Khamis, 25 November 2010

MAMALI DLM KENANGAN....LIPATAN PERISTIWA KEZALIMAN UMNO MEMBUNUH ORG MELAYU....AKAN DI KENANG SEPANJANG ZAMAN..

                                                                                                                                                                     JENAZAH AS SYAHID IBRAHIM LIBYA... SUDUT KIRI BAHAGIAN BAWAH FOTO..

UTUSAN MALAYSIA AHKBAR PEMERINTAH YG DIBOIKOT OLEH RAKYAT..KERUGIAN LEBIH 10 JUTA...MEMANG DAH MENJADI KELAZIMAN MANA SYARIKAT BERKAIT DGN KERAJAAN AKAN MENGALAMI KERUGIAN BERJUTA2 RINGGIT..


KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya. ~ Mstar

Selasa, 23 November 2010

inilah jadinya klau undang-undang negara sudah dipalit dengan tahikk....

PEGUAM NEGARA II BERKATA " KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG ! -

MENGAPA ANWAR BERANG ? - Apa sudah jadi ?-Penilaian orang kampung yang tidak tahu undang-undang atau buta dengan undang-undang tentunya fahan tentang kata yang diluahkan oleh peguam negara II Dato Muhd Yusuf yang meluahkan kata-kata "KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG !   kata-kata ini tentunya ditujukan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sesudah Anuar Ibrahim berkata "PENDAKWA MENYARING SEMUA BUKTI ?

Tentunya kenyataan Anwar Ibrahim ini bermaksud kerana dia gagal mendapatkan laporan perubatan dari HKL ekoran itu berlakulah pertikamam lidah diantara Anuar dengan pendakwa raya ini

Dalam kes ini tentunya bukan sahaja Anuar saja yang tidak faham dengan undang-undang akan tetapi hakim juga tidak faham dengan undang-undang terutama bacaan pada sek 45 akta keterangan tahun 1950 yang menyatakan  syarat seseorang pakar perlu mengemukakan dokumen bagi menyokong hujah yang dikemukakan di Mahkamah,  seksyen inilah yang menyebabkan Karpal Singh membuat permohonan agar hakim dilicutkan kelayakannya dari menghakimkan kes Dato Sri Anuar Ibrahim dalam kes liwatnya, Anuar Ibrahim bukanlah seorang peguam kerana itu memang dia tidak faham dan sebab itu dia melantik peguam untuk membelanya, jadi memanglah Anuar tidak faham akan tetapi perlukah pendakwa raya berkata "KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG ?

Karpal Singh memang pengamal undang-undang dan dia tentunya tahu selok belok undang-undang kerana itu dia melihat sikap hakim macam tidak faham undang-undang kerana itu dia tidak berpuas hati dengan hakim lalu dia mahu hakim ditukarkan dan rasanya hakim dan pendakwa rayapun adalah orang yang pandai undang-undang akan tetapi mengapa berlaku ketidakpuasannya hati Karpal Singh ? Apakah bacaan hakim dan pendakwa raya tidak menepati kepada kefahaman Karpal Singh sehinggakan Karpal menjadi tidak faham tentang sek 45/1950  tersebut ? Atau siapakah yang sebenarnya yang tidak faham ?

Walau apapun pandangan mereka yang menjadi pengamal undang-undang di negara ini nampaknya orang kampung nampak pandangan Karpal Singh ini lebih demokratik dari pegawai undang-undang mahkamah yang membicarakan kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini sementara pengamal undang-undang dari mahkamah nampak semacam menekan dan tidak demokratik, namapknya ada yang ditakuti oleh mahkamah dan pendakwa rayanya tentang apa yang dipohon oleh Anuar Ibrahim kerana itu permohonan Anuar tidak diluluskan jadi dimana fungsi Sek 45/1950 kepada pembela ? Adakah ia hanya untuk kegunaan mahkamah sahaja ?


Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta ??


ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib - Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.


Kalau bukan rasuah ini apa?
Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings.

 7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?

Lagi bukti bergambar di Kerajaan Rakyat.

10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar” hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’ wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’ itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

Sumber : Kerengga




Banglo bernilai RM$5 juta?

Isnin, 15 November 2010

KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT SEMANGKIN POPULAR SEJAK AKHIR2 INI

Tuesday, November 16, 2010 - Anwar Tenang, Umno Cemas, Rakyat Bijak........???
Keadilan semakin mendapat tempat dalam perhatian media perdana. Bicara massa perdana Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3 terpaksa untuk mengulang tulis dan tayang konflik pemilihan KEADILAN.

Anwar terus diserang melalui isu Pemilihan tidak telus. Ini tanda Anwar Ibrahim dan KEADILAN masih relevan dalam landskap politik tanah air. Semuanya termasuk media perdana, ulama’,pimpinan UMNO prihatin terhadap perkembangan memberangsangkan parti KEADILAN ini. Pimpinan UMNO/BN sehingga tidak tidur malam hanya untuk memikirkan tentang KEADILAN berbanding untuk melawan rasuah membarah dalam parti dan kerajaan teraju mereka.

Akhirnya media perdana akur, daripada mereka terus menjadi jurucakap UMNO/BN dengan slogan 1Malaysia yang tidak diendah rakyat, masalah kepimpinan UMNO/BN yang lebih lemah dan rasuah yang membarah, lebih baik mereka memaparkan isu, perjalanan, masa depan serta kepimpinan KEADILAN bagi menaikkan rating popular akhbar dan siaran mereka. Isu Pakatan Rakyat baik kepimpinan, pemilihan dan gerak kerja menjadi perhatian umum.

Ini suatu perkembangan yang menarik dan baik untuk KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Media Perdana terpaksa cari makan dengan isu KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Lihat sahaja isu banjir di Kedah, serangan memburukkan imej MB Kedah begitu teruk dilakukan dengan tohmahan bahawa MB tidak turun kawasan banjir. Ini tanda UMNO/BN cemas. Daripada Kedah hingga ke Selangor diserangan habis-habisan PR.

Namun rakyat bijak menilai. Jika tatkala KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT jadi pembangkang, media mendapat nikmat ‘cari makan’ dengan isu pihak ini, maka lebih untung jika KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT menjadi kerajaan, sudah pasti banyak isu kebajikan, masa depan negara yang lebih baik disajikan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk memberikan ruang berita lebih positif untuk massa perdana.

Perspektif bicara kita mudah, jika Anwar Ibrahim atau KEADILAN tidak memberi cabaran kepada UMNO/BN, sudah pasti tidak perlu untuk dihujankan fokus serangan imej terhadap parti ini. Namun, disebabkan KEADILAN menjadi antara faktor penentu masa depan Pakatan Rakyat dan dilihat semakin kuat apatah lagi keberanian untuk menjalankan proses pemilihan ‘satu ahli satu undi’, maka mahu tidak mahu UMNO/BN melihat ini sebagai kanser yang akan menyerang saraf mereka.

KEADILAN lebih berani menterjemahkan demokrasi yang lebih terbuka untuk anggotanya dan umumnya rakyat. Ini dilihat baik untuk rakyat. Ini kelebihan Anwar, beliau cukup tenang berdepan dengan semua ujian ini. Rakyat menilai kekuatan pemimpin seumpama ini. Ternyata sekali lagi UMNO/BN cemas.

Pilihanraya akan berlangsung pada tahun hadapan, terpaksa UMNO/BN seberapa segera menyerang faktor penyatu Pakatan Rakyat, iaitu faktor Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN. Serangan perlu fokus, Anwar Ibrahim mesti diserang kanan dan kiri. Baik menggunakan undang-undang, fitnah, barisan MP lompat, pimpinan UMNO dan media massa.

Pimpinan UMNO nampaknya kurang berani menyerang Anwar Ibrahim secara langsung kerana mereka tahu Anwar dan Pakatan Rakyat dipihak yang benar atau mereka sengaja berhelah dengan menggunakan barisan MP lompat dan media perdana untuk terus-terusan mengkritik secara keras. Ini untuk menjaga nama baik UMNO, yang busuk nama barisan MP lompat dan media perdana.

Lihat, tatakala UMNO/BN hilang sokongan politikpun mereka sanggup mempergunakan orang lain termasuk media dengan merosakkan imej media perdana yang sepatutnya menjadi agen makluman polisi kerajaan untuk rakyat dan bebas kepada menjadi agen fitnah parti UMNO/BN. Mungkin media perdana tidak salah, yang salahnya beberapa pimpinan UMNO/BN yang secara salah member tekanan terhadap media perdana untuk terus memburukan imej Anwar Ibrahim dan PR.

Anwar Ibrahim cukup tenang berdepan semua ujian ini. Bermula daripada dibuang daripada kerajaan 12 tahun sudah, fitnah liwat dan hari ini parti yang diasaskannya juga diserang bagi memburukkan imej. Serangan dibuat tanda UMNO/BN cemas dan terpaksa membuat ini semua bagi mengekalkan kuasa menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tahun hadapan. Najib Tun Razak demam mendengar masa depan KEADILAN yang lebih baik ini.

Rakyat lebih bijak menilai, anak muda membuat konklusi bahawa lagi diserang KEADILAN, ini bermakna parti ini kian penting dalam arena politik negara dan punyai masa depan yang baik. Kerana media juga melihat masa depan KEADILAN yang baik untuk mentadbir Malaysia. Sebab itu mereka memberikan fokus kepada jatuh bangunnya PKR. Maka anggota parti akan melihat siapa yang melatah dan siapa yang bersedia secara matang untuk memimpin Malaysia.

Media yang telus akan dapat melihat beza banding 53 tahun UMNO/BN memerintah dengan hanya 2-3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir di Kedah, Kelatan (20 tahun), Pulau-Pinang dan Selangor dengan baiknya, berkebajikan,telus dan komited untuk rakyat. Rakyat begitu faham akan mainan media jika ada yang berat sebelah, akhirnya serangan media perdana yang keterlaluan akan diterjemahkan sebagai keprihatinan rakyat untuk bersama membaiki, menyokong dan memberikan harapan masa depan untuk KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT.

China Post melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Pendidikan Seks untuk kanak-kanak semuda umur enam tahun


Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh ‘bela’ Melayu Pulau Pinang setelah tiada kuasa..

Monday, November 15, 2010 - Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.


Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.

“Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.

Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

“Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.

Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah rendah pada tahun 70an, PAS dalam ceramah mereka telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis.

Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.
Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir.

Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Bunga, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu.

Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.


Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah. 
sumber :pemuda cheh