Jumaat, 18 November 2011

Isu Feedlock Corporation (NFC) siapa yg auta..Ketua audit negara,PKR atau Pengerusi exz. NFC sendiri..

Polis sahkan siasat kes NFC

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Jumaat mengesahkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Negara (CCID) sedang menjalankan siasatan terhadap Feedlock Corporation (NFC) bagi menentukan jika terdapat sebarang unsur jenayah pecah amanah atau atau mereka yang terlibat dengan penipuan.”Kami sedang meneliti laporan itu dan memerlukan masa untuk menyiasat.”Kami juga akan memanggil mereka yang terlibat bagi membantu siasatan. Kami menggesa orang ramai menghentikan spekulasi bagi membolehkan kami menjalankan siasatan tanpa sebarang tekanan yang tidak diperlukan,” katanya.
NFC mendapati pihaknya berada dalam keadaan tidak selesa apabila PKR mendedahkan pada syarikat itu, diikuti laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan tempat itu tidak diuruskan dengan baik dan hanya menghasilkan 3289 ekor lembu, yang merupakan 41% daripada sasaran.
PKR juga berkata NFC telah menerima peruntukan pinjaman sebanyak RM250 juta oleh kerajaan, serta membelanjakan sebanyak RM827,579 untuk perjalanan luar negara bagi pengarah NFC.
Keputusan NFC untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung, Bangsar, juga dianggap sebagai pelaburan luar biasa bagi syarikat perniagaan lembu.
Pada hari Khamis, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan syarikat tersebut berada dalam keadaan kucar-kacir dan mendakwa berada di landasan yang betul dengan menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015 serta telah menemui sasaran pada tahun lepas.
Dr Salleh juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. NFC dijalankan oleh beliau dan tiga anak mereka.
Beliau juga menerangkan pembelian kondominium berharga RM6.9 juta yang telah disewa dengan kadar RM70,000 sebulan, telah memberikan hasil sebanyak RM900,000 kepada NFC.
Dr. Salleh hari ini  menyalahkan dua bekas kakitangannya yang didakwa menjadi punca tercetusnya kontroversi berhubung kewangan syarikat.
“Isu ini mungkin berpunca daripada tindakan dua bekas pekerja NFC yang belot dan cuba sabotaj syarikat.
“Kami percaya mereka memberitahu semua hal ehwal kewangan syarikat kepada pihak pembangkang atas perasaan tidak puas hati terhadap syarikat,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
Mohammad Salleh berkata NFC telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Ditanya, mengenai desakan supaya isterinya berkata beliau tidak berhak untuk komen.
“Ia melibatkan isteri saya dan perdana menteri serta timbalan perdana menteri. Apa-apa pun keputusan Shahrizat, saya akan sokong 100 peratus,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan