Isnin, 23 Ogos 2010

Pemerintah ..Jangan bebankan rakyat.....

Pada 20 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri diseragamkan pada masa depan.
-Cadangan supaya semua kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah bagi meningkatkan hasil pendapatan dianggap sesuatu keputusan yang dibuat oleh mereka yang tidak memahami derita rakyat bawahan cadangan itu sesuatu yang tidak wajar dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian.
Mana slogan yg sering beliau laungkan rakyat didahulukan.
Sepatutnya beliau sebagai perdana menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.
Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak.” persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan ialah pemimpin negara sepatutnya mencari jalan supaya khazanah negara dapat dinikmati semua rakyat.
Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas tidak akan menaikkan tarif air kerana tidak mahu membebankan rakyat.
“Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.
“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,
tindakan kerajaan Selangor menolak cadangan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang bernilai RM8 bilion adalah sesuatu yang bijak.
Jimat RM6 bilion
“Sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air dengan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak 6 bilion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan