Isnin, 15 November 2010

Sultan kedah murka pihak tak hargai sumbangan kerajaan negeri..



Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.Ekoran saluran media TV3 dan RTM melaporkan berita yg memutar belitkan bantuan dan sumbangan dr kerajaan negeri dan melaporkan tiada bantuan dan perhatian dr pemimpin2 negeri..

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

"Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan