Selasa, 28 September 2010

Satu Lagi Usaha Kerajaan Prihatin - Lapan Buah Tadika Rakyat Dibina di Selangor

Selangor Sejahtera...

PETALING JAYA 25 SEPT : Selaras dengan usahanya untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri Selangor semalam mewartakan tanah seluas 1 ekar untuk didirikan lapan buah Tadika Rakyat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM62,500 untuk membina lapan buah Tadika Rakyat yang terdiri daripada empat buah kelas aliran Melayu dan empat buah kelas aliran Bahasa Inggeris.

" Saya difahamkan projek ini memerlukan RM150,000 untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan lain. Oleh itu saya mencadangkan YB Nik Nazmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dana Tadika Rakyat Kampung Lindungan untuk mencari tambahan," ujar Khalid pada acara pecah tanah yang diadakan di Jalan PJS 6, Desa Mentari, Kampung Lindungan.

Menurut Khalid, beberapa subjek utama akan diajar kepada murid-murid yang memasuki tadika ini iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama Islam dan Moral.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menggunakan sistem tender terbuka untuk pembinaan dan pengurusan tadika berkenaan.  

"Kita juga akan buka tender kepada mana-mana pihak korporat, persatuan NGO yang berminat dalam pembinaan dan pengurusan pentadbiran pendidikan kelak," kata Khalid.

Pada majlis yang sama,Khalid turut memberitahu kerajaan negeri akan menyelesaikan isu Sekolah Tamil dan Sekolah Kebangsaan yang tertangguh sekian lama.

Hal itu akan dibawa kepada Kerajaan Persekutuan untuk tindakan segera. Sekolah yang terbengkalai di atas tanah seluas 3.5 ekar itu juga akan dipastikan siap dalam masa 5 bulan.

"Kita seharusnya berharap agar Kerajaan Persekutuan segera membina Sekolah Tamil dan sekolah kebangsaan bagi keperluan pembelajaran anak-anak penduduk disini.

"Kerajaan negeri juga akan memastikan tapak sekolah Tamil itu akan digazetkan untuk masa depan anak bangsa dalam memastikan semua rakyat berhak mendapat pendidikan," tambah Khalid lagi.

Turut hadir pada majlis pecah tanah ialah Exco kerajaan Negeri Xavier Jayakumar, Adun Seri Setia Nik Nazmi,Ahli Parlimen Gwo-Burne Low, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DUN Seri Setia, Syed Shahir Mohamud dan Pegawai Daerah Petaling Zulkefli Ahmad.

Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini berjaya membina 20 buah kelas tadika di seluruh Selangor sepanjang tempoh pentadbiran.


Sumber: TVSelangor

Isu BTN: Pemuda Gerakan mahu Hamim dilucut jawatan

September 29, 2010KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.

“Saya mahu supaya beliau (Hamim) dilucutkan jawatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai tidak tahu matlamat sebenar konsep 1 Malaysia.

“Kenyataan yang dibuat beliau secara terbuka telah merendahkan orang Malaysia bahkan ia bertentangan dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lau juga menggesa supaya kursus yang dibawa dalam BTN diubah terutamanya modulnya supaya selaras dengan konsep 1 Malaysia.

“Ada banyak aduan daripada peserta bahawa kursus BTN ini adalah program yang berat sebelah, ketinggalan zaman, rasis dan ia harus diubah.

“Dalam ucapan yang dibuat beliau semalam (kelmarin) mengatakan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan beliau juga menyarankan agar orang Melayu bersatu demi mempertahankan hak mereka,’ katanya.

Lau mengulas kenyataan dibuat Hamim yang mengatakan hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.


“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Najib menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.

Selain itu, Naib Presien PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.

Isnin, 27 September 2010

Tanah Rizab Bumiputra di Pulau Pinang Tergadai?

Tanah Rizab Bumiputra di Pulau Pinang Tergadai?

Akhirnya Melayu Pulau Pinang nak tinggal dimana agaknya.. bila semua tanah-tanah mereka terjual..nak kena buat rumah rakit kah?

Oleh: Mohd Shukri Mohamed Talib

Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, agensi yang ada kaitan dengan Umno, didakwa memindahkan 280ha tanah rizab bumiputra kepada syarikat pemaju yang mana pemegang saham majoriti adalah bukan Melayu.

Suit against agency over transfer of land
Himanshu Bhatt

GEORGE TOWN (Sept 7, 2010): Two Malay non-governmental organisations (NGOs) and 33 individuals have filed a suit against Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP), an Umno-linked agency, after it allegedly transferred 280ha of land reserved for bumiputras to a development company with a non-Malay majority shareholder.

The suit, filed at the High Court here today, claimed the YBPP had passed the three plots located around Bertam in Kepala Batas, to Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).


It identified BKB as a joint-venture with YBPP having only 30% of the shares while Hunza Properties Bhd owned the remaining 70%.

Citing beach of trust and/or breach of fiduciary responsibility, the suit was filed by Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negri Pulau Pinang and Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), together with Datuk Yussof Latiff and 32 other individuals.

Yussof, who is the president of Pemenang, later told a press conference the plaintiffs were also concerned as the said plots of land were transferred to BKB on Nov 26, 2001 for only RM21,960,696.

"But a report by a commissioned valuer put the value of the land, according to open market prices on Nov 11, 2001, at RM137,435,000,” he said.

"Because of this, YBPP has incurred financial losses of as much as RM115,474,303," he added.

The writ of summons named YBPP as a defendant along with Tenagas Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Hartanah Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Properties Sdn Bhd, BKB, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza and three other individuals

The plaintiffs are asking for the joint-venture agreement YBPP subsidiaries Kumpulan Pinang Hartanah and Kumpulan Pinang Properties made with BKB, and the land transfer to BKB, be declared null and void.

It is also seeking an injunction to prevent BKB from transferring or nullifying any portion of the land still registered under it.

Yussof said Hunza Properties Bhd was a public-listed company that was not controlled by Malays or bumiputras, and its shares were not majority owned by Malays.

He said YBPP was formed in 1980 as a result of an economic convention by Umno that resolved to set up the organisation for the benefit of Malays in Penang.

"To achieve this, YBPP used funds allocated by the government, and through its subsidiary bought several plots of property in Kepala Batas, Penang."

bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.


Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.


Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

Ahad, 26 September 2010

SIAPA YANG MENYEBABKAN ORANG MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR DAN MELARAT DI BUMI MALAYSIA INI???

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu: 

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan meminda perlembagaan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan wujud campurtangan dalam sistem kehakiman.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti rakyatnya orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu dan tulisan jawi.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu sedangkan di dalam perlembagaan jelas memperuntukkannya.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. Akhirnya bilangan parlimen majoriti tidak bertambah.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno. 

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. Tanah orang melayu semakin kecil saiznya.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004. 

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009. 

JADI SEBENARNYA SIAPA YANG MENYEBABKAN ORANG MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR DAN MELARAT DI BUMI MALAYSIA INI???? PAS/PR ATAU UMNO PENGKHIANAT SEMELAYU????

Jumaat, 24 September 2010

Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

23 September bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Katanya juga dia bukanlah bersikap perkauman.

Dr Mahathir juga menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara, kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana-mana kaum.

Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.

Masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.

Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan. Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.

Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.

Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?

Nurul Izzah Anwar
MP, Lembah Pantai

Rabu, 22 September 2010

Sejarah Disebalik UMNO dan Judi…

 

Mari Kita Mengenali Sejarah Disebalik UMNO dan Judi…
Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.


Surat Rasmi - Bukti UMNO Halal Judi


Di atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.
Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.


Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.
 Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram. Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu? Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil…


KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO


Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.
Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?

Kenali Wajah-Wajah Korporat Melayu UMNO Dalam Industri ARAK & JUDI Negara Islam Malaysia


Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel



Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad



Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad



Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman



TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director



Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director



Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive Director BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD



Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD



Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin


NAJIB MENYARAN PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI

GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.
Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.
“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan. “Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.
Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay. Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim. Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok.
“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.
Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama. Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.
P/S : kalau Lim Guang Eng kata nak contohi sifat Khalifah Umar Abdul Aziz, maka Najib pula nak contohi sifat Tan Sri Lim Goh Tong.

AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI.


Iklan Judi di Akhbar Akhbar Utama Negara


Hubungan UMNO dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.
Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad. Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini. Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.
Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan. Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.
Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad. Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

Hubungan UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad. Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan. Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto. Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.
Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu. Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto. Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto. Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

Hungungan UMNO dan MAGNUM 4D

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan. Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad. Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D. Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D. Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut. Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat. Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D. Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham. Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor
Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari.. (jangan tanya sama ada diorang ni Islam atau tidak – kalau Islam takkan mereka ke tempat2 macam ni kan?)

hai! bergaya betul cik abg beli nombor ekor siap lengkap berbaju melayu!
 
Ini adalah satu lagi 'Projek Barisan Nasional' - Jemaah kaki judi melayu Malaysia

Selasa, 21 September 2010

Kedah....Hasil 205% tidak pernah dicapai BN

ALOR SETAR, Sept: Pencapaian 80 peratus pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Kedah dalam tempoh kurang dari tiga tahun adalah merangkumi keseluruhan aspek yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang memperkecilkan keupayaan PR Kedah merealisasikan manifestonya dalam aspek ekonomi.

"Bila kita bercakap tentang konsep 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua', kita sudah buat, tidak boleh lihat dari segi sudut ekonomi sahaja, tetapi bila kita bercakap untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat, rakyat melihat kita adil untuk semua.

"Jika kita mahu melihat hasil ekonomi, tempoh yang lebih lama diperlukan kerana ianya tidak boleh diperoleh dengan segera," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Seri Mentalon, semalam.

Menurut Azizan, keupayaan kerajaan negeri yang dipimpinnya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu.

"Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus, sesuatu yang tak pernah dibuat oleh BN dulu," katanya.

Dalam pada itu, puluhan ribu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah mengunjungi majlis rumah terbuka MB Kedah yang diadakan sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Sabah BN MPs to bemoan RM2.4b oil hub deal

KUALA LUMPUR, Sept 22 — The RM2.4 billion job to build a fuel terminal in Kimanis has sparked widespread discontent in Kota Kinabalu, with the state’s Barisan Nasional (BN) MPs expected to publicly complain in Parliament next month about the contract given to a company linked to Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud’s family.

With little fanfare on September 1, Naim Holdings Bhd announced that Samsung-Naim JV, a joint venture between its subsidiary NCSB Engineering Sdn Bhd and Samsung Engineering Co Ltd, had won a contract worth US$766.39 million (RM2.40 billion) from Petronas Carigali Sdn Bhd to provide services for the Sabah Oil and Gas Terminal project (SOGT), one of the country’s largest infrastructure project.

“There is no reason why a competing bid from Sabah should not have been given the job. Why is a Sarawak company given a job in Sabah? This means more of the state’s wealth will flow out of the state,” an Umno MP from Sabah told The Malaysian Insider.

The MP did not want to be named but said he and his colleagues were now planning to take their grouses to Parliament when it convenes next month.

Other BN MPs polled by The Malaysian Insider also confirmed they were unhappy and would find it difficult to defend the coalition against expected criticisms from Pakatan Rakyat (PR).

The Najib administration will want to head off such a show of dissent from the east Malaysian state, considered one of BN’s “fixed deposits”, to ensure the ruling coalition stays in control of Putrajaya.

In Election 2008, BN won fewer votes than PR parties in peninsula Malaysia and remained in power largely due to support from Sabah and Sarawak.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is understood to be considering calling early polls next year.

The Sabah and Sarawak could prove crucial in determining the country’s balance of power. It is understood that a Sabah joint venture had struck up a partnership with a China oil company to make a bid for the SOGT project.

Sources said the Sabah-China bid was at least US$50 million lower than that of the Samsung-Naim JV proposal.

The unhappiness in Sabah also comes amid speculation that the final cost of the project may double to nearly RM4 billion.

The national oil company had invited bids this year after a three year hiatus for SOGT’s engineering, procurement, construction and commissioning project.

The earlier invitation for bids in 2007 was pulled back due to “technical reasons.”

It is understood that the Kimanis MP Datuk Anifah Aman, who is foreign minister and a key member of the Najib Cabinet, is facing political pressure because the project was awarded to Naim.

Anifah had emerged in 2008 as the fulcrum of a movement within BN, from which Sabah and also Sarawak hoped to get some reward for offering the strong support the ruling coalition needs to stay in power.

The SOGT in Kimanis is being developed by Petronas as part of its Sabah-Sarawak integrated oil and gas project.

Besides the SOGT, a 500km Sabah-Sarawak gas pipeline is also being constructed from the SOGT in Kimanis to Bintulu.

The construction of the pipeline has already created some controversy with state opposition leaders objecting on grounds that Sabah’s wealth was being siphoned off to Sarawak.

The north Borneo island state has about 11 trillion cubic feet of gas and 1.5 billion barrels of oil in reserves.

It exported almost RM14 billion of crude oil last year which formed almost 40 per cent of all of the state’s exports. But oil and gas make up slightly less than one-tenth of Sabah’s GDP.

SPR buat hal lg sebelum PRU 13 tahun depan...

PETALING JAYA, 22 Sept: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, semalam tidak masuk akal.

Anggapan itu berhubung ketetapan terbaru SPR, iaitu pengundi yang baru mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) diadakan pada tahun depan.

"Kenyataan itu adalah tidak masuk akal memandangkan proses pendaftaran pemilih baru oleh SPR itu memerlukan empat fasa dalam setahun," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut bekas Ketua Strategik PKR itu; suku pertama adalah dari bulan Januari hingga Mac; suku kedua (April hingga Jun); suku ketiga (Julai hingga September); dan suku tahun keempat (Oktober hingga Disember).

"Ertinya, yang mendaftar pada bulan Januari hingga Mac tahun ini, nama mereka itu telah dipamerkan pada suku kedua tahun ini.

"Apabila dipamerkan, diteliti serta melalui proses bantahan dan sebagainya, maka sepatutnya pada suku ketiga patut nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih induk, maknanya mereka boleh ambil bahagian sebagai pengundi baru," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau menyuarakan rasa curiga dengan ketetapan terbaru yang dibuat Morat itu kononnya proses pengesahan satu-satu daftar pemilih memakan masa lebih empat hingga lima bulan.

Katanya lagi, masalah mengemaskini daftar pemilih adalah masalah pengurusan SPR disebabkan tidak mengikut jadual memproses daftar pemilih baru seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Maka, masalah SPR itu, menurut beliau tidak wajar sehingga menghalang hak pengundi baru, khususnya di kalangan pengundi muda untuk menentukan kepemimpinan negara terbaik pada tahun depan.

"Kenyataan terbaru ini sudah tentu tidak mampu memadam persepsi rakyat, pertama SPR dilihat sebagai sebuah badan yang berpihak pada Umno BN.

"Kedua, SPR nampaknya mengukuhkan apa yang kita percaya selama ini bahawa pengundi baru, khususnya pengundi muda nampak seakan tidak berpihak kepada parti-parti pemerintah pada pilihan raya nanti."

Lanjutan itu, beliau menggesa SPR supaya tidak mengulangi kesilapan sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU10.

"Pada pilihan raya Umum (tahun) 1999 dulu, perkara ini pernah berlaku di mana lebih 700 ribu pengundi baru tidak dapat mengambil bahagian pada zaman reformasi ketika itu akibat kelembaban pengurusan SPR dalam menguruskan pendaftaran pemilih baru," beliau menambah.

Tegasnya lagi, jangan disebabkan mahu memuaskan kepentingan politik parti-parti pemerintah, SPR sanggup bersikap tidak adil dan demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mencadangkan kepada ahli parlimen pembangkang dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera mengatur pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung ketetapan terbaru itu.

Tanah KTMB: Malaysia mungkin berputih mata lagi

Tanah KTMB: Malaysia mungkin berputih mata lagi
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Tanah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang sepatutnya digunakan sebagai kuasa tawar menawar Malaysia mungkin akan terlepas begitu sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas persetujuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa isu caj pembangunan tiga bidang tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, beliau berkata, Malaysia tidak kehilangan tanah-tanah KTMB itu walaupun tidak diadakan rundingan mengenai perkara itu sekalipun.
"Perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTMB adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.
"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura," kata Mahfuz.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, apabila rundingan diadakan dan Najib melakukan tindakan yang amat memeranjatkan dan menerima tawaran pertukaran tanah-tanah itu, ia mungkin hilang begitu sahaja dan Malaysia mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.
"Bila Najib mempersetujui caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, dengan pelbagai persediaan yang kita yakin dibuat oleh Singapura seperti yang dilakukannya dalam kes Pulau Batu Putih, bagaimana kalau mahkamah itu mempersetujui caj yang tinggi yang dikehendaki oleh Singapura?
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah itu yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar jika caj pembangunan yang tinggi dipersetujui oleh mahkamah tersebut," kata beliau.
Mahfuz juga mempersoalkan mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut.
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan," katanya.
Mahfuz kesal kerana apa yang sepatutnya menjadi kekuatan Malaysia telah ditukarkan oleh Najib menjadi menjadi senjata makan tuan
"Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.
"Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi," katanya.
Mahfuz juga melihat Malaysia menanggung kerugian dalam semua keadaan.
"Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan," katanya.
Beliau meminta Najib menjelaskan kepada rakyat berapakah caj pembangunan yang dituntut oleh Singapura itu.
"Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?" soal Mahfuz sambil membangkitkan kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

UMNO kini semakin terserlah sebagai Parti SDN BHD...

Dr Asyraf Wajidi Dusuki bekas calon BN yang kalah di Parlimen Tumpat dan juga Tim.YDP Perkasa Kelantan dan dibesarkan dengan hasil Umno telah berkata, ".....bahawa UMNO kini semakin terserlah sebagai Parti SDN BHD. Dikuasai oleh mereka yang berkepentingan dan menjadikan parti sebagai lubuk mencari harta. Matlamatnya bukan sangat untuk berkhidmat dan menabur budi tapi kini menjadi sebuah syarikat bermatlamat untuk mengaut keuntungan semaksima mungkin. Apa tidaknya, selama inipun segala projek-projek pembangunan akan disalur melalui bahagian dan diagih-agihkan hanya kepada segelintir yang berjawatan dalam parti. "

Isnin, 20 September 2010

Umno Kianati Tanah org melayu...

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu.

Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Jumaat, 17 September 2010

Badan kehakiman gagal lindung hak minoriti

Bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya memperthankan hak minoriti di negara ini.

Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, justeru Sri Ram berhujah badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti.


"Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu,” kata bekas hakim itu pada ucapannya di persidangan kebangsaan mengenai integriti di Kuala Lumpur, semalam.

Di hadapan kira-kira 350 hadirin, Sri Ram berkata jika soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, katanya jawapan yang diberikan ialah “dengan tegasnya, tidak!”.

Menurut beliau, ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi “minda eksekutif” dan hakim telah menjadi alat kerajaan.

"Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif...dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,” kata Sri Ram.

Sebagai contoh, beliau berkata apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.

Sri Ram berkata campurtangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.

Kuasa untuk menentukan salah atau tidah serta menghukum adalah eksklusif di tangan badan kehakiman dan Sri Ram berkata tanggungjawab itu tidak sepatutnya dinodai oleh eksekutif. -malaysiakini

Khamis, 16 September 2010

Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma

PETALING JAYA - Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma dalam masa terdekat yang merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta mewujudkan rakyat celik IT.
Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim tidak lama lagi dengan hanya membabitkan kos minima meliputi seluruh negeri sebanyak RM10 juta.
"Kita di Pakatan Rakyat berbincang mengenai wi-fi percuma yang sebenarnya tidak mahal. Kita pertikai kos yang ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kita anggap terlalu tinggi.
"Saya kini sedang peneliti perancangan untuk menyediakan wi-fi secara percuma di Selangor yang yang kita anggap cukup rendah. Di Selangor yang kita kaji ia hanya melibatkan kos RM10 juta...Kita doa-kan berjaya dilaksana-kan....

RM3.956 bilion tahun ini untuk mengisi operasi kewangan Jabatan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Dua wartawan veteran, Datuk Khalid Mohamed dan Abdul Jalil Abdul Hamid, yang pernah berkhidmat bersama Reuters, akan menyertai unit komunikasi Pejabat Perdana Menteri bulan depan untuk memperkukuhkan pasukan 1 Malaysia yang sebelum ini melibatkan firma perhubungan awam antarabangsa APCO Worldwide.
Datuk Seri Najib Razak juga memperkenalkan reka bentuk baru blog peribadinya www.1malaysia.com.my semalam sempena sambutan Hari Malaysia yang ditubuhkan dengan gandingan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.
Singapura keluar dua tahun kemudian.
Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia ketika mengambil alih pentadbiran pada April 2009 dan kemudian Model Baru Ekonomi (MBE) — sebagai sebahagian daripada pendekatannya mendekati hati rakyat pelbagai kaum, tetapi kebelakangan ini dilihat menghadap ‘tentangan’ kelompok tertentu.
The Malaysian Insider difahamkan Khalid, yang mempunyai pengalaman 32 tahun dalam bidang kewartawanan termasuk 10 tahun sebagai ketua pengarang Kumpulan Utusan akan memainkan peranan dalam pasukan media khususnya berkaitan dengan komunikasi membabitkan kelompok orang Melayu yang dilihat ‘kurang senang’ dengan konsep 1 Malaysia.
Khalid bersara dari Kumpulan Utusan pada Julai 2008 dan sejak itu memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat Anugerah Merdeka.
“Saya boleh mengesahkan bahawa beliau akan menyertai pasukan perhubungan awam Perdana Menteri. Saya tidak pasti apakah peranan beliau yang sebenarnya, tetapi pastinya akan bersama pasukan media Perdana Menteri,” kata satu sumber Jabatan Perdana Menteri kepada The Malaysian Insider.
Sumber itu menambah, kehadiran Khalid dimaklumkan secara rasmi bulan lalu tetapi tidak diberitahu tentang tujuan atau fungsi pasukan tersebut.
“Saya tidak tahu sejauh mana pentingnya peranan Khalid, tetapi setahu saya beliau adalah tambahan kepada pasukan perhubungan awam Perdana Menteri semasa yang diketuai oleh Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad,” kata sumber itu.
Khalid dan Tengku Sharifuddin tidak menjawab panggilan telefon The Malaysian Insider berhubung perkembangan ini.
Selain mereka, bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Jalaluddin Bahaudin dan bekas timbalan ketua pengarang Nanyang Siang Pau Joan Lai Siew Choo menyertai pasukan komunikasi Najib pada 16 September 2009 masing-masing sebagai penasihat media dan setiausaha akhbar.
Difahamkan Abdul Jalil dipinjamkan dari Suruhanjaya Sekuriti yang beliau berkhidmat sebagai pengurus besar Jabatan Hal Ehwal Korporat sejak 2009.
Abdul Jalil memulakan kerjayanya di Bernama pada 1980-an sebelum menyertai Reuters sedekad kemudian.
Beliau baru-baru ini mengetuai pengurusan krisis di suruhajaya itu selepas beberapa pemberita bisnes disoal siasat Jun lalu berhubung isu Kenmark Industrial Bhd. Bekas penyandang jawatan itu, Datuk Hardev Kaur, yang pernah berkhidmat di New Straits Times dan Business Times, kini merupakan pegawai khas kepada Najib di Kementerian Kewangan.
Difahamkan, Najib mengambil berat soal sokongan orang Melayu, khususnya pihak konservatif dan aktivis pertubuhan hak orang Melayu yang membidas MBE.
Najib juga dikatakan telah meminta rakan-rakannya dalam Umno agar menyediakan asas kukuh dan menjelaskan dasar-dasar pentadbirannya, tetapi baru-baru ini memutuskan lebih banyak pakar perlu diambil untuk mengembangkan mesej yang beliau hendak bawa.
Pelantikan terbaru ini muncul ketika Pakatan Rakyat (PR) menimbulkan soal peningkatan kos operasi Jabatan Perdana Menteri.
Pada 15 Julai lalu, pentadbiran Najib memaklumkan Parlimen bahawa ia telah diperuntukkan RM3.956 bilion tahun ini untuk mengisi operasi kewangan Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming berkata peningkatan kos operasi adalah ekoran pewujudan agensi-agensi baru di Jabatan Perdana Menteri selain kerana pertambahan jawatan dalam beberapa agensi yang sedia wujud.
Bilangan kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri juga meningkat dari 21,045 pada 2003 kepada 43,544 orang tahun ini.
Pada 6 Julai lalu The Malaysian Insider melaporkan bahawa pentadbiran Najib telah memperbaharui kontrak APCO untuk tempoh selama setahun lalu meskipun PR mendakwa fitma itu ada kaitan dengan unit risikan Israel.

Malaysia ku.. ku aman.........Selamat Hari Malaysia...

Digarhayu malaysiaku.. tanpa ada Pemimpin durjana..kota ku aman tanpa ada kebanjiran pekerja asing..kg ku aman jika tiada pendatang asing.. wargamu muram jika lingam menjaga sang penghukum.. warga mu resah jika ada penguasa yg rasuah...apa Menteri KDN kita buat..sibuk kira harta atau sibuk bermesra ...keselamatan negara mudah dimamah pun asik leka berliker..didarat,di laut.diudara..sempadan kita senang pendatang keluar- msk tanpa sah.. ..sekarang terlalu byk kes2 jenayah di lakukan pendatang asing...yg sah dan juga tidak sah..asik2 bg amaran aje...tunggu kita bg amaran...org india,org china,org indon,org bangla,org siam,org filiphine ,org negro,org arab,org latin senang2 boleh keluar msk dan duduk lama kat malaysia ada yg guna pas pelancung jadi pelacur,ada yg guna pas studen jd stubborn,ada yg guna pas kerja.. berjaja..,ada byk yg masuk haram buat kerja haram jadah..penguasa yg lemah negara akan mudah di mamah...menteri2 yg lembut x sesuai menjaga potfolio tentang keselamatan negara...boleh kita tukar jadi menteri yg menjaga hal2 wanita dan kebajikan....

Rabu, 15 September 2010

PDRM : Institusi di Bawah Raja-Raja Dicabuli!

PDRM : Institusi di Bawah Raja-Raja Dicabuli!

 
Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis.
“Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.
“Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.

“Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,”
Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, siapakah yang merampas kuasa mereka?
“Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?”
Oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.
“Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,”
Suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.
Bagi saya, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.
“Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku,”

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal

ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

P
ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi


<>
Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi

Selasa, 14 September 2010

Bila darjat dan harta boleh membeli Penguasa...

Mengingatkan cerita filem Tamil.
pusing pusing sambil menyanyi boleh tukar rupa sana sini.
pangkat & kedudukan dipergunakan utk menutup kekejaman.
Rupanya ditempatku juga macam filem Tamil tu.
darjat kebesaran sebagai alat menutup kekejaman.
mungkin bukan seorang.
bertopeng badut darah mangsa disedut.
kerana kedudukan undang2 diketepikan.
akhirnya kekejaman tiada kawalan.
atau menjadi satu kebanggaan. Hanya kambing2 hitam sahaja yg di hukum...tauke2 mereka akan terlepas disebabkan punya darjat dan harta....malaysiaku..ku

Isnin, 13 September 2010

Kes Sosilawati mirip pembunuhan Altantuya

  
 
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Wanita Keadilan mengecam pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya Abdullah Yusof bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya.
Mereka meninggal dunia dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar di Tanjung Sepat, Banting.
“Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini  sebagai sesuatu yang kejam dan zalim.
“Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini,” ujar ketuanya, Zuraida Kamaruddin  dalam satu kenyataan.
Baginya, perasaan hormat kepada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.
Sebelum ini, katanya negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Shaariibbu beberapa tahun yang lalu yang dibunuh secara kejam dengan letupan bom.
“Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin,” katanya.
Menurutnya, akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita.
“Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah?
“Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Oleh itu, katanya Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan itu dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga semua mangsa.
Wanita Keadilan, jelasnya mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap  Ketua Polis Negara yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
P/S:Mengingatkan cerita filem Tamil.
pusing pusing sambil menyanyi boleh tukar rupa sana sini.
pangkat & kedudukan dipergunakan utk menutup kekejaman.
Rupanya ditempatku juga macam filem Tamil tu.
darjat kebesaran sebagai alat menutup kekejaman.
mungkin bukan seorang.
bertopeng badut darah mangsa disedut.
kerana kedudukan undang2 diketepikan.
akhirnya kekejaman tiada kawalan.
atau menjadi satu kebanggaan. Hanya kambing2 hitam sahaja yg di hukum...tauke2 mereka akan terlepas disebabkan punya darjat dan harta....malaysiaku..ku

Jumaat, 10 September 2010

Guan Eng bertekad martabatkan negeri, orang Melayu

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri, yang kini berusia dua setengah tahun, akan berusaha untuk memartabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu dalam memiliki dinamik, Kepakaran dan usahawanan.
Dalam perutusan Aidilfitri dikeluarkan hari ini, Lim berkata sebarang perbezaan fahaman politik boleh dibincang atau dibahaskan, bukannya dibenci atau dihina dan bukannya dikenakan tindakan undang-undang atau didiskriminasikan oleh mereka yang berkuasa.
“Kata-kata perkauman yang menghina maruah dan harga diri warga Malaysia perlu dihentikan serta-merta.
“Tuduh-menuduh antara kaum dan agama tidak akan dapat merapatkan hubungan kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia.


Lim (gambar) berkata, beliau sedih kerana sepanjang bulan Ramadan yang berakhir hari ini, masih ada anasir-anasir yang sanggup mencemarkan kesucian bulan puasa dengan fitnah dan pembohongan perkauman dan agama di mana beliau sendiri sekali lagi menjadi mangsanya.
“Sedih sungguh apabila kemurnian Ramadan dikotorkan oleh segelintir manusia yang gelap hati mereka,” katanya.

Sehubungan itu kata Lim, beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat yang telah berjanji untuk menangani masalah perkauman supaya benar-benar berani melaksanakan langkah-langkah tegas.

“Tidak boleh ada pilih kasih. Yang bersalah, sama ada dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan sebagainya atau pun dari kalangan penganut apa-apa agama, perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang atas prinsip keadilan.

“Memerangi masalah perkauman dan amalan agama yang ekstrem bukan sekadar soal politik kepartian.
“Ia adalah isu nasional yang harus ditangani bersama oleh setiap warga yang prihatin kepada keadilan dan demokrasi,” katanya.

Lim juga berkata di negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan berusaha untuk martabatkan rakyat Pulau Pinang dan orang Melayu memiliki daya dinamik, daya kepakaran dan daya keusahawanan.

“Peruntukan untuk hal ehwal Islam telah bertambah daripada RM12.5 juta pada 2008 kepada RM24.3 juta pada 2010,” katanya.

Di antara langkah yang diambil oleh kerajaan negeri adalah mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender.

“Jelas hanya kontraktor Umno yang tidak dapat berdaya saing,” katanya lagi.
Kata beliau, kerajaan negeri juga akan menubuhkan Majlis Sains Pulau Pinang yang menggalakkan pelajar pintar dan menubuhkan Penang Tech Center yang menonjolkan pencapaian industri di sini agar menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemeralangan sains dan teknologi.

Selain itu menurut beliau kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru kafa dan mengiktiraf para huffaz.

Lim menambah, pihaknya juga akan menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan dan memberikan bantuan mikrokredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.