Kota Bharu: Kehadiran anggota tentera termasuk komando Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata api di Stadium Sultan Muhammad IV malam kelmarin mengundang tanda tanya penyokong Kelantan sekali gus mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat perkara itu.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, isu itu perlu dipandang serius FAM kerana ia dilihat boleh mencemarkan liga bola sepak tempatan.
...
Katanya, kehadiran tentera di stadium seperti memperlekeh kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis untuk menjaga keselamatan.
“Bagi saya, FAM perlu mengambil tindakan tegas dan tidak memandang remeh isu itu. Sebelum ini, tidak pernah anggota tentera bersenjata mengawal stadium seperti mahu berperang.
“Kehadiran mereka juga seperti tidak percaya dengan kemampuan kawalan keselamatan disediakan KAFA dan polis kerana selama ini KAFA dan polis yang menjaga keselamatan di stadium,” katanya.
Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau diberitahu Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), mereka diarah pihak atasan untuk membawa anggota tentera termasuk komando bersenjata pada perlawanan itu.
Katanya, membawa tentera bersenjata api dianggap tidak perlu dalam perlawanan bola sepak selain berharap perkara itu tidak berulang kerana ia tidak patut dilakukan, malah di luar peraturan.
“Saya dimaklumkan Setiausaha PBNJ, mereka diarah pihak atasan membawa tentera termasuk komando. Saya sudah menjelaskan kepada mereka, perkara itu tidak perlu kerana hal keselamatan menjadi tanggungjawab KAFA dan semua sudah diatur dengan baik,” katanya.
Rabu, 16 Januari 2013
Orang Melayu Paling Miskin DiJohor..
80% tanah Iskandar Johor milik orang asing???
Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.
“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.
“Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.
“Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.

Patrick Teoh dikecam hina Islam
Patrick Teoh dikecam hina Islam
Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.
Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.
Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0.
Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.
Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.
Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
“Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.
Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.
“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.
Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."
Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, “tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."
Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.
Sumber: Sinar Harian
Isnin, 10 Disember 2012
Eksklusif! Jawapan Tengku Mahkota Johor Tentang Dakwaan Neo Satria WWW1 kemalangan
| http://blog-hangit.blogspot.com, | 30 Jul 2012 |
Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.
Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :

Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja.
Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :

Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja.
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 17)
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 17)

Mamat cipet
Sejak artkel (Part 16) bertarikh 10-4-2012 sehinggalah hari ini 4-5-2012 lebih kurang 24 hari saya belum terima sebarang perkhabaran langsung samada melalui talian atau sms maupun email daripada mamat cipet Kamal Hisham ini.
Bro Kamal, kalau lu takut sekalipun, tak bolehke hantar wakil jumpa aku? Kesemua nombor talian aku ko adakan?
Aku rasa ko ni patut kena humban dalam kandang buaya yang maha halia lah.
Ada sorang budak dalam Team aku ada sound tepek. Dia ni teringin sangat nak jumpa dan sound direct kat ko nanti.
Lebih kurang macam ni ayat yang dia sound aku.
"Semua orang yang abang tolong ada budi bahasa dan tau kenang budi, mamat cipet ni jer macam syial. Memang patutpun kerabat tu buat dia macam tu. Masa susah tau pun cari jalan merayu minta tolong, bila keadaan dah lega sikit terus buat tak tau, syial punya manusia"

Bro, daripada lu perabiskan duit bayar hotel/makanminum dan lain-lain kat luar negara entah mana-mana, lebih baiklah lu balik Malaysia dan hadapi kebenaran kalau lu merasakan diri tak bersalah. Ramai akan bantu lu nanti. Orang bersalah jer yang menyembunyikan diri.
Lu ingat kat Malaysia ni, senang-senang jer orang nak bunuh orang! Barking dog never bites!
Takder seorang peguam dalam dunia ini buat muka sedih dalam video minta simpati orang ramai. Lawyer tersohor konon...Ko ni lawyer atau 'lau-yar'. Baru kena gertak sikit dah lari tak cukup tanah. Podah!
Nak tengok gak reaksi mamat cipet sehari dua ni...
Pendedahan APCO Worldwide oleh Tan Sri Musa Hassan
Pendedahan
APCO Worldwide oleh Tan Sri Musa Hassan
PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia. Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.
“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.
“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.
Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.
“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.
“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.
Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.
“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.
“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.
“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.
Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel. ~kd
Jumaat, 3 Ogos 2012
slogan merdeka 'janji ditepati' ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.
KUALA LUMPUR - Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka ‘Janji Ditepati’ dan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah)
Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan “Janji Ditepati” walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipe ~rtahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik. Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – ‘Janji Ditepati’ yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai. Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, “Janji telah ditepati, kini masa balas budi” amat menyinggung perasaan.Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu ‘Janji Ditepati’ masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan."Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan. "Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi ‘Tidak Suka’ berbanding ‘523’ yang mengundi suka.Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

Langgan:
Ulasan (Atom)