Rabu, 21 Mac 2012

Menjelang PRU13-wajib baca Hutang negara berada pada tahap kritikal atau membimbangkan

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.

Lidah rasmi umno akbar Utusan malaysia-Apa yg Rakyat harus faham dan Tahu

Ambil iktibar saman Guan Eng terhadap Utusan

PULAU PINANG 15 Dis: Media arus perdana disaran mengambil iktibar kemenangan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia, kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam satu kenyataan.

Ini kerana katanya, antara keputusan penting dalam kes itu ialah Utusan jelas melanggar etika kewartawanan dalam laporannya.

“Kami kesal dan kecewa melihat media massa arus perdana yang dikuasai sekutu Umno sering diperalat untuk memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

“Kami berharap Utusan dan media arus perdana lain mengambil iktibar daripada keputusan Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan bertanggungjawab penting kepada sistem demokratik di Malaysia,”
kenyataan itu dipetik.

Keputusan itu juga katanya, membuktikan Pakatan Rakyat, Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang tidak rasis dan jauh sekali anti Melayu sebagai mana didakwa akhbar Umno itu.

“Hakim juga memutuskan Utusan Malaysia mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan memfitnahkan mereka secara tidak adil,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Disember lalu mendapati akhbar milik Umno itu bersalah kerana memfitnah Guan Eng berhubung berita bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ dan diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Utusan diarah membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Sementara itu, Guan Eng berkata, beliau akan mendermakan RM200,000 itu kepada badan-badan amal.

Mahkamah Tinggi Buktikan Kerajaan Pulau Pinang Adil Kepada Semua Kaum


SHAH ALAM, 15 DIS : Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas menunjukkan bahawa dasar kerajaan negeri itu bertujuan membela semua rakyatnya sebaik mungkin tanpa mengira kaum atau agama.


Di dalam kenyataan bersama, Exco-exco Kerajaan Pulau Pinang berkata penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa Guan Eng dan pentadbirannya bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti dakwaan palsu Utusan Malaysia yang berniat jahat.


"Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia," menurut kenyataan itu.


Semalam, Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Setiausaha Agung DAP itu di dalam artikel yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.


Utusan Malaysia diperintahkan membayar Lim pampasan berjumlah RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.


Artikel tersebut menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis' dan ‘anti-Melayu' berdasaran ucapan ‘A People's Goverment for the Real Malaysians' semasa Konvensyen Pakatan Rakyat sehari sebelum itu.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk G V Varughese di dalam penghakimannya menggariskan tujuh perenggan daripada artikel itu yang dikatakan telah memfitnah Lim.


Kenyataan itu juga menyatakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan Hakim dalam perkara ini sekaligus membuktikan ketujuh-tujuh dakwaan Utusan Malaysia sebelum ini adalah fitnah belaka.


"Penghakiman semalam menyaksikan kesemua dakwaan itu sebagai 'half-truths' atau 'kenyataan separuh benar' itu sebenarnya "tidak benar sama sekali", dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.


"Hakim juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan 'selective vendetta' atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil,"jelas kenyataan itu.


Sebelum ini, akhbar kawalan Umno itu menyenaraikan tujuh dakwaan salah laku pentadbiran Guan Eng terhadap rakyatnya.


Berikut adalah dakwaan-dakwaan yang disenaraikan oleh Utusan Malaysia:


* Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;
* Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);
* Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;
* Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
* Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
* Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan
* Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala.



"Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia," tambah kenyataan itu. -TVSNEWS

Apa yg Rakyat harus Faham dan Tahu

NAJIB Membawa Malaysia Ke Arah Kehancuran


Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.
Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.
Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.
Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.
'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers
Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian
Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.
Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.
Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.
Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.
Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.
Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.
Rekod buruk Najib
Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.
Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.
Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.
Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor
Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.
Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.
Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nya dan kerap kali tersilap.
Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan
Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia
Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.
Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.
Rasuah dan perkauman makin buruk
Ikrar Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.
Dibawah pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.
Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.
Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?
Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?
Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.
Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.
UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.
Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna”crushed bocies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.
Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.
Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO?

Ahad, 11 Mac 2012

Imam baling selipar dihukum penjara setahun-Mahkamah malaysia(jangan hina mahkamah hina islam takpa,rompak songlap duit rakyat juta2 pun kena hukum setahun )

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

NONEHakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.

NONESeorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.

NONEHoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.

Demo himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu bantah tanah adat diceroboh

Beberapa kumpulan NGO termasuk mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan menyertai himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu, pagi ini, bagi mempertahankan tanah adat daripada terus dicerobohi dan pelbagai masalah lain di negeri itu.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum mereka berarak ke Wisma Innoprise - yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Peserta yang berhimpun sejak jam 7 pagi, mula bergerak ke bangunan itu - yang terletak kira-kira 200 meter dari padang berkenaan - kira-kira jam 9 pagi bagi menyampaikan memorandum menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya.

Bagaimanapun Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan, sebaliknya mereka hanya dibenar berkumpul di sebatang pokok di hadapan bangunan itu.

"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja.

"Wakilnya datang ke pokok berkenaan... Jadi kita buat keputusan kita batal serah memorandum. Kita akan tentukan tarikh untuk buat perhimpunan lebih besar," kata Mohd Firdaus ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Kumpulan itu mendakwa perhimpunan berkenaan terpaksa diadakan kerana isu tanah adat Sabah kini dalam keadaan kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Sebelum ini, setiausaha TABAH Lahirul Latigu dilaporkan berkata,  isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi sebanyak 977 kes.

Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi pula membidas Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez kerana mendakwa tiada lagi Tanah Hak Adat Negeri (NCR) di Sabah selepas 1930.

Beliau  juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah pula dilapor mempersoalkan mengapa kes masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, selain Hamzah, turut hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Razman Zakaria dan pengerusi TABAH Hishamuddin Sulaiman.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut dihalang masuk ke Sabah malam tadi, dan diarahkan meninggalkan negeri itu serta merta.

Mohd Firdaus berkata peserta membawa beberapa kain rentang antaranya tertulis "Jangan musnahkan periuk nasi kami, Jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri" dan "Inikah konsep 1Malaysia, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

Perhimpunan itu berakhir kira-kira 10.30 pagi, kata Mohd Firdaus yang juga pegawai media Dewan Pemuda PAS Sabah.

Sementara itu, seorang wakil mahasiswa yang enggan namanya disebut memberitahu Malaysiakini, beliau mengetuai kira-kira 100 mahasiswa hadir dalam himpunan tersebut bagi menyokong perjuangan TABAH.  

Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting

Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 happy"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Mempunyai kaitan
“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

altantuya razak baginda crime scene 180707 media“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."
Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa  Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

“Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan tkesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

altantuya trial 160707 azilah“Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga  menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.
Pengawal Perdana Menteri
Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge mohd zakiDalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".
Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan ‘kambing hitam’ apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata ‘kamu tuding barangan tersebut.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacket“Saya kata ‘Apa ni, Tuan’. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata ‘kamu tunjuklah sahaja Sirul’. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.
Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

altantuya razak baginda crime scene 180707 police“Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai ‘kambing hitam’ yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat merea yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.

altantuya and son 050309Menurut Hakim Mohd Zaki, pada akhir kes pembelaan dan setelah menilai keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati keterangan pembelaan merupakan penafian (denial), menyalahkan satu sama lain, tak terdamaikan (irreconcilable) dan rasa berbelah terhadap sesuatu (ambivalent).

“Oleh itu mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membukitikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah."

Maka, hakim itu memutuskan bahawa kedua-dua anggota polis itu bersalah dan mengarahkan mereka menjalani hukuman mati.

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap(sengkonkol dgn kongsi gelap) Patutlah Pelacuran,judi,dadah,gangster menjadi2 di malaysia..

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.