Jumaat, 3 Ogos 2012

slogan merdeka 'janji ditepati' ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

KUALA LUMPUR - Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka ‘Janji Ditepati’ dan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah)



Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan.Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan “Janji Ditepati” walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk.Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipe ~rtahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik. Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia.Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – ‘Janji Ditepati’ yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai. Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, “Janji telah ditepati, kini masa balas budi” amat menyinggung perasaan.Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008.Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu ‘Janji Ditepati’ masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan."Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan. "Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian.Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi ‘Tidak Suka’ berbanding ‘523’ yang mengundi suka.Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak?

Isnin, 30 Julai 2012

Neo Satria WWW1 kemalangan

Eksklusif! Jawapan Tengku Mahkota Johor Tentang Dakwaan Neo Satria WWW1 kemalangan


http://blog-hangit.blogspot.com, 30 Jul 2012


Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.

Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :


Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja.

Ahad, 22 Julai 2012

Kenapa tidak siasat Sultan Johor dan kenapa pula Uncleseekers ditangkap?


Kenapa tidak siasat Sultan Johor dan kenapa pula Uncleseekers ditangkap?

Seorang peguam yang meninggalkan negara ini sejak tahun lalu berkata dokumen pemindahan hakmilik pesawat yang dimiliki Almarhum Sultan Iskandar kepada anakandanya dan pemindahan wang sejumlah RM60 juta kepada Amanah Raya, adalah dokumen yang sah.

Peguam Kamal Hisham Jaafar (gambar kanan) - yang dikatakan mnghadapi konflik dengan Sultan Ibrahim Ismail berhubung pertikaian harta pusaka sehingga menyebabkan penahanan penulis blogUncleseekers - mendakwa tidak tahu menahu bagaimana dokumen tersebut disiarkan dalam blog tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa dua dokumen tersebut telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)
Bercakap dalam sidang media melalui telefon dari Dubai, Kamal Hisham berkata dokumen itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau undang-undang, dan beliau bingung mengapa polis mengklasifikasikan penangkapan tersebut sebagai kes OSA.

"Saya di sini hanya boleh mengesahkan bahawa dua dokumen yang membabitkan harta pusaka berbentuk pesawat dan dokumen yang wang RM60 juta dipindahkan ke Amanah Raya adalah dokumen yang betul dan tandatangan di dokumen tersebut adalah tandatangan saya," katanya.

"Datuk Shafee dan Datuk Ramli Yusuf datang ke Dubai jumpa saya, untuk menandatanganinya dan kami berbincang, itulah cara untuk menyelamatkan keadaan," kata Kamal dalam sidang media itu.  

Beliau yang juga pesuruhjaya sumpah berkata ramai pihak boleh 'mengakses' dokumen tersebut.

Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut.

Rabu, 18 Julai 2012

PM Rosmah lanjutkan lg lawatan di Dubai

PM Rosmah lanjutkan lg lawatan dan percutian di Dubai yg sepatutnya pulang 16/7/12 lalu telah melanjutkan lawatan utk melawat beberapa tempat belibelah terkemuka diDubai.... 

Ahad, 15 Julai 2012

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia kata pengamal media dibolehkan “memutar” fakta

Rakaman Audio ucapan Timb. Ketua Pengarang Utusan tersebar!!.. pencacai UMNO Kantoi lagi..


Blogger Pro UMNO telah mendakwa bahawa wartawan Malaysiakini yang dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam telah memutar belitkan fakta ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.

Laporan tentang wartawan Malaysiakini telah dihalau itu sila baca di ( SINI )

Ini kerana menurut mereka Datuk Mohd Zaini dalam ucapannya memberitahu kepada para peserta, sebarang berita sebenarnya boleh digunakan untuk menimbulkan persepsi.

Kaedah itulah yang digunakan oleh Jentera Propaganda Pakatan Rakyat selama ini sehinggakan blatant-lie atau penipuan terang-terangan.

Bagaimanapun Malaysiakini memutar belitkan kenyataan tersebut kononnya Datuk Mohd Zaini berkata, pengamal media dibolehkan “memutar” fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Lihat bagaimana pencacai UMNO ni cuba nak spin..

CyWar Putrajaya

Benarkah wartawan Malaysiakini iaitu Ahmad Fadli Kc telah memutar beli kenyataan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.

Sila dengar dengan teliti rakaman audio ucapan Datuk Mohd Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam di bawah ini..


Bagi aku.. antara laporan dari Malaysiakini dan Utusan tentang politik negara ini.. dibayar upah sekalipun aku tak akan percaya apa yang Utusan tu laporkan...

Kalau laporan Lidah Rasmi UMNO atau Utusan itupun aku tak percaya.. laporan Blog pencacai UMNO pula boleh diibaratkan jauh panggang dari babi.. lagi aku tak percaya..

Info dibekalkan oleh ( Faqar )

Isnin, 9 Julai 2012

'Mereka paling mencegah kezaliman raja'

  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 11:22AM Jul 6 2012
 
ULASAN "Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja" adalah perkataan sahabat Nabi SAW ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rom ataupun bangsa Eropah ini.
Saya teringatkan perkataannya apabila saya terbaca akhbar Daily Mirror pada 3 Julai lalu berhubung kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga diraja Britain, dengan tajuk "Royal Family's travel bill set rise higher".

Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang.

Antaranya, Daily Mirror melaporkan: "July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights."
Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga diraja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar.

Peningkatan belanja Ratu Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti, Ratu British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam.

Laporan itu menyimpulkan "The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection".
Walaupun kadang-kala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga diRaja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka.

Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara.

Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.
Bangsa Eropah
Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi SAW iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi SAW: "Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak" (Riwayat Muslim).

Maksudnya, sehingga berlaku kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa roman adalah bangsa Eropah hari ini.

Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:

"Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja".
Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya, kebijaksanaan politik dalam menangani krisis.

Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.

Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka.

Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat Muslim hari ini.

Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Keluarga diraja mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan.

Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan.

Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang Muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.
Agamawan sengat
Malang sekali, muncul pula golongan agama yang sama ada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba Allah yang merdeka jiwanya.

Lahir golongan literalis yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan sengat dari maksud keseluruhan agama ini sehingga berdiam terhadap kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas.

Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk "berforum, berwacana, ataupun berseminar" menghalang penguasa merakusi hak rakyat.

Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu banteng kepada rejim-rejim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih.

Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.

Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: "Muawiyah bin Abi Sufyan RA (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu."

Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila tiba Jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada Jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata:

"Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami."
Apabila selesai solat, Muawiyah memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: "Habislah dia".

Kemudian orang ramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: "Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun."
Kata Muawiyah: "Aku bercakap pada Jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada Jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: Aku termasuk dalam kalangan mereka. Aku bercakap pada Jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya."

Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambangkan nilai Islam yang ada dalam dirinya.

Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula.

Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Kini masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.

Peguam: Dokumen dalam blog Uncleseekers asli...

 
 
Seorang peguam yang meninggalkan negara ini sejak tahun lalu berkata dokumen pemindahan hakmilik pesawat yang dimiliki Almarhum Sultan Iskandar kepada anakandanya dan pemindahan wang sejumlah RM60 juta kepada Amanah Raya, adalah dokumen yang sah.

NONEPeguam Kamal Hisham Jaafar - yang dikatakan mnghadapi konflik
dengan Sultan Ibrahim Ismail berhubung pertikaian harta pusaka sehingga menyebabkan penahanan penulis blog Uncleseekers - mendakwa tidak tahu menahu bagaimana dokumen tersebut disiarkan dalam blog tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa dua dokumen tersebut telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Bercakap dalam sidang media melalui telefon dari Dubai, Kamal Hisham berkata dokumen itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau undang-undang, dan beliau bingung mengapa polis mengklasifikasikan penangkapan tersebut sebagai kes OSA.

"Saya di sini hanya boleh mengesahkan bahawa dua dokumen yang membabitkan harta pusaka berbentuk pesawat dan dokumen yang wang RM60 juta dipindahkan ke Amanah Raya adalah dokumen yang betul dan tandatangan di dokumen tersebut adalah tandatangan saya," katanya.

"Datuk Shafee dan Datuk Ramli Yusuf datang ke Dubai jumpa saya, untuk menandatanganinya dan kami berbincang, itulah cara untuk menyelamatkan keadaan," kata Kamal dalam sidang media itu.

Beliau yang juga pesuruhjaya sumpah berkata ramai pihak boleh 'mengakses' dokumen tersebut.

Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut.