selangor menolak cadangan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang bernilai RM8 bilion adalah sesuatu yang bijak.
Jimat RM6 bilion
“Sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air dengan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak 6 bilion.

Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud harus disiasat dgn KEHILANGAN $RM1.825 Billion ?

RM1.825 Bilion hilang di Sarawak?
Tak habis2 cerita pasal ketua pemerintah BN Gila KUasa bolot harta....knapa penguasa2 pemerintah membisu....
Posted byAnak Sungai DerhakaatMonday, August 23, 2010Oleh Staf FMT

■KUCHING: Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud kembali mendapat tumpuan dan kali ini berhubung RM1.825 bilion yang diperuntukan kepada "orang-orang yang tidak dikenali" pada 2009.
■Dalam satu pendedahan mengejutkan, para penyiasat mendakwa jumlah itu lebih dari separuh dari Belanjawan Pembangunan Negeri.Sarawak Report, yang mendedahkan angka itu, yang boleh diperolehi dalam laporan DAP berkata, Taib gagal mencatat RM4.8 bilion ke dalam akaun perbelanjaan kerajaan dalam tempuh tiga tahun lalu sahaja (termasuk 2009).
■Berikut ialah sedutan dari artikel yang dimuat ke dalam portal:
■Projek-projek rahsia
■DAP, yang baru-baru ini memenangi pilihan raya kecil parlimen Sibu dengan menewaskan Barisan Nasional, mendedahkan Belanjawan Alternatif 2010 yang disembunyikan, di mana mereka mendesak supaya disemak semula mengikut kaedah perakaunan yang betul. Ini supaya rakyat benar-benar tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan.
■Ini adalah hak mereka dan demikian juga di bawah undang-undang Malaysia, sejajar dengan kehendak negara-negara di dunia yang bertamadun.
■Angka DAP itu menunjukkan Taib, bukan sahaja memperuntukan 80% dari keseluruhan belanjawan pembangunan negeri kepada tiga kementerian yang bertanggngjawab terus kepada beliau tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, kebanyakan wang itu telah dibelanjakan ke atas "projek-projek rahsia" tanpa sebarang maklumat mengenainya.
■Dalam keadaan sebegini, rakyat Sarawak menganggap wang itu telah dicuri.
■Taib berfikir beliau dapat melepaskan diri dengan tidak memberitahu rakyat di mana beliau membelanjakan wang itu. Tetapi apa yang pasti ialah projek-projek rahsia ini tidak ada satu pun yang memberi manfaat kepada rakyat miskin di mana tanah mereka telah diambil untuk tujuan penanaman kelapa sawit yang kini dimiliki oleh beliau dan konco-konconya.
■Jadi apa yang sedang berlaku dan bagaimana ke semua wang ini hilang? Dokumen belanjawan DAP menyediakan analisa secara terperinci.
■Pertama, ia menggariskan tahap penguasaan seorang individu bahawa Taib bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Sarawak.
■Beliau secara peribadi menguruskan ketiga-tiga jabatan utama yang berbelanja besar di negeri itu. Ini bermakna setiap perbelanjaan mesti melaluinya dan tidak ada menteri lain boleh berbuat apa-apa tanpa mendapat kebenarannya.
■Ketiga-tiga kementerian itu khususnya (Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber dan Perancangan dan Kementerian Ketua Menteri) menguasai 80% dari Belanjawan Pembangunan.
■Kementerian-kementerian ini membelanjakan tiga perempat dari jumlah belanjawan itu walaupun kebanyakan projek sepatutnya dikendalikan di bawah jabatan-jabatan yang berlainan.
■Kedua, dokumen-dokumen ini menerangkan sistem perahsian yang dibentuk untuk menyalurkan lebih dari separuh dari jumlah wang ini.
■Di mana wang tersebut?
■Dalam tempuh beberapa tahun lalu, Taib membentuk satu kategori yang menjadi misteri bernama "Sumbangan Kerajaan Ke Arah Agensi Dana Amanah Yang Diluluskan" di mana wang itu disalurkan.
■Tidak ada spesifikasi siapa "Agensi-Agensi Yang Diluluskan" atau kepada Dana Amanah yang mana satu wang telah disalurkan dan kerajaan berkali-kali enggan menyediakan maklumat tentang perkara ini apabila diminta.
■Boleh jadi wang ini disalurkan kepada emak saudara, kakak, sepupu, anak-anak atau perempuan simpanan..... bagaimana seseorang itu boleh tahu dan apa hak beliau menyimpan rahsia ini?
■Maka dalam tahun 2009 sebanyak RM1.825 bilion (59.3% dari keseluruhan belanjawan negeri yang berjumlah RM2.430 bilion) tidak tercatat dalam akaun Belanjawan Pembangunan mengikut perkiraan DAP.
■Dalam 2008, ia berjumlah RM1.719 bilion (60% dari jumlah RM2.865 bilion) dan pada 2007, ianya sebanyak RM1.257 bilion (54.8% dari jumlah RM2.294 bilion).
■Ada benarnya DAP menimbulkan persoalan ini, mengenai apa gunanya mengaudit 40% dari belanjawan itu jika bakinya sebanyak 60% dirahsiakan?

Ahad, 22 Ogos 2010

Tragedi Berdarah 13 Mei 1969...



.Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 Mesti Diulangi


Tiada satupun dokumen awam yang mengatakan Umno aka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam Tragedi Hitam 13 Mei 1969. Ironinya walau tanpa catatan resmi, yang tidak tersurat tetap kukuh tersirat!

Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak merasai hangatnya tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh mereka.

Darah Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing, Cina khususnya!

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Saya masih bergelar pelajar. Guru saya, cikgu Abdullah Sani adalah setiausaha umno Bahagian, arwah ayah saya adalah Ketua Pemuda umno Bahagian ketika itu. Guru Besar saya, cikgu Abdul Rahmah Sabri, bekas Datuk bergelar (pingat Datuknya telah ditarik balik olih Sultan Johor) dan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor. Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang kental darah umno nya. Sejak belum masuk alam persekolahan saya telah dibawa olih ayah untuk bersamanya dalam majlis-majlis politik kepartian. Dia bermesyuarat di luar dewan, kami (anak-anak) bermain di luar dewan. Dia bertanding dalam pilihanraya, kami anak-anaknya turut ditugaskan menampal poster dan mengedar risalah.


Dunia saya adalah dunia umno! Saya begitu bangga berbaju batik yang penuh dengan lambang umno. Hebat umno, kalau tiada umno, Melayu akan mati kebuluran! Kalau tiada umno, air tidak akan mengalir dalam besi dan Melayu masih menggali perigi...!!! Itu sedikit sejarah darah yang mengalir dalam diri ini.

Maka tidak hairanlah jika kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya;

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Manakala tregedi 13 Mei 1969 adalah Tugu Masa Perjuangan Melayu menyelamatkan Tanah Melayu daripada jatuh ketangan Cina jahanam!!


Hebatkan!!

Hebat sungguh Melayu umno!!!

Hebat sungguh Melayu umno menanam rasa benci, dendam dan bermusuhan terhadap sesama rakyat!!

1978, di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selang sehari selepas saya memberi pidato umum, saya dikunjungi SB bahagian politik pelajar dan bermulalah era senyap saya selama 2 tahun!!

Alhamdulillah, semasa era senyap inilah limpahan sejarah sebenar tentang siapa umno dan kenapa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 "TERPAKSA" diadakan telah dibisik kemas ke telinga dan dititip rapi ke lubok hati olih insan yang saya kasihi, ayah. Terima kasih ayah! Semoga roh ayah dan ibu sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Illahi.

Hari ini buat anak-anakku,

Ayah titipkan sedikit apa yang pernah dibisikkan ketelinga ayah.

- Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan terjadi andainya parti umno/Perikatan tidak kalah teruk dalam pilihanraya umum. Bangsa Melayu tidak kalah dalam pilihanraya sebenar, yang kalah adalah parti umno/Perikatan.

- Semangat perkauman dikalangan Melayu terpaksa dibakar untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu kepada umno.

- Yang berlari, yang mengejar dan dikejar. Yang memukul dan yang dipukul, yang membunuh dan yang dibunuh adalah bangsa Melayu yang perasaan mereka telah dibakar api kebencian sesama insan olih pemimpin umno!

- Yang rugi, cacat, cedera dan yang mati adalah Melayu bawahan, rakyat miskin yang dibonekakan olih pemimpin umno untuk segaja mencetuskan huruhara agar MAGERAN dapat diumumkan! Bila MAGERAN diumumkan, kuasa tidak berganjak dan kekal dipegang olih umno. Melayu tetap layu, dilayukan olih pemimpin Melayu umno!

- Katanya; Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!. Tanyalah Cina mana atau Melayu jahanah yang mencelakakan kedaulatan Pulau Batu Putih?


- Katanya; Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu. Selidikilah Cina mana atau Melayu puaka yang menipu anak jati Melayu sehingga tergadainya warisan negara di Tanjung Pagar, Singapura?

- Katanya; Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung. Cina mana atau Melayu laknat yang tidak sedarkan diri dan merogol kedaulatan diri memalukan bangsa sendiri?

- Katanya; Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu. Kajilah Cina mana atau Melayu harami yang berkekongkol dengan perompak merakus harta negara?

Caturan politik perkauman 1969, mereka berjaya. Umno berjaya membakar semangat Melayu demi hasrat haprak mereka. Mereka membakar semangat bangsa Melayu agar permusuhan kaum bermaharajalela dan mereka terus berkuasa! Permainan yang sama tetapi di padang yang berbeda mereka cuba ulangi. Kali ini bukan dengan isu perkauman sahaja tetapi digaramkan dengan isu kaagamaan. Kepala lembu dan kepala babi dijadikan mainan olih pewaris pencetus insiden 13 mei 1969 untuk mencetuskan huruhara yang harubiru! Malangnya mereka kecundang!

Bukan! Tragedi seumpama 13 Mei 1969 bukan yang rakyat inginkan. Ia bukan budaya kita tetapi ia dilakar-acahkan olih pemikir rakus yang gila kuasa akibat badi hasutan syaitan belaan umno!

UMNO SEMAKIN HARU BIRU DI UTARA-

Kata dua Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO Perlis, Kedah
KANGAR 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.Utusan Malaysia 21/8/2010)
Barisan kepimpinan UMNO Kedah ternyata gagal berfungsi. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Shafiee Apdal seperti loleh tak boleh membuat apa-apa perubahan.
Ini kerana hanya beliau yang tergonteng-gonteng keseorangan tanpa "backing" barisan yang kuat dan kukuh. Dari Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada Ketua-Ketua Bahagian semuanya ada agenda mereka sendiri, mengembongkan poket masing-masing di masa kapal akan tengelam ini.
Penyakit hawar dan berak kapur yang melanda UMNO Kedah sejak dari pukulan hebat PRU12 lepas ternyata belum pulih seratus persen. Mereka masih lagi hebat "tutuh-menutuh" sesama sendiri di mana musuh semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian masih kekal menjadi musuh tidak berubah menjadi kawan.
Mahu tidak mahu Najib mesti tegas untuk merubah atau menyalin mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah menjadi 2nd Kelantan. Ini memandangkan rakyat sedang melihat luka-luka mereka ini sedang berulat merobok teruk.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Lagi isu Penguasa Pemerintah yg Korup..Karpal Singh hari ini mendesak Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap Ketua Hakim Zaki Azmi yang "korup" dan bersikap hipokrit..

Korup CJ: Karpal mahu PM bertindak
Fri, Aug 20, 2010
Dalam Negeri
Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP bersuara lantang, Karpal Singh hari ini mendesak Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap Ketua Hakim Zaki Azmi yang "korup" dan bersikap hipokrit dalam menghadapi tuduhan rasuah terhadap dirinya ketika menjadi peguam pada sekitar tahun 1980an.
Dalam serangan terbaru, Karpal mendakwa "beliau ada kelemahan peribadi" apabila Zaki memberi amaran bahawa beliau "tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dengan rasuah" seperti yang beliau sebut pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Persekutuan pada 11 Jun lalu.
Beliau berkata, beliau telah memfailkan aduan terhadap Zaki di bawah Kod Etika Hakim 2009 yang baru dibentuk, dihantar dengan tangan ke pejabat Ketua Hakim di Putrajaya.
Berdasarkan aduan ini, beliau berkata Yang Dipertuan Agong, atas nasihat perdana menteri, mesti melantik sebuah tribunal mengikut Klausa (4), Perlembagaan Persekutuan untuk memecat hakim itu dari pejabatnya.
Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat banyak kelemahan dalam perkara ini, kerana ketua hakim berhak untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa untuk membolehkan siasatan dilakukan.
(Tapi) ketua hakim tidak boleh secara undang-undang menentukan sama ada terdapat merit dalam aduan terhadapnya," kata Karpal, merujuk kepada Seksyen 3 Kod Etika Hakim.
"Merujuk kepada Seksyen 5 Akta ini, adalah wajar seorang ketua hakim Malaysia yang bersara (mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan termasuk dalam kategori ini) untuk membuat keputusan tentang aduan ini.
"Meskipun begitu, perkara ini harus diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana "tidak ada sesiapa yang harus menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan dirinya"," kata Karpal.
"Saman saya jika saya salah"
Menjelaskan mengenai aduan itu, Karpal berkata, kenyataan terbaru Zaki bercanggah dengan perbuatannnya sendiri kerana mendakwa secara terbuka melakukan rasuah (memberi sogokan) di Kuching pada 7 November 2008.
Memandangkan hal ini, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, Zaki secara sah melanggar Seksyen 7 (8) Kod Etika Hakim 2009 yang menyebut:
"Seorang hakim tidak harus mengambil sikap yang tidak layak sebagai seorang hakim atau yang membawa atau yang dianggap membawa nama buruk kepada pejabatnya sebagai hakim."
Karpal menambah, perbuatan ini juga melanggar Seksyen 8 (7) Kod Etika Hakim 2009 yang menyebut: "Seorang hakim tidak harus mengambil apa-apa tindak tanduk yang boleh mencemarkan nama baik di pejabatnya sebagai seorang hakim."
"Beliau (Zaki) harus menjadi orang terakhir untuk terlibat dalam majlis penyampaian anugerah itu. Dengan berbuat demikian, secara jelas beliau telah memperlihatkan kelemahan peribadi beliau yang boleh dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009.
Kalau tidak, beliau boleh dirujuk kepada sebuah tribunal di bawah Klausa 4, Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan memecat beliau dari badan kehakimanan," katanya.Melancarkan satu lagi serangan terhadap Zaki, Karpal secara sindir berkata, Zaki sepatutnya menjadi "orang terakhir untuk memberi amaran kepada mahkamah tentang rasuah.
Beliau juga seorang yang korup, ia sangat mudah. Orang yang terlibat dengan rasuah tidak berhak untuk menuding jarinya kepada orang lain kerana empat jari lagi menuding ke arah dirinya sendiri.
Dan Karpal bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika dakwaan yang dibuat adalah sebaliknya. Beliau boleh menyaman saya, saya bersedia," ujar beliau.
Karpal, pada masa lampau pernah membuat beberapa percubaan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan beliau tetapi SPRM tidak pernah melakukannya.
Beliau juga membuat laporan polis terhadap Zaki tapi tidak ada satu pun kenyataannya yang dibawa ke tengah.
Tidak lebih dari itu. Tidak ada sesiapa yang mahu berjumpa dengan saya. Saya mencabar mereka untuk mengambil kenyataan saya tapi mereka tidak datang. Tetapi jika mereka mahu menahan saya, selalu mereka datang," katanya dengan berseloroh.
Zaki, pada satu segi, dilaporkan menafikan dakwaan terlibat dengan sogokan apabila beliau bertugas sebagai peguam pada sekitar tahun 1980an.

Isu kini....

Isu Racist, Isu Perpaduan Melayu, Isu Agama, Isu Raja-Raja Melayu, Isu Bahasa Melayu, Isu Pasir, Isu tanah, Isu Dinnar & Darham, Isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang & terkini isu air pulak dahhh....anak bulan belum nampak dan ini petanda nak Hari Raya atau nak Pilihanraya?

Pimpinan Umno menyemarakkan api kebencian di negara ini..

Kenyataan Media: Anwar Ibrahim Hari Ini.
Jumaat, Ogos 20, 2010
KENYATAAN MEDIA

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.
Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.
Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.
Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil.
Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

Isnin, 16 Ogos 2010

only malaysia -kebanyakkan vvip dilindungi dr kesalahan undang2 pemerintah..

Polis anggap dakwaan Timbalan Menteri dalangi pelacuran sebagai tohmahan

2010/08/16
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran walaupun Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat ia satu tohmahan.
Mohd Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.
"Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh seorang ahli politik pada 14 Ogos lalu mendakwa timbalan menteri itu terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral. Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar 2000 dan 2001.
Mohd Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.
"Kita kena tengok dahulu adakah laporan itu berunsur tohmahan atau tidak dan baru kita membuat keputusan. Kita kena kenal pasti mangsa seperti yang didakwa terlebih dahulu," katanya.
Mengenai dakwaan kononnya tujuh lagi wanita kaum Penan dieksploitasi untuk tujuan seks di Baram, Sarawak, beliau berkata hingga kini tiada sebarang saksi tampil kepada polis manakala sekumpulan 36 badan bukan kerajaan (NGO) yang yang kononnya mahu memperjuangkan nasib kaum Penan, masih gagal memberi sebarang maklumat yang dapat membantu siasatan.
"Kita telah menubuhkan satu lagi pasukan khas baru yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan telah pergi ke Baram untuk menyiasat perkara itu.
"Namun kami tidak menemui sebarang kes baru seperti yang didakwa mereka, malah tiada laporan baru polis dibuat di sekitar Sarawak. Kalau tiada mangsa tampil atau tiada maklumat dari yang mendakwa, bagaimana kita hendak siasat?" katanya.
Beliau berkata tidak timbul soal kononnya polis bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menutup apa-apa juga kejadian yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang. - BERNAMA

P/s: belum siasat dah kata tohmahan...bila dah siasat tiada bahan bukti...wang adalah segalanya..undang2 hanya untuk rakyat...kebanyakan kes2 vvip yg dibawa ke mahkamah semua akn terlepas dr undang2...mahkamah hanya pentas drama untuk mengaburi mata rakyat...

Only malaysia - Komisysen adalah wang keuntungan perniagaan bukannya rasuah..

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah
memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.
"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.
"Orang tengah (rakyat Malaysia, kroni rapat Umno) dibayar wang komisyen RM134 juta bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.
Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.
http://www.mmail.com.my/content/44017-malaysian-govt-officials-linked-aussie-banknote-supply-scandal