Isnin, 15 November 2010

ETP-Rakyat sengaja tidak diberi kefahaman tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP)

ETP : Jika Rakyat Faham, Tentu Akan Marah



KUALA LUMPUR 15 NOV : Rakyat sengaja tidak diberi kefahaman tentang Program Transformasi Ekonomi  (ETP)  bimbangkan akan menyebabkan kemarahan jika memahami isi kandungannya tegas Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.
Azan  berkata rakyat terutamanya ahli Umno tidak faham tentang ETP dan jika mereka faham, ini sudah tentunya akan membangkitkan kemarahan mereka.
"Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ahli Umno marah kerana ETP dalamnya tidak ada jaminan kepada kedudukan orang Melayu dan bumiputera.
"Saya jangka lagi lama pemahaman terhadap ETP, makin ramai orang faham semakin ramailah yang akan menolaknya," kata beliau.
Tambahnya, untuk menuju ke arah "Negara Berpendapatan Tinggi" pada tahun 2015, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mesti tetap di kadar 8 peratus tetapi laporan Bank Dunia minggu lalu menyatakan kadar pertumbuhan ekonomi negara tahun 2010 hanyalah sekitar 4.1 peratus.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula sebelum itu berkata kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah pada kadar 8.3 peratus jadi angka-angka ini menyebabkan berlakunya kekeliruan.
"Kekeliruan ini menjadikan punca rakyat tidak faham dan tidak percaya," jelasnya kepada TV Selangor, petang tadi.
Menurut Azan, untuk mencapai pendapatan perkapita rakyat Malaysia daripada RM 15,000 kepada RM 40,000, syaratnya pertumbuhan ekonomi mestilah pada kadar 8 peratus sehingga tahun 2015.
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah separuh daripada apa yang disyaratkan maka secara jelas hasrat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi tidak berjaya.
"Angka-angka inilah menyebabkan rakyat merasa kecewa terutamanya ahli Umno kerana apa yang disebutkan itu tidak akan berlaku dan kerana itulah ETP akan menjadi sekadar angan-angan sahaja," ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau turut tidak menolak kemungkinan ETP bakal menghadapi nasib yang serupa seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya hanya mencapai separuh  iaitu  sekitar 16 hingga 18 peratus berbanding apa yang disasarkan iaitu sekitar 30 peratus.
Semalam, kaji selidik yang dilakukan portal berita media pro-umno, Utusan Malaysia menunjukkan hampir lebih daripada 50 peratus responden daripada 1,538 peserta yang membuat undian tidak faham dan yakin program ETP berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Rancangan ETP, yang bernilai RM444 bilion dibawah pentadbiran Najib merangkumi pelaksanaan 131 projek untuk menjana perubahan menjadikan ekonomi negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita melalui ETP didakwa dijangka akan mengalami perkembangan dua kali ganda dari RM23,700 kepada RM48,000 menjelang 2020 dengan 3.3 juta peluang perkerjaan diwujudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan