Isnin, 28 Mac 2011

Akta baru diguna untuk lindungi Datuk T

Akta baru diguna untuk lindungi Datuk T

Posted by admin on March 28th, 2011
Trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin dari parti pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan. 
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Nazri berkata, perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Jakarta Post: Politik Malaysia kotor

Posted by admin on March 28th, 2011
The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan. Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.
“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.
“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata  editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.
“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.
“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.
Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.
“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.
“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satu bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.
Artikel di dalam Bahasa Inggeris itu boleh dibaca di sini, A New Low for Malaysian Politics

Ahad, 27 Mac 2011

DSAI-Dato sri Anuar ibrahim dan kisah sex nya.....




SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata. Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.
Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu. Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.
Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN. Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.
Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun? Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar? Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.
Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau? Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t? Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun. Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?
Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat. Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat). Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor. Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut. Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.
Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude. Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan? Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut. Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan. Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.
Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan. Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad. Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.
Dan kini Video salahlaku seks yang diterbitkan oleh 3 stooges yang mulanya dikenali sebagai Dato' T. Semua tertanya tanya siapa Dato' T hinggalah mucul 3 stooges ini di media. Sehari sebelum tu 'Dato T' ini mengatakan dia diarahkan oleh 'Anwar Ibrahim' untuk mengambil jam tangan yang tertinggal lepas buat 'projek' ngan wanita cina. Selepas diketahui identiti 'Dato T' ini, satu soalan yg budak tadika pun boleh terfikir nak soal pun terbit dari minda. "Bila masa 3 stooges ni bekerja dengan Anwar Ibrahim?"
Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

Ahad, 20 Mac 2011

EKSKLUSIF PILIHANRAYA NEGERI SERAWAK!! TAIB MAHMUD ROMPAK TANAH 20 KALI GANDA KELUASAN SINGAPURA!



EKSKLUSIF!!

Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak.

Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud.

Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya.

Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa.

Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!

Peta Tanah yang berinteraktif (Sila Klik Pautan Di Sebelah Kiri Untuk Menambah Data Anda)



Panduan: Titik yang berwarna MERAH ialah TANAH YANG DIRAMPAS OLEH TAIB MAHMUD
manakala titik berwarna BIRU adalah PROJEK EMPANGAN YANG SEDANG DIBINA OLEH
TAIB MAHMUD, DAN DENGAN ALASAN ITU, TANAH DI SEKELILINGNYA JUGA
TURUT DIRAMPAS SAMA!!

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek pemetaan berinteraktif ini, dan di samping itu anda boleh mengenalpasti sendiri rampasan-rampasan yang relevan bagi anda atau yang anda kenali dan meletakkannya pada peta Sarawak yang beranotasi secara online kami.

Anda tidak perlu risau!

Kami telah mempermudahkannya untuk anda dengan menandakan beberapa kawasan rampasan tanah yang telah kami siarkan dalam laporan-laporan kami terdahulu.

Anda hanya perlu plotkan titik merah dan tambahkan maklumatnya.

Setelah itu sumbangan anda akan ditambahkan ke dalam pangkalan maklumat on-line untuk kemudahan pembaca-pembaca lain.

Kami telah membuat keputusan untuk memulakan projek ini, kerana maklumat yang dipersembahkan di sini harus bersifat terbuka di mana-mana negeri berdemokrasi.

Sebaliknya, selama 30 tahun Taib Mahmud telah memimpin sambil menyalahgunakan kepercayaan rakyatnya, dengan secara diam-diam mencuri tanah-tanah mereka untuk dirinya!

Jangan sekadar mengatakan tuduhan-tuduhan kami ini tiada bukti, lihatlah sendiri syarikat-syarikat yang terdapat dalam pangkalan data dan lihatlah sendiri siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu semasa plot-plot itu diberikan geran.

Selalunya syarikat-syarikat itu dijualkan dengan segera oleh rakan-rakan dan saudara-mara setelah menerima geran ke atas tanah-tanah itu dari Taib dengan harga berjuta-juta ringgit lebih dari nilai ‘premium’ yang beliau telah rundingkan dengan mereka bagi pihak Negeri di mana beliau telah dipilih untuk mewakilinya.

Ini bermakna, hasil jualan atau serahan tanah-tanah bergeran itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan untuk rakyat Sarawak, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Taib sendiri dan kroni-kroninya.

Masa untuk ketelusan



Lihat data dari Jabatan Tanah Dan Kajian yang menunjukkan: 1) 1094 - Jumlah permohonan
untuk urusan jual beli tanah, 2) 1,502,724,1974 - Jumlah hektar tanah yang terbabit manakala
3) 738,110,520.10 - Nilai premium tanah (dalam RM) yang dibayar kepada kerajaan negeri.
Persoalannya, kenapa nilai premium yang dikutip terlalu rendah sedangkan keluasan
tanah menyamai 20 KALI GANDA keluasan Singapura???

Mana-mana prosedur yang melibatkan pembahagian dan pengambilan tanah-tanah Negeri atau tanah-tanah NCR yang seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak lain, yang telah dilakukan secara bersekala besar di bawah pentadbiran Taib Mahmud, seharusnya merupakan proses yang terbuka, supaya semua orang dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada rasuah berlaku dan mengetahui bahawa harga yang paling baik telah berjaya diperolehi untuk rakyat Sarawak.

Tetapi, Taib tidak melakukan itu.

Sebaik sahaja beliau dipilih dan mengangkat sumpah mentaati perlembagaan negerinya dan menjawat jawatan Ketua Menteri pada tahun 1981 beliau telah bergerak dengan pantas untuk menubuhkan suatu lembaga yang beliau namakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (atau disingkatkannya, Pelita) dan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi, dan juga sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber.

Inilah yang memberinya kuasa dan kawalan penuh ke atas tanah di Sarawak.



Elia Khadijah Abas Geneid, anak saudara
Taib Mahmud! Perhatikan gambarnya yang sangat
"sopan" sebagai seorang yang kunun mengaku
Muslim!! Dengan bertindak dari dalam jabatan inilah beliau telah secara senyap-senyap merampas tanah-tanah orang asal dan kemudiannya secara diam-diam menyerahkan tanah-tanah rampasan itu kepada siapa sahaja yang disukainya – dia sendiri, proksi-proksinya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, rakan-rakan politiknya dan kroni-kroni perniagaannya untuk menjadikan mereka tunduk dan akur pada segala kehendaknya.

Jika transaksi-transaksi itu telah dilaksanakan dengan penuh ketelusan maka rundingan-rundingan urusniaga itu tidak mungkin berlaku. Tetapi, Taib telah melaksanakannya secara tertutup!

Istilah ‘Sulit’ (‘Confidential/CONF’) dapat kita lihat pada kesemua dokumen-dokumen dalam Daftar Tanah, kerana Taib ingin mengelakkan urusan penjualan tanah-tanah dengan harga yang murah dari diketahui umum.

Data-data yang kami dedahkan di sini memperincikan butir-butir tanah-tanah yang telah diambil; syarikat-syarikat yang telah mengambilnya dan harga yang telah mereka jelaskan, termasuk tarikh-tarikh pada geran-geran 60 tahun itu.

Maklumat ini dapat dipadankan dan dibandingkan dengan pasaran saham dan maklumat jualan yang mudah diperolehi menerusi kemudahan internet kini. Dengan cara ini komuniti-komuniiti asli akan dapat memperolehi perincian maklumat ke atas apa yang telah berlaku pada tanah-tanah tradisi mereka.

Sehingga kini orang-orang tempatan tidak menyedari bahawa Taib telah menyukat, mengasingkan atau membahagi tanah mereka sehinggalah kawasan mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perlandangan, biasanya beberapa tahun kemudian.

Pecahan-pecahan kecurian bertaraf dunia

Dari kalangan beberapa ratus buah syarikat yang telah berjaya memperolehi hasil rampasan tanah-tanah di Sarawak, pihak kami mendapati berpuluh-puluh buah yang sedang dimiliki atau pada mulanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib, sebelum ianya dijualkan semula kepada pihak lain secara senyap-senyap kepada pihak ketiga sebagai langkah menyembunyikan bahawa mereka sekeluarga masih berkepentingan – terutamanya kepada kroni Taib sendiri.



Satu contoh terbaik!! Elia Khadijah Abas (anak Raziah Mahmud), iaitu anak saudara Taib Mahmud
"DIKURNIAKAN" tanah seluas 100,000 HEKTAR kepadanya SEORANG SAHAJA!!

Berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib seperti yang terdapat di dalam Daftar Tanah.

Tetapi, dengan bantuan anda, kami berharap akan dapat mengenalpasti plot-plot tanah rampasan yang lainnya sempena pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini:

Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic[ABU BEKIR TAIB – ANAK LELAKI TAIB]

Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SAUDARA PEREMPUAN TAIB]

Ikrar Bumi [ELIA ABAS/GENEID – ANAK SAUDARA TAIB]

Achi Jaya Plantations[ONN MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace - [ARIP MAHMUD – TAIB SENDIRI DAN SAUDARANYA!]

Delta Padi[TAIB SENDIRI]

Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm[HAMID SEPAWI – SEPUPU/PROKSI TAIB]

Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Poliga Sdn Bhd - [AHMAD BIN SU'UT – BOMOH KEPADA TAIB]

Utahol, Herba Aromatics Sdn Bhd, Durafarm Sdn Bhd[ALFRED JABU NUMPANG – TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK]

Dicatat Oleh Jalan Pulang


Taib Mahmud!! Battle of Borneo begins!!
Panduan: Titik yang berwarna MERAH ialah TANAH YANG DIRAMPAS OLEH TAIB MAHMUD
manakala titik berwarna BIRU adalah PROJEK EMPANGAN YANG SEDANG DIBINA OLEH
TAIB MAHMUD, DAN DENGAN ALASAN ITU, TANAH DI SEKELILINGNYA JUGA
TURUT DIRAMPAS SAMA!!

Satu contoh terbaik!! Elia Khadijah Abas (anak Raziah Mahmud), iaitu anak saudara Taib Mahmud
"DIKURNIAKAN" tanah seluas 100,000 HEKTAR kepadanya SEORANG SAHAJA!!
Lihat data dari Jabatan Tanah Dan Kajian yang menunjukkan: 1) 1094 - Jumlah permohonan
untuk urusan jual beli tanah, 2) 1,502,724,1974 - Jumlah hektar tanah yang terbabit manakala
3) 738,110,520.10 - Nilai premium tanah (dalam RM) yang dibayar kepada kerajaan negeri.
Persoalannya, kenapa nilai premium yang dikutip terlalu rendah sedangkan keluasan
tanah menyamai 20 KALI GANDA keluasan Singapura???
Elia Khadijah Abas Geneid, anak saudara
Taib Mahmud! Perhatikan gambarnya yang sangat
"sopan" sebagai seorang yang kunun mengaku
Muslim!!

Sabtu, 19 Mac 2011

mangsa kebakaran diserawak di bantu kerajaan PR selangor..

Saratok, Sarawak, 15 Mac, 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Unding, Sungai Jerak, Ulu Krian dekat sini. 

Kebakaran tersebut berlaku pada 14 Mac, 2011 yang memusnahkan keseluruhan 20 pintu rumah dengan isi rumah seramai 150 orang. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dikejarkan ke Hospital Saratok akibat melecur seluruh badan tetapi malangnya meninggal dunia 2 hari kemudiannya.

Beliau yang ditemani oleh bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju dan beberapa orang jawatankuasa Dun Krian telah meninjau tapak kebakaran tersebut dan kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.


Mangsa-mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan kepimpinan Keadilan terhadap kepayahan yang mereka hadapi.

YB Dr. Xavier berkata bahawa beliau akan berusaha mendapatkan sumbangan dana kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mereka membina semula rumah panjang yang baru tidak jauh dari di tapak kebakaran.

** Nota : Bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju berdiri sebelah YB Dr. Xavier (memakai baju kotak-kotak berwarna merah)






Khamis, 17 Mac 2011

Kesan Nuklear kepada alam sekitar dan manusia: Tragedi Chernobyl Dalam Kenangan

Selasa, 15 Mac 2011

Siapa janda dan bini no 2 DS Najib Tun Razak sebenarnya?

Semua orang tahu Datin Rosmah ialah isteri kedua DS Najib. Janda PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah
Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.


perkahwinan fazley

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai Mati

Tun Najib,Baginda Razak & Altantuya Shaariibuu

Rosmah Perempuan Puaka! (Part 5/5) [MUST SEE!] [BEFORE...] - Malaysia News

Rosmah Perempuan Puaka! Part 2

Ummi Hafilda Ali kene bogel dengan baginda...

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.



Baginda bersama rakan kongsinya Ummi Hafilda.


Jutawan Daim Zainuddin - Bekas Bendahari UMNO

Ahad, 13 Mac 2011

1Malaysia:semakin kabur... Tulus atau telus?

Pendedahan bahawa 35 ribu naskhah terjemahan alkitab Injil dalam bahasa Melayu ditahan di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuching menjadi ujian terbaru kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya untuk mengotakan gagasan 1Malaysia.

NONEJelas, penahanan kitab suci Krisitian itu tidak diambil kira dalam skrip yang digubal oleh syarikat- yarikat perunding seperti Apco dan Mckinsey untuk “menjual” Najib sebagai berjiwa Malaysia dan pelindung hak penganut semua agama.

Jika skrip itu, yang disusun teliti dengan upah yang lumayan, dituruti tanpa rintangan, maka Najib dan BN sudah lama mencapai matlamat menjadikan konsep 1Malaysia senjata politik paling berkesan untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

NONEIni kerana semua lapisan masyarakat, Melayu dan bukan Melayu, menerima kesan buruk sekian lama daripada dasar- dasar Umno-BN yang akhirnya hanya memperkayakan ahli kerabat pemimpin dan sahabat handai mereka.

Manusia merancang namun Tuhan menentukan...setiap kali Najib dilihat maju satu, dua langkah ke depan dalam perang untuk menawan hati rakyat, timbul pendedahan yang membongkar tembelang kepimpinan sebenar beliau.

Penahanan 30,000 naskhah alkitab Injil di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini dan 5,000 lagi di Pelabuhan Kelang sejak 2009 semata- mata kerana ia berbahasa Melayu menempelak gagasan 1Malaysia dan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri membisu seribu satu bahasa. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Turut bungkam adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk membidas Pakatan Rakyat walaupun berada di luar negara.

Terus bungkam

Namun, seperti Najib dan Hishamuddin, beliau juga membisu seribu bahasa atas isu yang melibatkan kepentingan awam, khususnya masyarakat Kristian.

NONEMungkinkah sikap bungkam “pejuang-pejuang' ini kerana masih “mencongak” kelebihan atau dividen politik yang bakal diperolehi sekiranya sesuatu keputusan diambil?

Dalam maksud lain, nampaknya pendekatan yang diguna-pakai Najib serta Umno-BN pimpinannya, yang menjadi paksi kepada keputusan adalah bukan apa yang wajar tetapi apa yang boleh mendatangkan kelebihan dari sudut kertas undi.

Sekian lama, kerajaan Umno-BN menjadikan aspek ini asas dalam segala pertimbangannya. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang.

Oleh kerana bimbang sokongan akan merudum, sama ada dari orang Melayu mahupun bukan Melayu, maka Umno-BN mencari pelbagai helah untuk menunda merungkai isu- isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

NONEAkibat terjebak dalam politik perkauman, Umno-BN memastikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian terus dibelit birokrasi mahkamah walaupun sudah lama berlarutan.

Media arus perdana pula diperalatkan untuk menutup arahan pegawai khas perdana menteri supaya tidak ada nyanyian lagu suci atau simbol nabi Isa ketika perdana menteri menghadiri majlis rumah terbuka Hari Natal tahun lalu.
Lesen judi

Lesen perjudian baru dikatakan dikeluarkan kepada syarikat milik seorang jutawan Cina tetapi kemudian ditarik balik selepas rakyat beragama Islam dan bukan Islam sama-sama membantah tindakan itu.
azlanSekali lagi soal sokongan politik menjadi asas pertimbangan proses membuat keputusan, bukannya halal haram judi atau pun kesan amalan itu ke atas masyarakat.

Pada masa sama, untuk mengimbangi pemberian ratusan ribu sijil kewarganegaraan kepada penduduk Cina dan India, perdana menteri memupuk hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan Melayu tegar seperti PERKASA.

Politik perkauman sempit dimainkan menerusi PERKASA dan Datuk Ibrahim Ali serta satu lagi senjata yang masih bisa iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

perkasa first agm 270310 kerisSemuanya untuk memastikan Umno terus didukong sebagai pelindung agama Islam, institusi Raja dan pejuang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Strategi ini dilaksanakan secara licik – ibarat lontar batu, sembunyi tangan.

Masyarakat umum yang bergantung kepada media arus perdana semata- mata pula ibarat tangan kanan yang tidak tahu perlakuan tangan kiri iaitu Umno-BN.

Strategi ini amat berbahaya dan tidak menghairankan, ketegangan kaum semakin dirasai. Kecurigaan dan prasangka antara kaum ini adalah terjemahan program- program tajaan Najib yang berselindung di sebalik topeng 1Malaysia.

gaps protest at pkr hq 130311 walkApabila berita penahanan alkitab Injil, arahan-arahan pegawai perdana menteri kepada gereja, kenyataan rasis Menteri Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (hanya beberapa contoh) dilaporkan menerusi portal- portal berita di Internet, skrip yang digubal begitu teliti oleh Apco dan Mckinsey mula kelihatan rapuh dan tidak lebih daripada gimik politik.

Politik perkauman yang mewarnai pemerintahan Umno-BN masih dan amat menebal sekali di jiwa Perdana Menteri Najib Razak dan menteri- menteri Umno

A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad” lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain?
Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi perdana menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “A doctor in the house: The memoirs on Tun Dr Mahathir Mohamad”.
mahathir book launch memoirs 080311Atau, adakah Dr Mahathir berbuat demikian untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Dr Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu rakyat percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih 100 aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

salleh abbas and bar council and judiciaryDalam buku nukilannya, Dr Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada Almarhum Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.
Gadaikan negara

Selain itu Dr Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Dr Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

ops lalang 261005 star front pageDr Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Dr Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau tidak sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyak untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Semua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Dr Mahathir.
Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Dr Mahathir adalah seorang perdana menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.
Seorang pengecut

Selasa lalu, ketika melancarkan buku itu, Dr Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

NONEAmat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Dr Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Dr Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di mahkamah, tetapi beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

sultan of johor and the causeway bridge 180609Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Dr Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Dr Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu.

NONEDalam kenyataannya, Baru menganggap tindakan itu sebagai pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1963 yang membolehkan Sabah dan Sarawak menganggotai Malaysia.

"Ia bukan sahaja pencabulan terbuka terhadap hak orang Kristian yang termaktub dalam pelembagaan tetapi bertentangan dengan provisi dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Sebagai rakyat beragama Kristian di Sarawak, kita diberi jaminan bahawa hak kebebasan agama sebelum Sarawak menyertai Malaysia" kata Baru.

Menurut beliau yang juga seorang peguam, sepucuk surat bertarikh 12 Januari 2lalu mengenai penahanan itu oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran negeri Sarawak menyatakan rampasan itu dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Tindakan selanjutnya menanti keputusan Menteri Dalam Negeri.

Sebelum ini KDN turut merampas 5,000 kitab Injil Bahasa Melayu di Pelabuhan Klang dan telah menahannya sejak tahun lalu.

Menurut Baru, hal ini tidak dapat diterima masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak dan mahu Najib bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan persekutuan.

"Beliau (Najib) tidak boleh memberi sebarang alasan bahawa 'Napoleon Kecil' yang menyebabkan masalah ini," katanya.

Menurut Baru masyarakat Kristian di negara ini, terutamanya di Sarawak harus menghantar mesej tegas dengan mengubah kerajaan pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang.

'Ukur kejayaan P Pinang melalui reaksi rakyat'

DAP menyangkal kritikan BN bahawa prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang adalah mengecewakan sepanjang tiga tahun memerintah negeri tersebut.
NONEADUN Komtar, Ng Wei Aik berkata, prestasi Pulau Pinang sepatutnya dinilai dengan mengukur sambutan rakyat, bukannya berdasarkan kepuasan BN.

Ng (kanan) berkata pentadbiran yang diketuai Ketua Menteri Lim
Guan Eng mempunyai ruang untuk diperbaiki, tetapi maklum balas itu dari rakyat adalah “agak positif dan memberangsangkan”.

Beliau menegaskan banyak perubahan yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri pada pada 2008.

Contohnya, terdapat peningkatan dalam bendang pengurusan kewangan, ketelusan dan pelaburan.

Sehubungan itu, NG menggesa para pengkritik supaya menilai keadaan ekonomi dengan melihat angka pelaburan yang dibawa masuk ke negeri itu - yang tertinggi di negara ini, bagi tahun lalu.

“Anda boleh menilai kedudukan ekonomi kita dengan melihat pada angka pelaburan. Jika mereka tidak yakin dengan negeri ini, masakan mereka datang melabur di sini, dan mengatasi (jumlah pelaburan di) Selangor pada tahun lalu?" soalnya.

Ng menjawab dakwaan BN bahawa Pakatan tidak mengotai janjinya untuk memaju dan membangunkan negeri itu

zainal abidin osmanKetua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (kiri) berkata pemerintah tiga tahun Pakatan di negeri itu, adalah
"mengecewakan".'

Manakala pengerusi Gerakan negeri itu, Datuk Dr Teng Hock Nan pula mengkritik gabungan itu kerana didakwa tidak menyelesaikan banyak
masalah yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah menarik jumlah pelaburan asing yang tertinggi di negara ini pada tahun lalu, dengan mencatatkan sejumlah RM12.238 bilion - melonjak 465 peratus berbanding tahun 2009.

'Kami perlukan masa'

Mengenai masalah seperti kesesakan lalulintas dan keadaan hidup, Ng berkata, isu-isu tersebut memerlukan masa untuk ditangani.

“Kami telah mendesak wakil rakyat kami supaya menjaga kawasan masing-masing, dan kami telah menyediakan mereka dengan sumber-sumber untuk berbuat demikian,” katanya.

“Masalah ini wujud di mana-mana, tetapi mungkin BN sangat naif dengan memikirkan bahawa ia boleh dihapuskan sepenuhnya."

Mengenai kenaikan harga hartanah, Ng berkata, adalah sukar untuk mengawal pengaruh pasaran, sambil menegaskan bahawa perumahan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat melalui Akta Pembangunan Perumahan.

Sehubungan itu, kata Ng, kerajaan negeri telah merancang untuk melulus rang undang-undang bagi membolehkan sebuah lembaga perumahan ditubuhkan.

“Walaupun kita tidak boleh menyelesaikan dengan segera semua aduan-aduan mengenai perumahan, tetapi sekurang-kurangnya kami telah cuba untuk (mengambil) beberapa kuasa daripada kerajaan pusat itu,” tegasnya lagi.

“Bila merangka rang undang-undang itu, kami terpaksa mengguna undang-undang negeri yang lain sebagai rujukan untuk meyakinkan penasihat undang-undang kerajaan negeri (supaya meluluskan dokumen tersebut).”

Menurutnya Ng lagi, kerajaan negeri telah mencuba untuk meningkatkankankebersihan di Pulau Pinang. Bagaimanapun, kerajaan pusat mahu mengambil alih pengurusan sisa, dan ini telah menjejaskan usaha Pakatan bagi membawa pembaharuan dalam majlis-majlis bandaran.

taxi public transport malaysia 180908 04“Kami turut mencadangkan untuk menyesuaikan tarif teksi untuk meyakinkan para pemandu supaya menggunakan sistem meter, tetapi ini tidak diluluskan oleh kerajaan pusat yang bertanggungjawab terhadap pelesenannya,” katanya.

“Mengenai pilihan raya kerajaan tempatan, kami benar-benar mahu melaksanakannya tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian, walaupun mereka (BN) boleh menang beberapa kerusi.”

Ng mempersalahkan pemusatan kuasa dalam kerajaan pusat sebagai punca semua masalah yang melanda Pulau Pinang.

“Lim sangat sibuk, adalah mustahil untuk beliau masuk campur dalam semua aspek,” kata Ng, yang juga setiausaha politik Lim.

“Jangan ikat tangan dan kaki kami dankemudiannya mencabar kami untuk berlawan dalam gelanggang."

Bila mamak lebih melayu dr org melayu ne lah jadinya...

Peniaga gagal hadiah keranda kepada ADUN
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.

ghani sent coffin to lim guan eng ng wei aik 120311 ghani gang left after warned by policeLori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

ghani sent coffin to lim guan eng ng wei aik 120311 demostrationSebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya.

laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir

di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

“Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Jumaat, 4 Mac 2011

Azwan Ali dan Ummi Hafilda..

Ummi Hafilda Ali(gambar kiri) diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.


Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.Keadilandaily

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 8:39:00 PM


YB Azmin Ali bersama adik nya Azwan Ali.


Ummi Hafilda




Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sokong semseng jalanan..

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertindak angkuh apabila diberitahu tentang serangan terhadap kereta Anwar.
 "Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata pemimpin kedua tertinggi di Malaysia yang sebelum ini sering mengutarakan keperluan  berkempen secara bersih dan tidak mengikut emosi.
 Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid menegaskan serangan itu bukan dibuat oleh peneroka Felda tetapi penyokong dan samseng upahan Umno sendiri.
 Beliau berkata serangan terhadap kereta Anwar berlaku  di  simpang menghala FELDA Jengka 22.
 Ahmad menjelaskan, sekumpulan penyokong BN memakai baju biru dan putih serta vest yang tertera logo BN yang  menghalang kenderaan tersebut.
 Beliau  yang turut berada di dalam kereta bersama Anwar  mendengar para penyokong BN memaki Anwar serta PR menggunakan kata-kata kesat.
mai kg aku aku bakar kete kau org ...kg mereka suka hati mereka itu hak mereka ada aku kesah..nak bakar kereta ke nak pukul org ke ..tu mcm kah...undang2 malaysia sama gak undang2 rimba....kene kat kau org baru padan muka...

Rabu, 2 Mac 2011

DUN Sarawak akan bubar, BN Sarawak boleh tumbang

Pilihanraya Sarawak : BN Boleh Menang Tetapi Tidak Mustahil Akan Tumbang

http://media1.malaysiakini.com/32/cd3770af252b6453a29d087a90da7e80.gif
Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.
Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.
Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.
Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku.
Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, ‘Free Sarawak Radio' yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini.
Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan.
Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja.
Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja.
Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali.
Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah ‘coalition' yang semantap dahulu.
Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini.
Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya.
Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai.
Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu.
Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil

Selasa, 1 Mac 2011

Demonstrasi di London desak beku aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Demonstrasi di London desak beku aset Taib
      Rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

london protest against taib mahmud 5Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF),
di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London.

Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global.

Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London.
london protest against taib mahmud papa orang hutanIa memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang
mempertahankan hak ke atas tanah mereka dan menentang dakwaan salahguna kuasa oleh Taib.

Peserta demonstrasi tersebut membawa poster bertulis 'stop timber corruption in Sarawak" dan "freeze Taib assets".

Poster lain pula bertulis "Chief Minister of Sawarak - 30 years is enough!", "stop illegal logging on native lands" dan "respect natives' rights".
Demonstrasi yang serupa yang dianjurkan oleh BMF, turut diadakan di pusat bandar Ottawa, Kanada - di luar satu lagi syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib - Sakto Corporation.
Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya

Duit kerajaan malaysia duit rakyat bukan duit barisan nasional

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.
Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.
Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.