Tindakan Kerajaan untuk membangunkan hub hiburan semasa membentangan ETP - Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Program). Pembangunan ini disarankan hanya atas alasan untuk pembangunan ekonomi.
Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa wang bukanlah segala-galanya, elemen keberkatan adalah sangat penting. Kalau tiada keberkatan, kekayaan tiadalah gunanya. Kita sepatutnya mengambil iktibar kehancuran ekonomi dan kewangan negara pada tahun 1998, setelah bertahun mengumpul kekayaan sehingga pernah digelar "Asian Tiger".
Selanjutnya terlalu banyak hiburan akan menggalakkan gejala maksiat dan mungkar. Makin banyaklah kegiatan samseng, bouncer, peminuman arak, perzinahan dan lain-lain. Bertambah banyaklah anak luar nikah. bagaimana statistik yang dikeluarkan menunjukkan bagi tempoh 5 tahun lepas, pada setiap jam gadis Melayu melahirkan 2 orang anak luar nikah! ..Na'uzubillah min zalik.
Kita sudah dapat melihat bala yang sedang turun dinegara kita. Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Agama Islam dipermainkan sehingga nama ALLAH pun dijual beli. Pembunuhan semakin kejam. Anak bunuh ibubapa sendiri.
Kerajaan sepatutnya mengkaji semula rancangan membina hub hiburan ini dan membatalkannya daripada Program Tranformasi Ekonomi yang dibentangkan. Kegagalan nanti akan hanya mentransformasikan negara ini kepada negara maksiat dan mungkar, dan yang paling kita khuatirkan akan mengundang bala ALLAH. Bala berkembar, tsunami dan letupan gunung berapi dinegara jiran sepatutnya menyedarkan kita bahawa bila ALLAH mahu menghancurkan, dengan hanya satu "kun fayakun", maka hancurlah kita!
Moga ALLAH mengampuni kita semua.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan