Selasa, 7 September 2010

Pilihan raya umum dah dekat dah!

Pilihan raya umum dah dekat dah!                                                Angkasanuri

Saya dapat merasakan PRU semakin hampir. Tak mustahil parlimen bakal dibubarkan selepas raya ni. Tanda-tandanya semakin nyata dan ketara.
Seperti biasa umpan dan gula-gula pilihan raya mula ditaburkan. Kerajaan yang sebelum ini nampak 'sesak' tiba-tiba menjadi pemurah dan dermawan.

Dalam suasana harga barang dinaikkan, pelaburan semakin susut manakala yang sedia ada cabut lari mengalih operasi ke negara lain kerajaan menunjukkan 'prihatin'nya kepada rakyat.
Pastinya orang kerja kerajaan boleh senyum seketika apabila diberi duit raya. Peneroka, nelayan dan peserta Felcra boleh tekan kalkulator untuk membuat persiapan raya sakan tahun ini.

Isu perkauman yang cuba dihangatkan sebelum ini kembali reda kerana majoriti rakyat cukup bijak dengan tipu helah dan provokasi yang dilakukan. Sementara itu semangat patriotik kepada negara (sebenarnya pemimpin Umno-BN) sempena Hari Kemerdekaan mendapat respon hambar dari rakyat.
Begitu juga dengan demontrasi rakyat Indonesia terhadap keduataan negara di sana, rakyat cukup bijak memahami situasinya. Pastinya ada di dalang di sebaliknya. Bagi saya ia tidak lebih satu lakonan oleh pihak yang tertentu yang boleh dibaca tujuan dan motifnya. Kita sudah 53 tahun merdeka bukan 53 hari!

Walau apa juga situasinya PRU tetap perlu diadakan dalam tempoh terdekat. Hanya itu pilihan yang Umno-BN ada.
Sokongan rakyat khasnya bukan Melayu semakin merudum. Lagi lama PRU maka lebih banyak masalaah yang berlaku. Kegawatan ekonomi dan politik menyebabkan Umn0 BN perlu tonik dengan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Bukan untuk menguji pengaruh dan populariti tetapi langkah perlu yang segera untuk menyelamatkan Umno-BN agar terus dapat bertahan dan berkuasa.
Maka pelbagai kaedah dan helah terpaksa direka dan dicipta. Seperti biasa isu ahli PAS,PKR dan DAP keluar parti beramai-ramai merupakan antara petunjuk yang paling kuat menjelang PRU umum.

Itulah yang digambarkan semalam apabila 756 ahli PAS Larut di Perak dari 46 cawangan masuk Umno! Kenapa sikit sangat?
Biasanya sebelum pilihan raya umum berita ahli PAS yang keluar masuk Umno lagi ramai kalau dijumlahkan semua biasanya ahli PAS yang tinggal ialah Mursyidul Am dan Presiden PAS sahaja!

Isnin, 6 September 2010

Ketua polis negara dedah campurtangan politik di bawah jabatannya..memalukan negara..siapa kianat siapa..

Ketua Polis negara Tan sri Musa Hassan hari ini mendedahkan dlm sidang media nya tentang campurtangan dan ganguan dr KDN dlm urusan2 dibawah jabatannya..banyak arahan diberikan kepada pegawai polis tanpa diketahui oleh pegawai atasan PDRM sendiri (tentulah antaranya beliau) yang katanya sesetengah arahan itu jika dilaksanakan boleh mengganggu kelancaran sistem dan profesionalisme yang diamalkan oleh PDRM.Malah beliau tidak bertapis mengakui bahawa KDN adalah antara pihak yang terlibat dalam campur tangan secara luar biasa memberi arahan itu ini, tanpa pengetahuannya. Dan sebagai kementerian yang menaungi PDRM, kata Musa tentulah keadaan itu telah meletakkan beliau di dalam keadaan yang serba salah kerana beliau harus mematuhi arahan kementerian yang menaungi jabatan diterajuinya. Yang dikhuatiri Musa ialah natijah apa yang diarahkan oleh KDN kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan pegawai atasan selama ini jika tidak betul, tentu akan menghasilkan keputusan yang tidak baik dan sekaligus mencemarkan imej PDRM.....InI baru PDRM,SPRM,Kehakiman,sudah tentu juga menjadi kambing hitam politik kotor pemerintah lahanat..

Jumaat, 3 September 2010

Pemimpin Umno Di Selangor Antara Pemilik Tanah Felda ....


 Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.

Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.

Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Beliau yang membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri .

Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.

Dalam temu bual itu, Faekah mengakui Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan pimpinan Umno.

Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasionaltermasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi

KES PKFZ : Ling Leong Sik Mohon Kertas Kabinet Dinyahkan ?

KES PKFZ : Ling Leong Sik Mohon Kertas Kabinet Dinyahkan ?


MALAYSIA KINI

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memohon kes tuduhan menipunya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut peguamnya, KK Wong, beliau telah menulis kepada pejabat peguam negara pada 1 September lalu agar supaya memindahkan kes yang didakwa mengikut Seksyen 418, Kanun Keseksaan.

Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, pihak pembelaan juga telah memohon supaya kertas kabinet yang dianggap rahsia dikasifikasikan semula dan salinannya diberikan kepada mereka untuk tujuan pembelaan.

Ini kerana menurut Wong dakwaan yang dikenakan ke atas bekas presiden MCA itu membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri, maka dokumen berkenaan diperlukan oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.
  Wong juga memohon tarikh awal bagi sebutan kes supaya membolehkannya mendapatkan dokumen berrkenaan.
  Adalah dipercayai bahawa pihak pendakwaan sejak beberapa hari lalu menerima beberapa dokumen tetapi minit mesyuarat kabinet yang dikehendakinya tidak disertakan.
   Wong juga memohon untuk menyoal beberapa saksi sebelum perbicaraan bermula di hadapan pegawai penyiasat.Hakim, Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan kes.
   Ling pada 29 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

MRCB melalui Realmild.- 70% Atas Nama Mahathir ?

MRCB melalui Realmild.- 70% Atas Nama Mahathir ?
By Anwar Ibrahim

   Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.


Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.                                                                                                           P/S: Dulu KiNi DAn Selamanya...Pemimpin Umno mengunakan Proksi bg mengelakkan dr menyalahgunakan kuasa untuk kepintingan peribadi....

Rabu, 1 September 2010

UMNO pergunakan jabatan2 agama utk sabotaj perjalanan kerajaan negeri?

JAIS masih mengikut budaya lama zaman pemerintahan UMNO...... Penjawat awam berpangkat disana adalah penyokong UMNO. Sukar utk kerajaan baru melaksanakan program. Masih ingatkah kita bahawa agensi2 inilah terutama yang dibawah federal gov akan digunakan oleh UMNO utk sabotaj perjalanan kerajaan negeri?    Pejawat awam yg lebih takut mengikut perintah Ketua pemerintah  dr mengikut perintah Allah,untuk menjaga periuk nasi mereka....              

Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia



KUALA LUMPUR, 1 Sept: Pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara beberapa Ahli Parlimen PAS dan wakil Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) di bangunan Parlimen, hari ini.

"Kita mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkembangan terkini yang sedang berlaku yang berkaitan hubungan antara kedua negara tanpa menafikan segala usaha baik yang telah dilakukan oleh kedua-dua pemerintah Indonesia dan Malaysia
"Pertemuan ini adalah sebagai satu lagi usaha yang dimainkan oleh ahli Parlimen untuk memastikan hubungan baik berkekalan dan beberapa isu telah kita bangkitkan tadi dan kita masuk kepada tahap memperbaiki dan menjernihkan hubungan baik melalui usaha ahli parlimen pembangkang," kata Nasharudin kepada pemberita selepas pertemuan hampir sejam itu.

PAS menerima kunjung hormat daripada wakil pembangkang Indonesia itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.

Kedua-dua negara bersetuju bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu dihukum tanpa melanggar batas-batas hak asasi manusia.

"Kita telah bersetuju dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlanggaran undang-undang di mana sahaja samaada di Malaysia atau di Indonesia, kita mahukan undang-undang dilaksanakan cuma kita akan pastikan perjalanan undang-undang itu menjaga hak asasi bagi memastikan keadilan dilaksanakan dalam proses perundangan tersebut," kata Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Sementara itu, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal yang mengetuai rombongan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mewujudkan satu di Parlimen mereka bagi menangani kes-kes melibatkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia.

"Kami sedang berupaya untuk membangun semacam polisi di Parlimen bagi persoalan buruh migran mudah-mudahan juga hal yang sama bisa dilakukan oleh Parlimen di Malaysia dan kita bisa berkomunikasi," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula mencadangkan agar satu kaukus Parlimen diwujudkan berhubung hubungan Malaysia-Indonesia seperti mana wujudnya kakus hubungan Malaysia-Myanmar dan lain-lain lagi.
"Bagi pihak ahli Parimen PAS, kita mencadangkan untuk mewujudkan kaukus hubungan Malaysia Indonesia di kalangan ahli parlimen sebagaimana sudah ada kaukus berkenaan Myanmar dan sebagainya.


"Ini untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan yang khusus kepada isu yang besar dan penting untuk kemajuan kedua-dua negara dan kemajuan rakyat," katanya.

Diminta mengulas mengenai demonstrasi yang dilakukan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta, Reike berkata, pihaknya tidak mahu membesarkan isu berkenaan sehingga menenggelamkan isu utama yang perlu diberi perhatian khusus.

Manakala Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS pula berkata, sepanas manapun situasi yang cuba diwujudkan di Indonesia, PAS tidak pernah bercadang untuk membuat tindakan balas sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan perkara yang berlaku melalui diplomasi.

"Saya rasa hubungan diplomatik yang baik dan kebijakan kita untuk menangani isu ini lebih penting kerana kami di Malaysia khususnya dari PAS apa pun yang berlaku di Jakarta, kami daripada PAS tidak pernah menggerakkan pemuda untuk berdemonstrasi di kedutaan Indonesia di sini.

"Kita harus melihat itu dari segi kacamata yang lebih besar, kita punya masa depan yang lebih baik. Apa yang berlaku harus dicermati dan kebijakan politik penting dalam menangani isu sebegini," katanya.


Harakahdaily/-
P/s: Di Indonesia ada BENDERA di Malaysia ada PEKASA...