Isnin, 4 Oktober 2010

Budaya Rasuah pejawat awam x akan terhapus selagi kerajaan x mengenakan tindakan tegas..

Jabatan Imigresen minta SPRM letak pegawai di ‘kawasan panas’
PUTRAJAYA: Dalam usaha membanteras gejala rasuah di semua pintu masuk sempadan negara, Jabatan Imigresen akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan pegawainya sebagai pengintip di ‘kawasan panas’ yang dikenal pasti.
Selain di Pulau Ketam dan Port Dickson, Jabatan Imigresen juga mahu anggota SPRM ditempatkan di pintu sempadan di Kukup, Stulang Laut, Batu Pahat, Pasir Gudang di Johor; Padang Besar, Perlis; Rantau Panjang, Kelantan dan BukitKayu Hitam,Kedah.                                                   Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata siasatan awal mendapati gejala rasuah banyak berlaku di lokasi yang mengendalikan urusan keluar dan masuk melalui laut, kebanyakannya dari dan ke Indonesia di kawasan tengah dan selatan Semenanjung.
Bagaimanapun, katanya, pintu sempadan darat seperti Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang, yang bersempadan dengan Thailand akan tetap dipantau.

“Saya akan berbincang dengan SPRM segera untuk menempatkan anggota suruhanjaya itu di lokasi berkenaan, terutama yang dikategorikan sebagai ‘panas’.

“Langkah itu juga bertujuan memberi ingatan kepada semua kakitangan imigresen agar tidak terbabit dengan rasuah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan lokasi panas berkenaan.
Abdul Rahman juga menegaskan operasi tangkapan pegawainya oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah di Jeti Pulau Ketam, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan, sejak minggu lalu adalah permulaan kepada pemantauan dan gerakan lebih ketat di semua pintu masuk sempadan negara.

Semalam, Berita Harian melaporkan tujuh kakitangan imigresen ditahan SPRM setakat ini, termasuk dua pegawainya di Jeti Port Dickson, Rabu lalu, ketika melakukan transaksi wang tunai RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin. Lima lagi ditahan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.

Abdul Rahman juga mengingatkan pegawai kanan imigresen di negeri dan penyelia pusat pemeriksaan di pintu masuk sempadan supaya sentiasa memantau anak buah mereka.

“Mereka perlu bertanggungjawab dan peka jika ada anak buah yang hidup mewah di luar kemampuan dan disyaki terbabit dengan rasuah.

“Misalnya, mereka boleh melihat daripada penampilan, cara hidup dan kereta yang dipakai anggota. Jika mereka menggunakan kereta mewah berbanding dengan pendapatan sebenar mereka, mungkin ada sesuatu yang berlaku,” katanya.

Abdul Rahman berkata, selain bekerjasama dengan SPRM, pihaknya juga akan meningkatkan program pendidikan kakitangannya terutama mereka yang kurang lima tahun berkhidmat dan yang lima tahun lagi untuk bersara.

“Ujian pertama terhadap tawaran rasuah adalah lima tahun pertama bekerja, manakala mereka yang lima tahun lagi mahu bersara pula terdorong kepada rasa mahu mengumpul harta sebelum pencen.

“Kedua-dua kumpulan inilah akan menjadi fokus program pendidikan kita,” katanya mengesahkan empat daripada lima pegawai yang ditahan di Pulau Ketam berkhidmat dengan Jabatan Imigresen kurang dua tahun, manakala seorang kakitangan yang ditangkap di Port Dickson berusia dalam lingkungan 50-an.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman juga mengesahkan sudah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menukar seorang pengarah Jabatan Imigresen negeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan