Isnin, 15 November 2010

Ong Tee Keat has only one saving grace.

It seems that everyone has a bad thing or two to say about everyone else. Every time a plausible candidate arises, the whole gang decides to fling mud in his or her direction. Sure, it's considered fair play to wax lyrical about your opponents' flaws, but isn't there some kind of integrity level that we should be adhering to?
One would think not looking at all the mud-slinging, deed-damning brawl going on in MCA.
Throwing factual brickbats is one thing but slinging fact-less stones is another. The first raises you to great political debate. The latter forces you back to playground tactics.
Best case in point – current leader Ong Tee Keat who has led the party into disarray. He has, along with his deputy, achieved the every wish of every opposition party. For the past six months, Tee Keat has managed to break the party into factions, decimate confidence internally and externally, and run MCA into the ground.
Yet the man obviously has some guts. He has emerged from his sinking ship, head shamelessly held high, standing tall and oblivious to the burning wreck that is the MCA looming up behind him.
The crash has had some effect on his sanity, however. Clearly still in shock and delusional, he is offering himself as a candidate for the presidency. He says that he is the best man to lead the party. But where in the world has he led us thus far? Into the ground? Up the wrong tree? Down the ditch?
Then he says that he is running solo because he is too busy to make alliances. Turn the clock back about six months back and you will remember that it was his wanton addiction to making pacts that sparked off this whole debacle.
No offense Datuk Seri, but you are running alone because no one wants to run with you. You've proven to us that you don't have the stamina to run the length of the race without switching directions, partners, team mates and what-not.
When all else has failed, Tee Keat is now whining that he inherited a trouble-riddled MCA in the first place – the main problem being that of one philandering member. Yet, was this not the person he supported until very recently?
He preaches a clean game but his hands are smeared with the sloppy mud balls he is throwing in every direction. He has been using his online cronies to spread baseless stories on the other candidates. Show us proof, Datuk Seri, before you go on and on.
He has really only one saving grace which he pushes into our faces over and over again and that is the Port Klang Free Zone issue. He's made it into a buzz word which he bandies like a cool lightsaber but he's forgotten that while he preaches transparency, he hasn't tabled a budget for the party's headquarters this year.
So where forth is this transparency, Datuk Seri? How much have you spent on the feng shui-enhancing renovations to your office? How much have you spent on employing new personnel? We are not saying that you cannot do this. At a reasonable cost, it is well in your prerogative to do so. But how are we to judge when you do not share with us the numbers? Are you too busy, Datuk Seri, to keep an eye on the accounts?
What the public wants is a good fight. A clean fight. Why bother with the rigmaroles of election if all it brings are more tricks and ploys? So let's heighten the stakes – let's bring some sense of intellectualism into the game. Instead of mudballs, let's sling some real facts and figures

Wee nafi sebarang kaitan dengan PKFZ

Wee nafi sebarang kaitan dengan PKFZ
Lee Weng Keat
Dis 24, 09
6:35pm

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong menafikan sebarang kaitan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seperti dakwaan beberapa tulisan dalam internet.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Wee mengakui beliau adalah bekas pemegang sahaj sebuah syarikat perunding - Hijau Sekitar Sdn Bhd - tetapi menafikan firma itu ada kaitan dengan projek PKFZ.

Sebaliknya, beliau mendakwa syarikat Wijaya Baru telah mendapatkan khidmat Hijau Sekitar, serta empat firma lain, untuk menjalankan kajian mengenai pembesaran pelabuhan di Klang.

"Kita bercakap mengenai permintaan Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Jangan heret sekali PKFZ. Ini mengenai pelabuhan-pelabuhan di Klang (dan) tiada kaitan dengan tanah," katanya.

Beliau membayangkan bahawa musuh politiknya cuba mengaitkannya dengan skandal PKFZ dan menggesa mereka yang membuat tuduhan itu supaya tampil ke depan.

Beliau kemudiannya mencabar menteri pengangkutan supaya mengumumkan kandungan laporan yang dikemukakan oleh Hijau Sekitar pada sekitar tahun 2006.Satu siri artikel di lamanweb Malaysia Today mendakwa Wee telah disiasat oleh pihak berkuasa berhubung kaitannya dengan PKFZ.

PKFZ: Wee gagal 'tutup mulut' Phang, The Star


Feb 11, 10 1:17pm
Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini gagal mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Robert Phang dan akhbar The Star daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham menolak permohonan injunksi Wee dalam kamar selepas mendengar hujah daripada para peguam yang mewakili Wee dan Phang.

Pada 9 Feb, Wee (kiri) memfailkan saman fitnah dengan menamakan Phang, seorang anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan akhbar harian berbahasa Inggeris itu sebagai defendan berhubung kenyataan yang diterbitkan antara 25 Dis 2005 dan 12 Jan 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mendakwa kenyataan itu difahamkan membawa makna bahawa beliau terlibat atau melakukan kesalahan rasuah dan/atau salahguna kuasa.

Selain permohonan injunksi, beliau juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan faedah lapan peratus setahun.

Phang (kanan), 71, yang juga seorang pengerusi sebuah yayasan jagaan sosial, hadir di mahkamah pada pukul 9 pagi.

Wee diwakili peguam Yap Boon Haw, Phang pula diwakili peguam bela Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili The Star.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Gobind berkata mahkamah telah menetapkan 10 Mac bagi mendengar injunksi antara pihak.

Gobind berkata beliau masih belum memfailkan pernyataan pembelaan kerana beliau hanya mendapat pernyataan dakwaan, semalam.

Katanya hakim juga membenarkan perintah injunksi ex-parte dilepaskan yang diberikan kepada Wee pada 21 Jan menghalang Phang daripada mengadakan atau menganjurkan sidang akhbar pada 22 Jan 2010.

Pada 22 Jan, dalam sidang akhbarnya bagi menjawab satu cabaran yang dibuat Wee dihentikan selepas 20 minit apabila peguam Wee muncul dengan perintah injunksi ex-parte supaya sidang akhbar itu dihentikan.

Phang, ketika ditemui wartawan, melahirkan perasaan gembira kerana keputusan mahkamah hari ini sambil berkata bahawa badan kehakiman adalah adil.

Katanya sebagai anggota penasihat SPRM, ia merupakan kewajipan statutori untuk mempelawa orang ramai untuk tampil memberikan bukti bagi membantu SPRM dan polis, dalam mana-mana siasatan.

- Bernama

Datin Paduka OC Phang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandaL PKFZ

Mahkamah Sesyen Klang hari ini menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka OC Phang (bawah) yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Asmadi Hussain menetapkan 16 hari antara 25 Ogos dan 19 Nov sebagai tarikh perbicaraan.

Phang, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan yang sama masing-masing membabitkan jumlah RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Phang diwakili peguam Francis Ng Aik Guan manakala pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Skandal PKFZ

Skandal PKFZ: Tiga hadapi 31 tuduhan
Dis 10, 09 10:
Bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini, atas tiga tuduhan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Phang tidak mengaku salah terhadap semua tuduhan tersebut.
Dia dituduh melakukan pecah amanah itu membabitkan RM254 juta.
Tuduhan terhadap Phang - yang ditahan polis pagi tadi - dibaca di hadapan Hakim Yong Zaridah Sazali.

Phang yang diwakili peguam Ng Aik Guan, dibenarkan ikatjamin sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin.

Kesnya ditetap untuk mula didengar pada 12 Januari ini di mana Phang diarah menyerahkan pasportnya pada tarikh yang sama.

Pendakwaan pula dijalankan oleh Manoj Kurup, Dzulkifli Ahmad dan Hashley Tajudin.

Dua lagi individu yang ditahan bersama Phang pagi tadi - iaitu ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe - turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
KDSB merupakan kontraktor utama projek PKFZ manakala Tan pula merupakan arkitek perunding kepada KDSM bagi projek tersebut.
Abok dan Tan, yang kedua-duanya memakai penutup muka semasa dibawa ke mahkamah,
didakwa bersama terhadap dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM5.42 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas terhadap 24 tuduhan membuat tuntutuan palsu berjumlah RM122.27 juta.
Kedua-duanya juga tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Steven dibenarkan ikatjamin sebanyak RM200,000 manakala Tan dibenarkan ikatjamin RM250,000. Kes mereka ditetapkan untuk didengar pada 4 Februari.
Steven diwakili oleh peguam Tan Hock Chuan manakala George Varghese mewakili Bernard Tan.
Abok's Kuala Dimensi was the turnkey developer of the Port Klang Free Trade Zone project while Tan was the consultant architect hired by Kuala Dimensi for the project.
Phang, 63, ditemani oleh suami dan anak perempuannya di mahkamah.
Projek PKFZ menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion. Ia dibina di satu kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mengadakan satu siasatan telah memperakukan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan polis menyiasat Phang, dan juga bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy, berhubung dakwaan pecah amanah dalam projek itu.

Jawatankuasa juga mendapati ada beberapa perkara yang dibuat tanpa mendapat kelulusan Kementerian kewangan.

LPK telah mengemukakan saman bernilai lebih RM1 bilion terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd dan BTA Architects selain menyaman Phang kerana penyelewengan tugas.

Polis juga telah membekukan beberapa akaun Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk memulihkan projek itu

Ahad, 14 November 2010

MASANYA SUDAH TIBA AGAR UMNO PERGI DAN TURUN TAHTA !

ISNIN, 15 NOVEMBER 2010 - Masanya telah tiba untuk Umno berundur dan tampuk pimpinan negara digantikan oleh PAS kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Katanya, Melayu khususnya diseru untuk mnenyertai parti Islam itu memandangkan Umno kini sudah hilang arah dan tidak mampu lagi menjaga kepentingan masyarakat Melayu di negara ini. 


"Orang Melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS," katanya ketika membentangkan kertas kerja 'PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan', di sini semalam.

Memetik portal Harakahdaily.net, Idris menggariskan 23 sebab kewajaran Umno diganti dengan PAS.
Antaranya menyebut bahawa Islam bukan dasar Umno, malah Islam hanya diperalatkan oleh Umno untuk agenda politik tertentu.

Bahkan katanya, Umno juga katanya terang-terangan menggunakan masyarakat Melayu untuk kepentingan peribadi dan kantung masing-masing.

"Mereka guna perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri.

"Di mana tempat Umno kuat, di situ Melayu merempat," tambahnya.
Umno juga dakwanya mengamalkan dasar Umno Putera bukan bumiputera.

Ianya satu bentuk diskriminasi bangsa hanya kerana berlainan ideologi yang menyebabkan peratus kemiskinan bumiputera meningkat.

Merujuk kepada pembangunan modal insan, Umno juga katanya gagal dalam menjalankan amanah bagi membentuk masyarakat yang bersih akhlak dan berkeperibadian mulia.

Ini kerana, Umno katanya lebih berminat untuk menyuburkan industri maksiat di negara ini.
Tambah Idris lagi, sejak 50 tahun memerintah juga, rasuah di bawah Umno terus meningkat malah sudah membarah di kalangan pemimpin dan ahli mereka.

"Sebenarnya punca kerosakan besar sebuah negara dan tamadun berpunca dari rasuah sehingga keselamatan negara terancam," katanya.

Umno juga katanya tanpa segan silu sanggup menggadai harta negara ke tangan asing iaitu dengan menyerahkan telaga Blok L dan M kepada Brunei dengan nilai RM320 bilion, pulau Batu Putih kepada Singapura, dan juga memberi 217 hektar tanah KTMB kepada republik itu.

Justeru katanya, PAS akan menjelaskan segala kepincangan yang dilakukan oleh Umno kepada rakyat agar mereka dapat menilai siapa Umno sebenarnya.


PAS Bidas Media Umno-BN umpama CNN Yahudi,Putar Belit Pemilihan Keadilan


SHAH ALAM 13 NOV : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan media Umno-Barisan Nasional yang sengaja memperbesar-besarkan isu berhubung perjalanan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung ketika ini.
Beliau berkata media Umno-BN sengaja mengambil kesempatan melaporkan secara tidak benar yang menurutnya menjadi tradisi media di negara ini.
Malah media kongkongan Umno-Bn mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Parti Keadilan Rakyat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan PKR selepas membuat kejutan dalam PRU-12 lepas.
"Noktah yang kecil, mereka jadikan bukit yang besar yang menjadi amalan pengamal media dan seperti yang kita diketahui tidak semua yang dilaporkan benar.
Hadi berkata demikian selepas program 'Terus Terang' TV Selangor yang diwawancarakan  Dr Aziz Bari di sini hari ini.
"Oleh kerana kebanyakkan media daripada awal melaporkan sebegitu rupa maka terdapat tanggapan negatif daripada persepi rakyat tetapi tidak semuanya yang disiarkan media Umno-BN diterima oleh rakyat," ujar beliau.  
Abdul Hadi dalam pada itu berkata walaupun terdapat sedikit kelemahan di dalam PKR, ini adalah disebabkan parti itu masih lagi baru dan kebanyakkan anggota parti memerlukan sokongan agar lebih memahami perjuangan membela rakyat yang sebenar.
"Apa yang penting, PKR selepas ini  diharap akan  melakukan reformasi dalaman dan apa yang terjadi dapat memberikan pengalaman berharga bagi PKR membuat pembetulan pada masa yang akan datang," tambahnya.