Ahad, 31 Oktober 2010

Hub hiburan untuk pembangunan ekonomi.(ETP)

Tindakan Kerajaan untuk membangunkan hub hiburan semasa membentangan ETP - Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Program). Pembangunan ini disarankan hanya atas alasan untuk pembangunan ekonomi.
Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa wang bukanlah segala-galanya, elemen keberkatan adalah sangat penting. Kalau tiada keberkatan, kekayaan tiadalah gunanya. Kita sepatutnya mengambil iktibar kehancuran ekonomi dan kewangan negara pada tahun 1998, setelah bertahun mengumpul kekayaan sehingga pernah digelar "Asian Tiger".
Selanjutnya terlalu banyak hiburan akan menggalakkan gejala maksiat dan mungkar. Makin banyaklah kegiatan samseng, bouncer, peminuman arak, perzinahan dan lain-lain. Bertambah banyaklah anak luar nikah.  bagaimana statistik yang dikeluarkan menunjukkan bagi tempoh 5 tahun lepas, pada setiap jam gadis Melayu melahirkan 2 orang anak luar nikah! ..Na'uzubillah min zalik.
Kita sudah dapat melihat bala yang sedang turun dinegara kita. Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Agama Islam dipermainkan sehingga nama ALLAH pun dijual beli. Pembunuhan semakin kejam. Anak bunuh ibubapa sendiri.
Kerajaan sepatutnya mengkaji semula rancangan membina hub hiburan ini dan membatalkannya daripada Program Tranformasi Ekonomi yang dibentangkan. Kegagalan nanti akan hanya mentransformasikan negara ini kepada negara maksiat dan mungkar, dan yang paling kita khuatirkan akan mengundang bala ALLAH. Bala berkembar, tsunami dan letupan gunung berapi dinegara jiran sepatutnya menyedarkan kita bahawa bila ALLAH mahu menghancurkan, dengan hanya satu "kun fayakun", maka hancurlah kita!
Moga ALLAH mengampuni kita semua.
Wassalam.

KENYATAAN AKHBAR: PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM) MENGENAI HUB HIBURAN.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana.
Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada
agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam
dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan. Program ini
amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang
mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia
tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas dan terpateri
di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh
Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa
seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan
Persekutuan.

Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk
menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip
Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai
rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik.
Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-
konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya
masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang
lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti
pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat,
kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik
jenayah ini sahaja.

Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor
mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang
tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian
masyarakat negara.

Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia
akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di
kalangan muda-mudi.

Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu
berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan
Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat
Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP
tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan
Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi
beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi
memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu. PPMM juga merafak
sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri
kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan
kerajaan.

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010

Sabtu, 30 Oktober 2010

UMNO menipu org kg dgn janji2 projek pembangunan...

Tak sah klau ada Pilihanraya kecil pasti ada saja janji2 manis projek mega yg akan dilaksanakan oleh kerajaan BN..Panggil org kg...pasang poster, pasang signboard, pecah tanah sana sini..bila habis kempen PRK habislah juga  projek2  mega utk bermegah2...

UMNO gunakan samseng kawal kubu....

KEKECOHAN KEMPEN DI KAMPUNG ISTIMEWA BATU SAPI, SANDAKAN KELMARIN 28/10/2010! Antara ujian getir dalam berkempen...



Lelaki yg bertopi adalah orang yang menghalau kami dan mengugut untuk PUKUL jika kami tak keluar... alasan beliau kami tak dapat kelulusan drpd ketua kampung sebelum berkempen... inikah dinamakan demokrasi?

 

Antara jentera jentera BN yang diarahkan mengekori kami ketika berkempen, walaupun ketika itu kami dikawal oleh pihak polis... "takut ke undi lari kepada pakatan???"


 
 
 

 
 

Pihak polis bersama mengawal keselamatan



Ini adalah kubu kuat UMNO BN yg mengamcam PUKUL kami ketika hendak berkempen

MORAL: Kejadian yang berlaku ini membuka mata sebahagian pihak.. gelagat antara kedua pihak diperhatikan.. sekurang-kurangnya undi simpati dan undi senyap akan mengurangkan majoriti pihak yang memerintah selama ini..

SIAPA YANG MENGAMALKAN SISTEM 'SAMSENG'???

Rabu, 27 Oktober 2010

Antara tegur kerajaan dan sokong pembangkang...

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambi oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada nilai yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.

iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana nilai pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya bernilai apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' pula meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalma konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan nilai pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal...Komesen atau wang poket lebih mahal dr harga bahan.

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Lagi syarikat milik kerajaan kerugian..KTMB RUGI RM1.45Bilion...

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM1.45 bilion sehingga 2008 dan kerugian yang ditanggung menyebabkan syarikat pengangkutan keretapi milik kerajaan berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi sendiri dan hutang.

Dalam laporan dari 2006 hingga 2008 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang dibentangkan di Parlimen semalam, prestasi kewangan KTMB mempamerkan tahap yang tidak memuaskan berikutan kerugian yang ditanggungnya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata KTMB menanggung kerugian berjumlah RM118.91 juta pada tahun 2008 berbanding RM82.81 juta pada tahun sebelumnya.

"Berikutan itu,bermula 1994 sehingga 2008, KTMB terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk suntikan dana tunai berjumlah RM760 juta dari kerajaan," kata Tan Sri Ambrin lagi dalam laporan audit yang dibentangkan.

Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut, peningkatan kerugian berjumlah RM36.60 milion iaitu sebanyak 44.5 peratus pada 2008 adalah disebabkan peningkatan mendadak kos operasi KTMB yang berjumlah RM49.03 juta.

Menurutnya lagi, peningkatan berkenaan adalah 9.6 peratus lebih tinggi daripada jumlah kos operasi bagi tahun 2007.

Laporan iu juga menyebut, KTMB masih belum membayar bayaran faedah yang sudah matang setakat Julai 2010 daripada lima pinjaman berjumlah RM880.5 juta yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan sehingga Disember 2008.

Laporan audit berkenaan menambah, KTMB tidak membuat sebarang pembayaran balik kepadda hutangnya sejak dua hingga lapan tahun lalu.

Ini bermakna, pembayaran faedahi terhadap kelima-lima pinjaman terbabit perlu dibuat pada 2010 dan keadaan itu bakal menjurus kepada jumlah pembayaran faedah tertunggak meningkat kepada RM703 juta," sebut laporan Ketua Audit Negara berkenaan lagi.

Menurut laporan itu lagi, pembayaran semula hutang-hutang terbabit yang berakhir selewat-lewatnya pada 2025 akan menyebabkan kepada pembayaran aliran tunai berjumlah RM1.43 bilion.

Program Transformasi Ekonomi (ETP). Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina...

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia ..

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

Fakta yang PERLU anda tahu tentang BP, Petronas, PNB & Temasek Holdings


 
Setiap sesuatu tentu ado pesaing. Bersaing nak dapek no.1 dalam kelas. Bersaing ...nak monang Piala Malaysia (Hobin Jang Hobin. Yeah!). Bersaing dengan kenkawan nak dapek pakwe hensem mcm den. Persaingan penting sbg motivasi memperbaikki diri. Kalau dalam politik, BN bersaing dgn PR. Untuk tunjuk sapo yg lobih pandai berkhidmat kpd rakyat. Tetapi bilo melibatkan ekonomi, kito bersaing nak bina bangunan tertinggi. Sedangkan org lain tak heran pun dgn bangunan tinggi-tinggi. Korang tak raso polik ko?

1] BP atau dulu dikenali sebagai British Petroleum mempunyai aset sebanyak USD 236 billion pada tahun 2009. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/BP

2] Petronas pula mempunyai aset sebanyak USD 111 billion pada tahun 2009. Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas

3] Tetapi kenapa head office BP yang baru tak sampai 10 tingkat? Sedangkan aset BP lebih 2 kali ganda dari Petronas. Dan kalau tak salah den, Head Office BP yang lamo adalah 15 tingkat. BP berpindah ke bangunan yg lebih rendah. Korang tak heran ko?

4] Gambar sebelah kiri di atas adalah bangunan BP yg baru di St. James's. Link : http://en.wikipedia.org/wiki/St._James%27s Ado sampai 80 tingkat mcm Petronas Twin Towers tak? Info lanjut : http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=2012968&contentId=2001644

5] Petronas adalah kepunyaan rakyat Malaysia. BP tak salah den dah takdo kono mengono dgn kerajaan UK. Apsal Tun Mahathir jobo bona buek bangunan berkembar tertinggi di dunia sedangkan Petronas kepunyaan rakyat, walhal pesaingnya BP tak ingin pun nak buek bangunan tinggi malah pindah pulak ke bangunan lobih rendah?

6] Orang British sebagai bekas penjajah kita, sangat cermat menguruskan dana mereka. Diorg tahu buek bangunan tinggi tu rugi dan lebih baik ‘fully utillized’ bangunan, khas utk operasi BP. Ala, korang pun tahu, Petronas Twin Towers/KLCC lobih byk kosong dari yg disewa.

7] Sapo pulak pesaing PNB? Tak payah poie jauh. Temasek Holding dari Singapura adalah pesaing terdekat PNB.

8] Dana yang diuruskan oleh PNB ialah sebanyak RM 140 billion (USD 45 billion), manakala Temasek Holdings mempunyao dana sebanyak USD 134 billion.
Sumber 1 : http://www.malaysiakini.com/news/145924
Sumber 2 : http://en.wikipedia.org/wiki/Temasek_Holdings

9] Dana Temasek Holdings 3 kali ganda lobih dari PNB. Tetapi Tamasek Holdings sikit pun tidak bercita-cita utk masuk berlumba membina bangunan tertinggi. Tamasek Holdings sedar bahawa mereka tidak boleh boros dan buek move sesuko hati krn mereka adalah kepunyaan negara Singapura. Kepunyaan rakyat Singapura.

10] Kojap. Adakah Singapura seluas negara India? Daerah Tampin kt N9 lagi luas dari Singapore bai. Penduduknya cuma 5 juta org je berbanding kita Malaysia yg seramai 28 juta org. Mcm mano negara kocik, penduduk sikit tetapi pelaburan rakyat dio lagi tinggi dari negara kita. Korang tak heran ko?

11] Den ulang balik.
Rakyat Malaysia 28 juta => Dana PNB = USD 45 billion
Rakyat Singpura 5 juta => Dana Temasek Holdings = USD 134 billion

12] Di kedudukan mcm tu, PNB masih ado hati mahu membazir RM 5 billion utk membina bangunan 100 tingkat. Pundek.

13] Tamasek Holding maintain untung dgn pelaburan cerdik diorg di seluruh dunio. Bab ni den respek dgn org Singapore. PNB? Pegi mampos la dgn diorg.

14] Naza Motors pun nak buek bangunan 100 tingkat gak. Tapi den tak heran sobab anak-anak Nasimuddin pakai duit arwah abah diorg. Bukan pakai duit rakyat. Tu pasal tak masuk dlm Bajet 2011. Dah duit arwah abah diorg, sukati diorg la nak buek apo pun.

15] Bilo Najib nak buek Bangunan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat sbg ganti bangunan 30 tingkat PNB di Jalan Tun Razak, Najib ‘terpaksa’ bentangkan dalam Bajet 2011 di dewan rakyat. Sobab PNB adalah kepunyaan kerajaan Malaysia..

16] Hutang negara dah lobih RM 362 billion. Link : http://www.malaysiakini.com/news/146366 Tapi Najib masih selamba teruskan projek bangunan PNB 100 tingkat. RM 5 billion tu sebenarnya duit sapo bai? Duit rakyat atau duit abah Najib?

17] Apo yg boleh den rumuskan, orang British dan orang Singapore lebih Islamik dalam bab pengurusan ekonomi mereka. Malaysia? Bukan setakat BODOH dalam ekonomi malah MEMBAZIR. Ingat, membazir adalah amalan SYAITAN. Tak pecayo? Cubo korang tanyo dalil pado Ulama' Mudo UMNO bai.
Lihat seterusnya..
Klik gambar utk baco artikel den :)
Oleh: Ali Abu

SEJARAH syarat wajb SPM..??

SEJARAH syarat wajb SPM..??kenapa tidak ditekankan tentang pendidikan Islam?? sedangkan keruntuhan atau gejala sosial berlaku kerana kerajaan tidak serius dalam memberi perhatian yang sebenarnya kepada pendidikan Islam, aku bukan kritik kerajaan, cuma bg pandangan,sepatutnya pendidikan Islam mesti dialukan/ diutamakan..agar pelajar sedar atau tahu tentang nilai-nilai atau syariat Islam melalui subjek pendidikan Islam agar tidak mengalakan pelajar melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam.

Ahad, 24 Oktober 2010

Panaaass…! Yb Rahman Palil Memang Ada Deal Beli Tanah Batu Feringgi Dari Sosilawati Harga RM29 Juta..?

 Semalam website Malaysiakini dan explode cerita panas, Yb UMNO Rahman Palil ade involve deal jual beli tanah kes pembunuhan kejam Sosilawati…..

Dalam artikel tu pun ade persoal apakah selama nie suspek kes Sosilawati memang selalu dapat POLITICAL PROTECTION sebab ade kawan orang macam Rahman Palil..? Jadi tu lah sebabnya banyak kes kes sebelum nie polis tak boleh buat ape ape kat suspek nie..?

Kalau ikut dari rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM], Rahman Palil adalah seorang director syarikat Ample Quality Sdn Bhd. Ample Quality nie directornya sorang lagi adalah suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati..!

Dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati, Ample Quality adalah pihak yang involve transaction jual beli tanah kat Batu Feringgi.. Bila deal nie dah jadi kalut, Sosilawati pulak dah tahu suspek dah tipu dia..., terjadilah heated argument sehinggalah keempat empatnya dibunuh, dibakar, abu mayat dibuang kat sungai….

Ada repot polis pada 21 Mei 2009, seorang namanya Ramanathan Nachiappan dah sign satu Sale & Purchase Agreement [S & P] dengan Palamalai & Nallaperumal untuk urusan jual beli 3 lot tanah kat Batu Feringgi Penang, nilainya RM30 juta…. Lepas tu Ramanathan nak buat caveat pada tanah tu tapi tak boleh sebab ade lawyer inform dia tanah yang sama dah ade satu lagi S & P.

Rupa rupanya S & P tu adalah antara Southern Symphony Sdn Bhd dengan Ample Quality Sdn Bhd. Southern Symphony nak jual tanah tu kepada Ample Quality dengan harga RM29 juta. Based on record, director Southern Symphony Sdn Bhd ialah Datuk Sosilwati…! Maknanya kalau ikut S & P tu Rahman Palil dah setuju nak beli tanah dari Sosilawati dengan harga RM29 juta.., WOW..!!! Banyaknya duit Yb UMNO nie…????

Tetapi semuanya jadi kalut bila Ramanathan buat repot kata ade penipuan, dia tak pernah lantik mana mana pihak sebagai wakil jualkan tanah kat Batu Feringgi, waktu yang sama Ramanathan pun tak kenal Southern Symphony, maknanya ade orang dah palsukan Power Of Attorney pihak Ramanathan…., mesti kerja suspek utama kes pembunuhan inilah…!

Boleh baca full report kat bawah nie;
Banting lawyers: Ex-S'gor exco linked to land deal?
The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil (right) was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

One Mohd Firdaus Palil is also cited as one of Ample Quality’s directors.

Sosilawati, 47, her driver, a bank executive and her personal lawyer were reported missing since Aug 30, after going to Banting for a land deal.

On Sept 13, Bukit Aman CID director Mohd Bakri Zinin confirmed that the four victims were beaten to death before their bodies were burnt and the ashes scattered into a river near Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Selangor.

Ample Quality, curiously enough, figured prominently in a case of alleged land fraud reported in May last year in Penang that also involved Sosilawati herself.

According to a police report lodged on May 21, 2009, one Ramanathan Nachiappan said he had entered into a sales and purchase (S&P) agreement with two others - Palamalai Chidambaram and Nallaperumal Chidambaram - involving three lots of land in Batu Feringghi, Penang, worth about RM30million.

Ramanathan also said in the report that he had lodged a caveat on the said properties.

Several days earlier, however, Ramanathan said he was informed by lawyers representing a KL-based company called Southern Symphony Sdn Bhd that the latter had already entered into an S&P agreement to sell the land in question to Ample Quality for RM29 million.

Sosilawati, according to other CCM documents, was then one of the directors of Southern Symphony, a RM2 set-up.

“I have verified with Palamalai Chidambaram and Nallaperumal Chidambaram and they have confirmed with me that they did not sell their shares in the above properties to Southern Symphony... nor do they know the legal firm... who acted for Southern Symphony to remove my caveat,” Ramanathan had said in the report.

‘Fraudalent representation’

“I believe that someone has fraudulently represented themselves as the registered owners’ power of attorneys to sell and to transfer the above properties without the knowledge and consent of their rightful registered owners,” Ramanathan added.

Abdul Rahman declined to confirm or deny the claims when contacted about the matter. Asked whether he was a director of Ample Quality, the ex-Selangor exco member said he has “nothing to do with it.”

He also did not budge when asked if the police had called him up for investigations.

"This is a police matter. Let them investigate. I have no comments,” he told Malaysiakini, before disconnecting the call.

In Parliament today, Home Minister Hishammuddin Hussein revealed that there had been a total of
six police reports lodged against the lawyers concerned before they were arrested as the prime suspects in the Banting murders.

One of the cases is undergoing trial, he told the Dewan Rakyat.

Of the six reports lodged between 2005 and 2010, five cases involved fraud and one involved a missing person
report.

Rabu, 20 Oktober 2010

Rosmah mansor dan Gambar2 festival pakaian islamic di Kuala Lumpur.

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mans0r

Khamis, 7 Oktober 2010

Harga rokok naik lg...harga judi dan arak bila lg...

 Harga rokok tiap2 tahun naik tapi harga judi dan arak tak naik2...sepatutnya kerajaan buat kempen tak nak judi dan arak....macam kempen tak nak rokok...sekarang ni pun ramai org melayu yg berjudi dan minum arak....lagi teruk kesan nya dr merokok...hisap rokok keluar asap,minum arak buat ubat,main judi duit lesap, klau dah terjebak bawaklah bertaubat.

Isnin, 4 Oktober 2010

Budaya Rasuah pejawat awam x akan terhapus selagi kerajaan x mengenakan tindakan tegas..

Jabatan Imigresen minta SPRM letak pegawai di ‘kawasan panas’
PUTRAJAYA: Dalam usaha membanteras gejala rasuah di semua pintu masuk sempadan negara, Jabatan Imigresen akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan pegawainya sebagai pengintip di ‘kawasan panas’ yang dikenal pasti.
Selain di Pulau Ketam dan Port Dickson, Jabatan Imigresen juga mahu anggota SPRM ditempatkan di pintu sempadan di Kukup, Stulang Laut, Batu Pahat, Pasir Gudang di Johor; Padang Besar, Perlis; Rantau Panjang, Kelantan dan BukitKayu Hitam,Kedah.                                                   Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata siasatan awal mendapati gejala rasuah banyak berlaku di lokasi yang mengendalikan urusan keluar dan masuk melalui laut, kebanyakannya dari dan ke Indonesia di kawasan tengah dan selatan Semenanjung.
Bagaimanapun, katanya, pintu sempadan darat seperti Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang, yang bersempadan dengan Thailand akan tetap dipantau.

“Saya akan berbincang dengan SPRM segera untuk menempatkan anggota suruhanjaya itu di lokasi berkenaan, terutama yang dikategorikan sebagai ‘panas’.

“Langkah itu juga bertujuan memberi ingatan kepada semua kakitangan imigresen agar tidak terbabit dengan rasuah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan lokasi panas berkenaan.
Abdul Rahman juga menegaskan operasi tangkapan pegawainya oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah di Jeti Pulau Ketam, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan, sejak minggu lalu adalah permulaan kepada pemantauan dan gerakan lebih ketat di semua pintu masuk sempadan negara.

Semalam, Berita Harian melaporkan tujuh kakitangan imigresen ditahan SPRM setakat ini, termasuk dua pegawainya di Jeti Port Dickson, Rabu lalu, ketika melakukan transaksi wang tunai RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang tanpa izin. Lima lagi ditahan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.

Abdul Rahman juga mengingatkan pegawai kanan imigresen di negeri dan penyelia pusat pemeriksaan di pintu masuk sempadan supaya sentiasa memantau anak buah mereka.

“Mereka perlu bertanggungjawab dan peka jika ada anak buah yang hidup mewah di luar kemampuan dan disyaki terbabit dengan rasuah.

“Misalnya, mereka boleh melihat daripada penampilan, cara hidup dan kereta yang dipakai anggota. Jika mereka menggunakan kereta mewah berbanding dengan pendapatan sebenar mereka, mungkin ada sesuatu yang berlaku,” katanya.

Abdul Rahman berkata, selain bekerjasama dengan SPRM, pihaknya juga akan meningkatkan program pendidikan kakitangannya terutama mereka yang kurang lima tahun berkhidmat dan yang lima tahun lagi untuk bersara.

“Ujian pertama terhadap tawaran rasuah adalah lima tahun pertama bekerja, manakala mereka yang lima tahun lagi mahu bersara pula terdorong kepada rasa mahu mengumpul harta sebelum pencen.

“Kedua-dua kumpulan inilah akan menjadi fokus program pendidikan kita,” katanya mengesahkan empat daripada lima pegawai yang ditahan di Pulau Ketam berkhidmat dengan Jabatan Imigresen kurang dua tahun, manakala seorang kakitangan yang ditangkap di Port Dickson berusia dalam lingkungan 50-an.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman juga mengesahkan sudah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menukar seorang pengarah Jabatan Imigresen negeri