Kota Bharu: Kehadiran anggota tentera termasuk komando Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata api di Stadium Sultan Muhammad IV malam kelmarin mengundang tanda tanya penyokong Kelantan sekali gus mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat perkara itu.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, isu itu perlu dipandang serius FAM kerana ia dilihat boleh mencemarkan liga bola sepak tempatan.
...
Katanya, kehadiran tentera di stadium seperti memperlekeh kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis untuk menjaga keselamatan.
“Bagi saya, FAM perlu mengambil tindakan tegas dan tidak memandang remeh isu itu. Sebelum ini, tidak pernah anggota tentera bersenjata mengawal stadium seperti mahu berperang.
“Kehadiran mereka juga seperti tidak percaya dengan kemampuan kawalan keselamatan disediakan KAFA dan polis kerana selama ini KAFA dan polis yang menjaga keselamatan di stadium,” katanya.
Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau diberitahu Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), mereka diarah pihak atasan untuk membawa anggota tentera termasuk komando bersenjata pada perlawanan itu.
Katanya, membawa tentera bersenjata api dianggap tidak perlu dalam perlawanan bola sepak selain berharap perkara itu tidak berulang kerana ia tidak patut dilakukan, malah di luar peraturan.
“Saya dimaklumkan Setiausaha PBNJ, mereka diarah pihak atasan membawa tentera termasuk komando. Saya sudah menjelaskan kepada mereka, perkara itu tidak perlu kerana hal keselamatan menjadi tanggungjawab KAFA dan semua sudah diatur dengan baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan