Isnin, 10 Disember 2012

Eksklusif! Jawapan Tengku Mahkota Johor Tentang Dakwaan Neo Satria WWW1 kemalangan


http://blog-hangit.blogspot.com, 30 Jul 2012


Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.

Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :


Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja.

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 17)

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 17)


Mamat cipet


Sejak artkel (Part 16) bertarikh 10-4-2012 sehinggalah hari ini 4-5-2012 lebih kurang 24 hari saya belum terima sebarang perkhabaran langsung samada melalui talian atau sms maupun email daripada mamat cipet Kamal Hisham ini.

Bro Kamal, kalau lu takut sekalipun, tak bolehke hantar wakil jumpa aku? Kesemua nombor talian aku ko adakan?

Aku rasa ko ni patut kena humban dalam kandang buaya yang maha halia lah.

Ada sorang budak dalam Team aku ada sound tepek. Dia ni teringin sangat nak jumpa dan sound direct kat ko nanti.

Lebih kurang macam ni ayat yang dia sound aku.

"Semua orang yang abang tolong ada budi bahasa dan tau kenang budi, mamat cipet ni jer macam syial. Memang patutpun kerabat tu buat dia macam tu. Masa susah tau pun cari jalan merayu minta tolong, bila keadaan dah lega sikit terus buat tak tau, syial punya manusia"

Bro, daripada lu perabiskan duit bayar hotel/makanminum dan lain-lain kat luar negara entah mana-mana, lebih baiklah lu balik Malaysia dan hadapi kebenaran kalau lu merasakan diri tak bersalah. Ramai akan bantu lu nanti. Orang bersalah jer yang menyembunyikan diri.

Lu ingat kat Malaysia ni, senang-senang jer orang nak bunuh orang! Barking dog never bites!

video

Takder seorang peguam dalam dunia ini buat muka sedih dalam video minta simpati orang ramai. Lawyer tersohor konon...Ko ni lawyer atau 'lau-yar'. Baru kena gertak sikit dah lari tak cukup tanah. Podah!

Nak tengok gak reaksi mamat cipet sehari dua ni...

Pendedahan APCO Worldwide oleh Tan Sri Musa Hassan

 

Pendedahan APCO Worldwide oleh Tan Sri Musa Hassan

 

 

 

 

 

 

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia. Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.


“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel. ~kd