Rabu, 10 November 2010

Melaka maju habis rezab melayu tergadai.....

Siapakah si celaka yang telah menjual hak Melayu dan Islam ini??
.Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka telah mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapakah BC Lim ini? Tanah milik MAIM juga telah dijual kepada Universiti Terbuka Malaysia,manakala sebuah rumah jenis kekal telah dibina diatas Tanah Baitulmal tanpa kebenaran MAIM.Apa tunggu lagi... SPRM kenalah bertindak secepat kilat !
Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my/
SELAMAT MAJU JAYA KETUA MENTERI MELAKA !

MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU ! MELAKA MAJU !

DR PALSU ramai yg guna gelaran DR walaupun tiada kelayakan akedemik..DR beli...

Fazley, Menantu Rosmah Miliki Ijazah MBA & PhD Palsu
Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan - Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. -mstar
BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu
KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.
LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.
Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu. -kosmo














.

Selasa, 9 November 2010

Siapa MB Yang Nak Jadikan Selangor PIG COUNTRIES?

SHAH ALAM, 9 Nov — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan Selangor bakal menjadi “PIGS countries”, yang bakal bankrap mengikut langkah Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol.

Dr Khir membuat tanggapan sedemikian atas alasan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim terus mengamalkan belanjawan defisit, bukannya bajet berimbang yang dipopularkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri, semalam.

“Akan datang Selangor akan dibandingkan, dengan izin, ‘PIGS countries’, bukan merujuk kepada negara penternak babi tetapi merujuk kepada Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol (PIGS) yang berdepan dengan masalah kewangan dengan serius,” kata Dr Khir (gambar) pada sidang DUN Selangor.

Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang berkata demikian kerana perbelanjaan negeri pada 2009 defisit sebanyak RM65.98 juta.

Beliau menjangkakan, Bajet 2010 juga akan terus defisit minimum sebanyak RM114 juta berbanding anggaran pendapatan asal iaitu sebanyak RM1.35 bilion.

Ini kerana menurut Dr Khir, kerajaan negeri pada April lalu telah mendapat peruntukan tambahan RM69 juta.

Pada Julai lalu, tambah Khir, kerajaan negeri sekali lagi mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta.

Pada sidang DUN semasa, kata beliau, kerajaan negeri turut memohon peruntukan tambahan RM8 juta.

“Keseluruhan belanjawan tambahan tahun ini (2010) ialah RM194 juta, jumlah keseluruhan Belanjawan 2010 adalah sebanyak RM1.494 bilion,” jelas Dr Khir.

Bagaimanapun, Khalid, Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan media petang tadi menafikan jangkaan perbelanjaan yang didedahkan Dr Khir.

“Boleh jadi dia (Dr Khir) tidak pernah belajar perakaunan atau belanjawan, belanjawan adalah satu proses, bukan satu kesimpulan.

“Jadi, belanjawan itu akan ditinjau atau dinilai semula.

“Ada belanjawan berimbang dan ada belanjawan tidak berimbang, oleh itu perkara yang mengatakan (anggaran) belanjawan mesti tidak berubah tak ada,” kata beliau.
Beliau turut menafikan dakwaan Dr Khir bahawa kononnya Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat turut mengamalkan perbelanjaan defisit seperti kerajaan pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun defisit pada bulan Disember (2009), tetapi pada bulan Jun tahun ini kita telah meningkatkan simpanan rizab negeri (sebanyak) RM285 juta... merupakan peningkatan tertinggi sejak lima tahun lalu,” kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan Dr Khir supaya tidak hanya menuduh kerajaan negeri bakal bankrap sekiranya beliau ikhlas mahu membangunkan kerajaan negeri.

“Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan perbelanjaan defisit yang jumlahnya bukan RM200 juta, jumlahnya ialah RM20 bilion hingga RM40 bilion.

“Kalau kerajaan negeri itu berbelanja (defisit) tak sampai RM200 juta, bayangkan kalau kekurangannya (kelemahan kerajaan pusat) sehingga RM20 (defisit)... perbincangan ‘loyar buruk’ (Dr Khir) ini tidak boleh digunakan.

“Kalau dia (Khir) takut Selangor bankrap, dia kena memberitahu Perdana Menteri kerana Perdana Menteri adalah ialah menjalankan belanjawan defisit,” jelas Khalid sambil meminta rakyat mengetepikan dakwaan Selangor bankrap oleh bekas menteri besar itu. -TMI

Ulasan GB
Yang hampir membankrapkan Selangor, setahu rakyat ialah sewaktu Khir Toyo menjadi MB. Kes Disneyland, sampai bawa berpuloh ahli keluarga menelan belanja jutaan ringgit. Kes beli apartmen mewah di Mekah menggunakan wang Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), kes istana Khir di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 Shah Alam yang berharga RM24 juta dan banyak lagi.

Selangor yang diperli oleh Khir jadi one of the PIGS COUNTRIES pun sebenarnya di zaman Khir Toyo. Pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.
Siap ada bukti bergambar lagi. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononnya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor.

sumber: kelab greenboc


ADUN TG. SEPAT DR. KARIM tauke babi melayu bersama2 JKKK seluruh kampung di tg sepat melawat kandang babi...di Jerman..melawat sambil belajar tajaan umno...








.

Khamis, 4 November 2010

SPR akan siasat TGNA beri wang pada pengundi...di bawah akta pilihanraya..

Ini lah klau agensi berkecuali di pergunakan oleh pemerintah utk kepintingan politik mereka...bagaimana dgn janji2 projek,bantuan2 wang dan barangan keperluan kepada penduduk....

Samseng Tanjung karang tunjuk gah kawal kubu...Jgn sampai jadi batu karang PRU 13 nanti udah lah..

Selasa, 2 November 2010

DALIL MANTAN PEMIMPIM UMNO KENAPA KITA PATUT PULAUKAN UMNO

1. PILIHANRAYA UMUM KE-13 HANYA TIDAK BERAPA LAMA LAGI. SAYA SEDANG MENELITI REAKSI RAKYAT TERHADAP UMNO DIBAWAH PIMPINAN BARU. SAYA TERKEJUT. SAYA TERKEJUT KERANA SEORANG BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG KANAN TELAH MELUAHKAN PERASAANNYA DENGAN BERKATA "UMNO IS ROTTEN TO THE CORE" (UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA). BELIAU TELAH BERKATA YANG BELIAU SEDANG MEMIKIR UNTUK MENYOKONG PAS. BELIAU JUGA BERKATA BELIAU TELAH BERTEMU RAMAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO  YANG TELAH BERSARA DAN MEREKA SEPENDAPAT DENGANNYA. BELIAU TELAH BERKATA YANG BELIAU SEDANG MEMIKIR UNTUK MENYOKONG PAS. UMNO BUSUK DARIPADA PERINGKAT TERENDAH HINGGA KE PERINGKAT TERTINGGI KATANYA. DI CAWANGAN, KETUA CAWANGAN HANYA BERJUANG UNTUK MENGEKAL DIRINYA SEBAGAI KETUA SAHAJA. KENAPA? SEBABNYA MAJORITI KETUA CAWANGAN DAPAT JADI PENGERUSI JAWATAKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG DENGAN ELAUN TERTENTU DAN KUASA UNTUK MENGAGIH PERUNTUKAN. BERPELUANG JUGA UNTUK JADI KONTRAKTOR KELAS F UNTUK PROJEK KECIL DI LUAR BANDAR. .UNTUK MENENTUKAN DIRINYA TIDAK DICABAR KETUA CAWANGAN TIDAK AKAN BENARKAN SESIAPA YANG LEBIH TERPELAJAR DARIPADANYA MASUK UMNO CAWANGANNYA. LEBIH DARIPADA ITU KEBANYAKAN PERUNTUKAN UNTUK JADI AHLI UMNO, YANG MANA DIA MESTI MELALUI CAWANGAN, TIDAK AKAN DILAYAN. TUJUANNYA IALAH SUPAYA CAWANGANNYA TIDAK MEMPUNYAI BANYAK AHLI KERANA MEREKA TETAP AKAN MENIMBULKAN MASALAH DAN SUKAR DIKAWAL, BAHKAN SUKAR DISOGOK PUN.SEBAB ITU TIDAK RAMAI AHLI PROFESIONAL YANG DAPAT MENJADI AHLI UMNO. SEBALIKNYA SEMAKIN RAMAI DARIPADA PEMIMPIN PAS TERDIRI DARIPADA DOKTOR, PEGUAM, JURUTERA DAN LAIN-LAIN PROFESYEN.   OLEH KERANA KETUA CAWANGAN BIASANYA TIDAK MEMILIKI PELAJARAN YANG TINGGI DAN BELIAU MENENTUKAN AHLI LAIN DALAM CAWANGANNYA MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN YANG LEBIH RENDAH DARIPADANYA, MAKA APABILA KETUA TERPAKSA BERHENTI KERANA SEBAB-SEBAB TERTENTU, MAKA PENGGANTINYA AKAN TERDIRI DARIPADA YANG KURANG BERKEBOLEHAN DARIPADANYA. DENGAN ITU KUALITI KEPIMPINAN AKAN MEROSOT SEPANJANG MASA. UMNO, KATA BEKAS PEMIMPIN KANAN INI SEKARANG DIPIMPIN OLEH PERASUAH. MEREKA MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI KERANA SOGOKAN WANG. ORANG RAMAI TIDAK AKAN SERAH NASIB MEREKA KEPADA PERASUAH. .PENEMPATAN PERASUAH DALAM KERAJAAN DAN BADAN-BADAN LAIN JUGA MEMBURUKKAN LAGI IMEJ UMNO. SUDAH TENTU PERASUAH AKAN DIPILIH SEBAGAI CALON UMNO DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-13. JIKA MEREKA DIBERI KEMENANGAN MAKA NEGARA AKAN DAPAT KERAJAAN PERASUAH. SEBAB ITU BELIAU TIDAK AKAN SOKONG UMNO SEBALIKNYA AKAN MENYERTAI DAN MENYOKONG PARTI LAWAN. KATANYA LAGI HINGGA KINI SEPARUH DARIPADA ORANG MELAYU TIDAK MERASAI NIKMAT KERANA KERAJAAN-KERAJAAN PIMPINAN UMNO MENIDAKKAN HAK MEREKA SEDANGKAN MEREKA JUGA ORANG MELAYU WALAUPUN MEREKA MENYOKONG PARTI LAWAN. MEREKA YANG MENYOKONG PARTI LAWAN BERTAMBAH SEJAK (TUN) ABDULLAH KERANA RAMAI DARIPADA AHLI UMNO SENDIRI SUDAH TIDAK PERCAYA KEPADA UMNO.YANG TINGGAL KATANYA IALAH ORANG YANG BERKEPENTINGAN YANG BERHARAP MENDAPAT SESUATU KERANA MENYOKONG UMNO. MEREKA INI BUKAN NASIONALIS DAN MEREKA TIDAK BOLEH DIBERI KEPERCAYAAN. BANYAK SEBAB-SEBAB UMNO TIDAK LAGI AKAN DIBERI PELUANG UNTUK MEMERINTAH NEGARA YANG DISAYANGI OLEHNYA. SAYA TIDAK AKAN HURAI LEBIH LANJUT. HANYA YANG SAYA INGIN SEBUTKAN IALAH PENDAPAT BELIAU SUDAH MENULAR KE SEMUA PERINGKAT ORANG MELAYU, BAHKAN AHLI UMNO JUGA.RAKAN-RAKAN DALAM BARISAN NASIONAL SEMUANYA BERPECAH DAN LEMAH. MEREKA TIDAK MAMPU MENJAYAKAN BARISAN NASIONAL.

Ahad, 31 Oktober 2010

Hub hiburan untuk pembangunan ekonomi.(ETP)

Tindakan Kerajaan untuk membangunkan hub hiburan semasa membentangan ETP - Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Program). Pembangunan ini disarankan hanya atas alasan untuk pembangunan ekonomi.
Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa wang bukanlah segala-galanya, elemen keberkatan adalah sangat penting. Kalau tiada keberkatan, kekayaan tiadalah gunanya. Kita sepatutnya mengambil iktibar kehancuran ekonomi dan kewangan negara pada tahun 1998, setelah bertahun mengumpul kekayaan sehingga pernah digelar "Asian Tiger".
Selanjutnya terlalu banyak hiburan akan menggalakkan gejala maksiat dan mungkar. Makin banyaklah kegiatan samseng, bouncer, peminuman arak, perzinahan dan lain-lain. Bertambah banyaklah anak luar nikah.  bagaimana statistik yang dikeluarkan menunjukkan bagi tempoh 5 tahun lepas, pada setiap jam gadis Melayu melahirkan 2 orang anak luar nikah! ..Na'uzubillah min zalik.
Kita sudah dapat melihat bala yang sedang turun dinegara kita. Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Agama Islam dipermainkan sehingga nama ALLAH pun dijual beli. Pembunuhan semakin kejam. Anak bunuh ibubapa sendiri.
Kerajaan sepatutnya mengkaji semula rancangan membina hub hiburan ini dan membatalkannya daripada Program Tranformasi Ekonomi yang dibentangkan. Kegagalan nanti akan hanya mentransformasikan negara ini kepada negara maksiat dan mungkar, dan yang paling kita khuatirkan akan mengundang bala ALLAH. Bala berkembar, tsunami dan letupan gunung berapi dinegara jiran sepatutnya menyedarkan kita bahawa bila ALLAH mahu menghancurkan, dengan hanya satu "kun fayakun", maka hancurlah kita!
Moga ALLAH mengampuni kita semua.
Wassalam.